Friday, August 23, 2013

Sepanjang Ramadhan Aktviti Seks Bersama Suami Dikurangkan Untuk Jaga Kesihatan.....

Berita ‘pemimpin DAP membela samseng’ nampaknya bukanlah berita yang mengejutkan bagi rakyat Malaysia.....

Ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak sudah menerima hakikat bahawa DAP itu samseng dan samseng itu DAP.  

Dalam kejadian tembak menembak di mana 5 penjenayah terbunuh di Nibong Tebal, Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng cuba mempertikai tindakan polis dengan mempersoalkan kesahihan kenyataan polis yang merujuk kepada si mati sebagai penjenayah.

Tindakan Lim Lip Eng dilihat sebagai reaksi spontan seorang yang gusar kerana beliau terlepas pandang akan hakikat berlakunya ‘balas membalas tembakan’.  Seharusnya beliau tahu bahawa tidak mungkin seorang yang tidak bersalah akan mempunyai senjata api, apatah lagi berbalas-balas tembakan dengan polis.  Kegusaran Lim Lip Eng terhadap kematian penjenayah amatlah memusykilkan kita semua.

Selepas Lim Lip Eng, ADUN DAP Seri Delima, RSN Rayer pula menghasut keluarga penjenayah yang mati ditembak untuk membuat laporan polis bagi mempertikai operasi penghapusan dan pencegahan tersebut.

Dari situ, mereka mempersoal jumlah tembakan dan berbagai-bagai aspek kejadian.

Dari tindakan DAP ini maka jelaslah bahawa DAP tidak senang apabila penjenayah ditembak.  Ini menunjukkan bahawa parti itu sememangnya punya muslihat tersendiri apabila memberi tekanan terhadap kerajaan agar akta pencegahan dihapuskan.

Hari ini rakyat Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana permainan DAP yang sengaja memburukkan imej polis atas peningkatan kadar jenayah dan kemudiannya mendesak pula agar penjenayah tegar dibebaskan.

Penjenayah yang ditembak dikenalpasti dari kumpulan 04 iaitu salah satu dari kumpulan gangster India di sebelah utara. Mungkin menyedari bahawa mereka mendapat sokongan dari parti politik, maka kumpulan 04 begitu berani menonjolkan diri dengan berarak mengiringi mayat rakan mereka, malah berani juga melanggar kereta polis.

Mereka juga turut melukis logo kumpulan mereka di beberapa lokasi, dikhuatiri sebagai tanda pengisytiharan perang terhadap pihak polis.

Tindakan DAP membela penjenayah dan menyalahkan polis adalah konsisten, dan parti itu nampaknya tidak berganjak walaupun terbukti yang tertembak adalah kumpulan gangster yang bersenjata dan ganas. 

Apa yang berlaku ini seharusnya menimbulkan kesedaran di kalangan para penyokong Pakatan Rakyat akan bahayanya parti DAP. Apa lagi yang diperlukan untuk membuktikan bahawa DAP bukanlah parti yang bertanggungjawab, jauh sekali prihatin....?

Sokongan dan pembelaan yang ditunjukkan terhadap kumpulan gangster merupakan satu kenyataan rasmi bahawa DAP adalah parti samseng.  Apakah kita sanggup memberi mandat kepada parti samseng lagi selepas ini?

Sungguh jahat permainan DAP yang mencemuh polis kerana jenayah meningkat, tetapi mempertikai pula tindakan polis mengekang jenayah. 

Justeru, kita harap pihak polis tidak membuang masa melayan karenah DAP dengan membela diri atau menjelaskan apa-apa. Usah terjerumus dalam kancah politik gila parti samseng yang sanggup memperjudikan nyawa orang ramai demi publisiti dan kuasa.

Rakyat berdiri teguh di belakang pihak polis dalam tindakan mereka mencegah dan mengekang jenayah dengan tegas dan pantas.  Kebiadapan kumpulan 04 perlu diajar supaya mereka sedar bahawa negara ini mempunyai undang-undang.

Kumpulan samseng tidak boleh bermaharajalela seolah-olah negara ini mereka yang punya.  Rakyat berdoa akan keselamatan pihak polis dan agar kumpulan 04 dihapuskan sahaja dari muka bumi Malaysia


2 comments:

Anonymous said...

Hmmmm....lain kali kalau boleh elak tembak sampai mati. kalau boleh tangkap hdup hidup pas siasat siapa ahli politik di belakang mereka.

Anonymous said...

Cakaplah apapun pada parti laknatullah tu..org Melayu PAS/PKR tetap sokong mereka sebab mereka syak itu adalah sandiwara UMNO..