Monday, September 30, 2013

Bulan Zulkaedah Bulan Yang Mulia... Tazkirah Blogger Rbf Online Berjaya Bantu Sekreteriat UMNO

Istilah dan pengertian makna bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat....

Sejak dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat bulan yang mulia dan diharamkan berperang.

Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini. Selain Zulkaedah, bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah bulan haram (maksudnya bulan yang dimuliakan dan diharamkan berperang).

Maka, setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan kemuliaan empat bulan haram ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan berperang padanya.

Bersempena inilah dinamakan ia dengan "Zulkaedah".

KELEBIHAN BULAN ZULKAEDAH 

Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan.

Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini.

Eratkan silaturrahim, yang bermusuh, damaikanlah, yang berdendam, berlapanglah dan yang renggang, rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni.....
Blogger mengkagumi cara sahabat Blogger Rbf Online memberikan suatu ulasan dalam penulisannya yang dilihat seperti satu tazkirah yang berjaya membuat pencerahan atas satu isu. Pada waktu yang sama membantu pihak UMNO, bacalah di SINI

No comments: