Sunday, September 22, 2013

Hamidah Osman Pilihan TERBAAEEKK Sebagai Naib Ketua Wanita UMNO..! Sayap Wanita Akan Bertambah Kuat Dengan Gandingan Kak Midah - Kak Ijat

Selesai sudah bab menyerahkan borang borang pencalonan pertandingan dan pemilihan pimpinan UMNO petang semalam....

Untuk jawatan Naib Ketua Wanita akan berlangsungnya pertandingan 3 penjuru. Three Corner Fight diantara Datuk Azizah Dun dari Sabah, Datuk Suraya Yacob dari Kedah dan Datuk Hamidah Osman Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia.

Tag-team dan gandingan Shahrizat Jalil dengan Hamidah Osman adalah terbaik untuk sayap wanita parti UMNO ini kekal kuat dan akan bertambah kuat untuk mendepani PRU ke 14.

Rekod kecermelangan Hamidah Osman tak perlu perwakilan persoalkan lagi. Wanita bersuara lantang ini rajin bekerja membina kekuatan dan ukhwah jentera Wanita UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga terserlah kekuatan sayap ini jauh lebih baik dari Pemuda dan Puteri yang hidup segan mati tak mahu...

Jentera Wanita UMNO dari Perlis sampailah ke Sabah semakin mantap dengan sentuhan Hamidah yang banyak dibantu oleh Penolong Setiausaha Wanita YB Datuk Rosni Sohar. Mereka berdua bekerja kuat siang dan malam membina kekuatan Wanita yang menjadi penyumbang terbesar jentera UMNO dalam banyak Pilihanraya Kecil sepanjang tempoh 2008 - 2012.

Hamidah Osman sangat digeruni ketika beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Perak. Pimpinan PAS dan DAP ketar lutut apabila berdepan dengan Ketua Penerangan Wanita UMNO ini. Malah Hamidah pernah diugut dengan kasar oleh salah seorang wakil rakyat DAP ketika Hamidah mahu membuat pembongkaran mengenai isu rasuah pemberian tanah membabitkan kerajaan PAS Kelantan.

Perwakilan Wanita UMNO perlukan kepimpinan Hamidah Osman untuk sayap ini terus digeruni dan memberikan kekuatan kepada UMNO. Manakala Shahrizat perlukan Naib Ketua yang boleh bekerja kearah mengekalkan momentum kekuatan sayap ini....

Sekian dahulu buat Mukadimah!




3 comments:

Anonymous said...

IJAT LEMBU BOLEH BERAMBUS

Dyll said...

Setuju sesangat... gandingan yg baik dan mantap....

Anonymous said...

Rasanya kak midah ni lagi sesuai kalau bergandingan dengan kak maznah.Tak gitu?