Wednesday, September 4, 2013

Juak Juak Penjilat Pembangkang Tak Berapa Nak Bising Sangat Harga Petrol Naik 20 Sen Seliter Sebab Kak Wan Kata OK No HaL.....

Inilah buktinya BN memerintah mengikut realiti dan bukannya menjual fantasi seperti mana pak-khatan rakyat....

YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Najib tahu ini bukan satu tindakan yang popular dan mengundang kecaman terhadap kerajaan pimpinannya, tetapi beliau tidak ada pilihan lain.

Jika beliau nak popular lebih baik beliau turunkan lagi harga minyak dan biar kedudukan kewangan negara menjadi teruk. Yang teruk negara, yang terima kesan negara tetapi PM popular. Akhir sekali negara bangkrap seperti Greece....!

Di zaman kita sekolah dulu cikgu yang tegas, yang garang dan yang serius kita tak suka. Cikgu yang sempoi, yang boleh bergurau, yang boleh melawak, yang tak buat kerja rumah pun tak di denda, itulah cikgu yang kita suka dan popular di kalangan murid-murid.

Bila kita dah habis sekolah baru kita terfikir bahawasanya cikgu yang tegas itu yang membawa kita kepada kejayaan.....

Tidak ada mana-mana bahagian dalam akujanji (Manifesto) BN semasa PRU 13 yang mengatakan harga minyak tidak akan dinaikkan. BN tidak berjanji benda yang mereka tidak boleh tunaikan. BN berjanji benda yang mereka mampu tunaikan sahaja. Bukan seperti sebelah sana yang berjanji bulan bintang dan menjual fantasi. Bila tak boleh tunai janji bagi jawapan bodoh MANIFESTO BUKAN JANJI. 

Contoh mudah, dalam PRU 13 PKR, PAS dan DAP berjanji akan memberikan hak sama rata kepada semua kaum dan agama termasuklah menghapuskan DEB. Itulah yang cina tunggu-tunggu selama ini.

Manakala Datuk Najib yang mengetuai BN tidak mampu untuk memberi tawaran sebagaimana yang mereka tawarkan. Itu pasal cina tolak BN habis-habisan.

Jika beliau nak popular dan nak menang besar, lebih baik beliau bagi sepertimana yang pihak sebelah sana tawarkan atau lebih daripada itu. Najib tahu bila beliau tak bagi beliau akan berdepan dengan masalah besar.

Tetapi itulah risiko yang terpaksa beliau tanggung. Sebagai seorang PM dan sebagai seorang Presiden parti melayu terbesar, beliau tahu di mana hadnya untuk diberi. Jika beliau nak jahanamkan negara dan jahanamkan melayu lebih baik beliau beri kerana beliau akan popular dan akan menang besar....!!

Cina tengok pemimpin PAS pun mereka nak muntah hijau. Tetapi mereka sanggup beri undi kepada PAS kerana apa...? Tidak lain tidak bukan kerana parti ini boleh bagi apa yang mereka nak selama ini.

Susunlah 100 orang cina kemudian letak Nik Aziz dan Datuk Sri Najib depan mereka. Jauh di lubuk hati cina-cina yang 100 orang itu akan memilih Najib sebagai pilihan hati mereka.

Namun begitu mereka tidak dapat pangkah Najib kerana YAB PM kita tidak boleh bagi apa yang mereka nak selama ini. Jadi mereka terpaksalah pangkah Nik Aziz kerana Nik Aziz boleh....., baca seterusnya di SINI

7 comments:

Social Media Volunteer (SMV) said...

Salam Saudara Blogger yg hebat,

Pohon link kan pautan ni untuk dikongsi dalam blog sahabat.

Marilah kita bersama sama berjuang untuk membantu rakyat Malaysia yg dalam kesusahan.

Bantu mereka yang ditindas dan cuba membawa masalah rakyat untuk kita selesaikan bersama.

Salam perkenalan
http://smvonline.blogspot.com/
https://www.facebook.com/SocialMediaVolunteers

Anonymous said...

Pak Cik Motor said:

Mereka yg bising pasal minyak ialah mereka yg kat Mulut ada Rokok sekotak RM10...sportrim tukar setahun 2 kali...minum tak mau kalah mesti OldTown..tau ke berapa harga secawan kopi O kat situ ?....Yuran PIBG setahun RM50...liat nak bayor !kata nya mahal ! mentaliti Oh !~ mentaliti

Anonymous said...

SEREMBAN – Penjawat awam diingatkan agar tidak terlalu taksub atau terpedaya dengan entri di laman sosial sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab mereka sewaktu bekerja.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, sikap sesetengah penjawat awam yang gemar memberi komen atau ‘berdiskusi’ tentang sesuatu entri dalam laman sosial bukan hanya melalaikan malah boleh menjejaskan prestasi kerja.

