Saturday, September 7, 2013

Cukup Cukup Sudaaah. Jangan Ramai Sangat OLD SCHOOL Dalam Majlis Tertinggi UMNO....


PRAGMATIK dan ke hadapan untuk menyahut tuntutan dan kehendak rakyat sesudah apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mei lalu.

UMNO perlu disuntik darah muda bagi meremaja dan menjenamakannya semula. Dengan kemasukan pemimpin muda Majlis Tertinggi [MT], plafform pembuat dasar UMNO - semestinya harapan disandar cukup tinggi untuk mencerna imej UMNO yang lebih positif dan menyerlah.

Parti keramat ini perlu memberi ruang yang lebih kepada pemimpin pelapis untuk menyerap sederas mungkin sokongan pengundi muda pada Pilihanraya Umum Ke14 nanti.

Jika UMNO mahu diterima di mata rakyat, parti itu harus segera memberi ruang kepada pemimpin muda untuk mengasah kepimpinan muda. UMNO dilihat parti tua dan imej ini harus dikikis....! 

Oleh yang demikian, siapa yang mengundi MT nanti harus bertindak munasabah dan drastik untuk tampilkan pemimpin muda yang mampu menangani isu-isu berkepentingan rakyat.

Pada PRU-13, peningkatan jumlah pengundi muda cukup memberangsangkan. Sebanyak 19 peratus (dua juta) yang berumur antara 21 hingga 29 tahun dan 22 peratus (tiga juta) belia berusia antara 30 dan 39 tahun mendaftar sebagai pemilih.

Suara, kuasa dan pengaruh anak muda dalam politik negara mewakili jumlah bukan sedikit...!

15 comments:

Anonymous said...

Tengok muka pun aku dah tak yakin boleh galas perjuangan Melayu......Untuk cari nama dan duit bolehlah

Anonymous said...

Setuju dgn anon diatas...ketua cawangan dan bahagian pun perlu org baru.

perantauminda said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

cuba tuan curi2 pandang kat umno bahgian gelang patah johor.sape yang patut menerajui umno bahagian tu.dr zaini(adun nusajaya) atau ir. md nasir(naib ketua bahgian sekarang).

Anonymous said...

Jangan ada yang menangguk di air yang keruh sudah la...di Selangor, orang seperti Dato Sohaimi Shahadan tak sepatutnya di beri tempat, asyik gasak semua job kat KKLW sj...lain kali KKLW tak perlu keluar tender lagi, biar Sohaimi Shahdan sj agih2 sama kroni....macam ni punya UMNO ada lagi, petanda terang UMNO bungkus PRU 14...

Anonymous said...

Tranformasi UMNO mesti dari Cawangan. Ketua-ketua cawangan yang tidak berkelayakan untuk memimpin cuma sekadar kaya sahaja tidak cukup untuk mengekalkan UMNO di Malaysia ini.

Anonymous said...

i kenal depa 2 org yg gmbr kt atas ni. banyak rahsia best wei..

hangkedee said...

Perjuangan Umno ;fulus & kuasa

Anonymous said...

Pemimpin tua atau muda bukan isu......yg penting pilih pemimpin yg berwibawa, patriotis, berintegriti dan mesra rakyat.......

UMNO perlu berubah..... jika tidak, Kredibiliti n imej UMNO kekal negatif sejak 90han hingga sekarang .....

Anonymous said...

Habis tu yang LKS tu bukan old school ke? He is way beyond expiration date. What has he done that glaringly show his contribution to Malaysian economy for example? Yillek. Pulak lagi ada nepotisma nyata (macam Ai & family) Yang anak dia pulak silap taip sampai billion ringgit. So, nampak sgt kaum Cina di Malaysia ni masih tak celik akal dan masih tebal sifat perkaumannya. Yang BN pulak punya young school pulak satu kes itu hari under AAB ada skandal tingkat 4. "Old school" mcm TDM tu mana ada gantinya hari ini? Pemikirannya jauh ke depan.
Ini bukan masalah old school new school semata mata, tapi pemimpin yg dinamik, berfikiran jauh, berkaliber dan berkarisma.

Anonymous said...

ds

Anonymous said...

Untuk makluman semua kepimpinan tertinggi UMNO. Kebanyakan Ketua Cawangan UMNO dah tak releven lagi.
Tua dan tak berpelajaran.Takat tahu menulis dan membaca saja tak cukup zaman sekarang ini.
Ramai lepasan ijazah yang jauh lebih layak dan pintar daripada Ketua Cawangan yang ada.
Turun padang dan chek sendiri. Baru anda boleh tahu.

Anonymous said...

Saudara Blogger

Minta maaf kerana isu saya lari tajuk. Saya mohon tuan siarkan dengan niat yang baik demi Perpaduan Ummah dan Perpaduan Melayu.

Metro Ahad 8.9.2013 menyiarkan cerita berkenaan Ajaran Syiah khasnya berkenaan Kahwin Mutaah dikalangan penganut Syiah seperti yang diceritakan oleh wanita janda 3 anak Suhana 34 tahun, yang telah melalui pernikahan secara mutaah sebanyak 3 kali dalam empoh 2 tahun - pertama selama 4 bulan dengan mas kahwin sebuah kitab Syiah, kedua 3 minggu dengan mas kahwin sebuah telepon bimbit dan ketiga 2 bulan dengan mas kahwin RM2.00.

Kepada kaum wanita yang bernikah mutaah saya nak sedarkan kalian, maruah anda adalah jauh lebih hina daripada seorang pelacur. Untuk tidur satu malam dengan seorang pelacur orang lelaki sanggup bayar paling tidak pun RM200.00 (2nd class prost). Kalau first class mungkin RM500 - RM1000 untuk satu malam.

Sedangkan Suhana hanya dibayar RM2.00 untuk ditiduri selama 60 malam (2 bulan) atau RM0.03333 sen untuk satu malam. Sebab itu saya berani berkata maruah Suhana berkali2 lebih hina dan rendah daripada seorang pelacur kaki lima.

Tetapi alhamdulilah, akhirnya Suhana sudah sedar dan insaf dan kini beliah sudah kembali kepada ajaran ASWJ.

Jika anda kata saya berbohong, cari Metro Ahad 8.9.2013 dan baca lah.

Apa yang nak saya sampaikan adalah WANITA DALAM AJARAN SYIAH HANYA LAH ALAT UNTUK MEMUASKAN NAFSU LELAKI SEMATA2 .. LELAKI DAPAT MELAMPIASKAN NAFSU SEKS TERHADAP WANITA YANG DIA SUKA DAN WANITA ITU REDHA TANPA DIA TUDUH BERZINA.

Memang perlakuan sex itu berlaku dengan kerelaan kedua2 belah pihak sebagai suami dan isteri .. suami tanpa tanggung jawab terhadap isterinya. Dalam kolum ini, saya tidak berhajat menyentuh risiko kesusahan yang bakal ditanggung oleh wanita selepas tamat tempoh pernikahan mutaah.

Ana Muslimah

Anonymous said...

Bukan saja UMNO perlu berubah.PBB Sarawak juga perlu berubah.Mujur ada sayap Pemuda.Kalau tidak dah tentu PBB dibolot golongan yg dah berumur dan ada yg patut bersara.

Anonymous said...

Tenaga muda dalam UMNO aku setuju......tetapi hendaklah muda yang berkepimpinan dan berakhlak baik.