Thursday, September 19, 2013

Azeez Rahim Antara Pilihan Paling TERBAIK, Wajib Dipilih Sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO...!!

Nama YB Dato' Haji Abdul Azeez Abdul Rahim sudah tidak asing lagi dalam persada politik tanahair negara kita....

Suatu ketika dahulu nama beliau mendapat jolokan sebagai Azeez Putra, kemudian menjadi Azeez Rempit, ada juga yang memanggil beliau Azeez Kelab Putra dan tak kurang juga yang menyebut Azeez Baling. Biar apa sahaja gelarannya, namun itulah dia Azeez Rahim seorang tokoh politik yang sangat kuat bekerja!

Walaupun tanpa jawatan sebagai seorang Menteri tetapi tugas dan peranan yang dimainkan oleh Azeez membantu banyak negara negara luar dalam Misi Bantuan Kemanusiaan telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Negara negara yang ditimpa bencana alam seperti Pakistan, Indonesia, Thailand, Rohingya, Jepun, New Zealand, Mesir, Syria, telah menjadi tempat persinggahan Dato' Azeez bersama sama dengan pasukannya Kelab Putra 1 Malaysia [KP1M]. Ada yang mentafsirkan KP1M berjaya menjalankan tugas seolah-olah ianya sebuah Kementerian dalam kerajaan...
 
Ianya menjadi lebih terkesan apabila Bantuan Kemanusiaan KP1M ini turut membantu rakyat Malaysia diluar negara seperti dalam Ops Pyramid Mesir, Ops Tsunami Jepun, Gempa di New Zealand dan sebagainya.

Pada 13 Disember 2012, Dato' Azeez telah mengharumkan nama negara apabila secara rasmi beliau telah dilantik sebagai Duta Kehormat Rakyat Palestine. Ketua Pengarah Kementerian Luar Palestine, Mahmoud El-Hadour telah menyerahkan WATIQAH bagi pihak Perdana Menteri GAZA Dr Ismail Haniyeh.
 
Penganugerahan ini sebagai menghargai kerja kuat Azeez yang masuk ke GAZA untuk kali kedua menghulurkan bantuan kepada rakyat mereka disana..

Jasa dan budi Azeez juga terlalu besar membantu banyak keluarga yang mendepani kes anak tempatan melayu dilarikan oleh lelaki Indonesia. Bukan sahaja anak gadis yang dilarikan malah ada juga kes isteri dilarikan ke luar negara...

Kerja berani seperti ini, membawa pulang mangsa mangsa hanya mampu diselesaikan oleh Azeez sahaja!

Walaupun Azeez sentiasa sibuk menjalankan tanggungjawabnya diluar negara, namun sebagai Ketua UMNO Bahagian Baling beliau tidak pernah sesekali mengabaikan tugasnya mendekati rakyat disana.

Secara umumnya kita tahu bahawa Baling merupakan kubu kuat PAS yang menjulang mantan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azamuddin sebagai pemimpin mereka. Atas kerja kuat usaha gigih Azeez, pada PRU ke 13 UMNO-BN telah berjaya merampas kerusi tersebut dengan kemenangan penuh bergaya sekali!

Sebagai Ahli Parlimen Baling, Azeez telah berjaya menawan ribuan undi daripada rakyat yang bermastautin di lubuk emas dan kubu kuat parti PAS. Kalau pada PRU tahun 2008 dalam percubaan kali pertama untuk bertanding di kerusi Parlimen Baling, beliau tewas kepada Uztaz Taib Azamudden dengan majoriti 4,229. 
 
Tetapi pada PRU ke 2013, Azeez bangkit dan berjaya menebus kembali kekalahan lalu, kali ini beliau menang bergaya dengan majoriti 5,185 undi. Mengikut sifir politik, kita bukan sahaja perlu mengambil kira bilangan 5,185 undi tetapi harus juga melihat peralihan undi 2008 sebanyak 4,229 yang berjaya dikembalikan oleh Azeez untuk menyokong BN…. Hebat…!!
 
Pada awal bulan Julai 2013, Dato' Azeez telah mendapat kepercayaan YAB Perdana Menteri dimana beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari.  [KLIK SINI].
 
Inilah dia tokoh yang layak mendapat tempat sebagai teraju kepimpinan UMNO. Beliau disayangi oleh rakyat....!
Beliau disenangi oleh rakan sahabat....!
Beliau dipercayai untuk sebarang amanah oleh pemimpin yang diangkat..!

Semoga para perwakilan akan membuat keputusan bijak dengan memilih Azeez sebagai salah seorang daripada 25 Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti tahun ini.

14 comments:

usin said...

sah lepas ni akan bertaburan fitnah2 terhadap azeez rahim. kononnya akan songlap duit tabung haji macam dia songlap duit dari pelbagai program kelab putra 1M. harap kalau keluar cerita fitnah mcm tu, terus saman je, agar fitnah tidak semakin parah...

Anonymous said...

orang yang dengki sahaja yang kutuk azez ni..tgk apa dia buat pada tabung haji tahun ini...semua pegawai kanan dan ahli lembaga pengarah dilarang menunaikan haji pada tahun ini untuk memberikan lebih tempat pada jemaah lain.

Anonymous said...

Sebagai anak Baling, baru kini kami mendapat pemimpin yang benar-benar ikhlas dan mahu membantu rakyat Baling (selepas tidak dipedulikan oleh wakil rakyat PAS selama beberapa penggal)Kini kami ada tempat bergantung dan tempat mengadu nasib dan meminta pertolongan. Datuk Azeez melakukan lebih dari tugas wakil rakyat, membantu orang miskin, menolong org sakit dan menyinsing lengan sama bila ada bencana alam.Tidak sombong, mudah didekati dan apa yg dia janjikan, akan dia tunaikan. Umur saya 45 tahun, baru sekarang saya merasai kami ada wakil rakyat!
Persetankan dengan fitnah org yg busuk hati.

bro yul said...
This comment has been removed by the author.
bro yul said...
This comment has been removed by the author.
bro yul said...

bagi aku Jasa dan budi Azeez terlalu besar dan tidak dapat d nafikan lagi azeez banyak membantu keluarga yang berhadapan dengan kes anak mereka d larikan oleh lelaki Indonesia.... Bukan sahaja anak gadis yang dilarikan malah ada juga kes isteri dilarikan ke luar negara bejaya azeez selesaikan....bg aku azeez mmg layak d angkat sebagai ahli majlis tertinggi umno....

Daddy Cool said...

Dia smmgnya seorangbpemimpin yang berjiwa rakyat..pemimpin yang dipilih rakyat, untuk rakyat dan bekerja dengan rakyat..banyak org yang mnyalak bila dia dilantik jadi pngrusi TH, tapi yg dok ktuk dia tu sdar tak dikala pmimpin mreka sdg sronok dgn betina mamak azeez sdg slmatkan wanita melayu di seberang laut sana..Lpas ni azeez akn dilempar dgn fitnah yg dia songlap duit tabung haji plak..xprcya tgk la nnti..

SOLOMON KING said...

aku rasa apa yg tabung haji lakukan nie bagus dan tepat skali dengan pendekatan baru yg d lakukan nie ia sedikit sebanyak dapat mengubati hati mereka yg kehilangan suami atau isteri d tanah suci....tabung haji banyak berubah d bawah azeez rahim skrng dan kita smua tidak dapat nafikan la yg azeez rahim nie seorang manusia yg berhati

kak bedah said...

aq sokong azeez 200% walaupun ada pihak yg cuba melakuakn perlbagai fitnah utk menjatuhkannya tetapi tgk lah sendiri apa yg dia dah buat utk negara kita ... takkan lah itu pun kita tak boleh fikir jugak....

amira fatin said...

UNTUNGLAH ORG2 KAT BALING TU SEBAB DPT PEMIMPIN YG PRIHATIN TERHADAP ORG DI SEKELILINGNYA SEPERTI YG AZEEZ LAKUKAN INI. WALAUPUN SESETENGAH PERKARA YG DI LAKUKAN AZEEZ TU BAHAYA TAPI DIA TETAP MAHU MEMBANTU MANGSA2 YG TLH DILARIKAN OLEH LELAKI INDONESIA TANPA RASA SEDIKIT GENTAR DI JIWANYA ASALKAN DIA DPT MEMBANTU. AZEEZ MMG LAYAK DI ANGKAT SEBAGI AHLI MAJLIS TERTINGI UMNO KERANA DIA MMG MEMPUNYAI CIRI2 KEPIMPINAN YG SGT BAGUS.

Anonymous said...

Kita beri peluang pada Azeez dulu, kita tengok mana Hala Tuju Tabung Haji lepas nie..Apa Kos Haji Naik, Maintain ke Turun.

Takkan setakat gambor2 macam tue dah cair hati.. kita tahu siapa Azeez, maka kita sebagai saudara Islamnya perlu memohon supaya Allah menetapkan Hatinya supaya Kerja dgn Amanah, Bersih lagi cekap Beeeb.

dol mat said...

mmg azeez layak sgt jadi ahli majlis tertinggi kerana dia berjiwa rakyat dan selalu prihatin terhadap rakyatnya dlm apa jua keadaan seseorang itu. aku rasa takde sorang pun yg akan kata azeez tak bagus dgn apa yg azeez dah buat selama ini..

sally said...

aku yakin azeez mmg pilihan terbaik sbb kt dah tgk bukti kerjanya...beliau sentiasa perihatin dgn masalan org lain sehinga sangup mengadai nyawa sendiri demi menhantar bantuan...sikap ini lah yg sepatut nya ade pada semua org... dn bg aku azeez mmg layak memegang jawatan ahli majlis tertingi umno

sotong sempoi said...

mmg pilihan yg bijak penduduk baling memilih azeez kerana adanya pemimpin seperti azeez nie selalu menanggap masalah org lain seperti masalah dia sendiri. bukan senang nak dapat pemimpin seperti azeez ini.....