“Kadangkala masa yang ada di pejabat itu lebih banyak ditumpukan untuk berdiskusi dalam laman sosial berkenaan sehingga membawa kepada penjajahan fikiran yang tidak sihat."

-Nampak apa yang kurangnya pada kenyataan yang keluar dari pemimpin CEUPACS ini? Inilah mentaliti yang bersarang di benak pemikiran rata-rata kakitangan awam.....apapun, selepas pilihanraya, kakitangan awam adalah "Rakyat", bukan "civil servants".......ada otak gunalah untuk berfikir....sekian. -Anak Kampung-


Anonymous said...

Cerita BR1M vs Duit Raya

Dalam sebuah kampong ada seorang bapa namanya Pak Najib. Ada pun Pak Najib ini mempunyai seorang anak bungsu bernama Mamat yang masih sekolah rendah tetapi suka ponteng puasa dan tak mahu dengar cakap.

Maka berbincanglah Pak Najib dengan isterinya macam mana mereka nak ubah perangai si Mamat menjelang bulan ramadan yang akan datang iaitu kira 3 bulan lagi. Isteri Pak Najib mencadangkan " apa kata tahun ini kita tambah duit raya kepada Mamat daripada RM50 kepada RM100 ". Maka berkatalah Pak Najib kepada isterinya " idea awak memang bagus, tapi dari mana saya nak korek lagi RM50 itu ". Sambil tersenyum isteri Pak Najib pun berkata " napa lah lembabnya kepala hotak abang. sekarang kita duk bagi dia wang saku ke sekolah RM5 tiap hari. apa kata lepas ni kita bagi RM4 sahaja, kita kemut RM1 tiap hari untuk mendapatkan RM50 yang kita janji nak tambah duit raya kepada Mamat ". Dengan wajah berseri2 Pak Najib pun berkata " bijak, bijak betul isteri abang nih. tapi karang Mamat tanya napa di potong wang saku dia, apa aku nak jawab ". Kata isterinya " ahhhh pandai2 abang lah mencari alasan ".

Maka sewaktu dalam kereta masa ambil Mamat balik dari sekolah Pak Najib pun buat muka serabut untuk menarik perhatian Mamat. Maka bertanya lah Mamat kepada Pak Najib " napa ayah nampak macam susah hati jer ". Maka jawab Pak Najib " macam mana tak susah hati, road tax dan insuran kete nak tamat tempoh lagi 3 bulan, pastu kita nak sambut raya pun masa tu juga lah ". Bertanya lah Mamat kepada Pak Najib " habis ayah nak buat camna ". Pak Najib menjawab " kalau adik kesian kat ayah, ayah nak kurangkan wang saku belanja sekolah adik daripada RM5 kepada RM4 ". Terdiam dan mendung wajah si Mamat. Pak Najib menyambung " ayah janji kalau adik puasa penuh ramadan ini, ayah akan tambah duit raya adik daripada RM50 seperti sebelum2 kepada RM100 pada tahun ini ". Serta merta wajah si Mamat kembali ceria dan senyum seraya berkata " RM4 pun ok lah, adik janji akan puasa penuh, dan ayah mesti janji bagi adik duit raya RM100 ".

Memang Pak Najib bijak. Dalam 3 bulan ada 13 minggu, dalam satu minggu wang saku si Mamat dipotong sebanyak RM5, dalam tempoh 3 bulan wang saku si Mamat dipotong sebanyak RM65. Haaa senang2 saja Pak Najib dapat wang untuk nak tambah duit raya si Mamat supaya menjadi RM100 pada tahun ini.

Bijak memang terbukti bijak Pak Najib nih. Lepas raya dan sampai bila habis belajar sekolah rendah pun maka wang saku si Mamat akan kekal pada RM4 tiap hari. Pandai tak Pak Najib ?

Kasihan si Mamat, dia hepi giller dapat tambahan duit raya RM50 setiap tahun menjadikan RM100 setiap kali raya. Sedangkan Pak Najib dah save 48 minggu X RM5 = RM240. Nasib ko lah Mamat.

Kerajaan kata " Harga minyak naik untuk mengurangkan subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan ". Kerajaan janji kepada rakyat " Tahun ini amaun BR1M akan ditambah ". Rakyat hepi habis. Tapi kerajaan tak janji " Harga minyak akan turun selepas kerajaan tidak lagi dibebankan dengan subsidi ".

Anonymous said...

MATILAH KAU AH JIB GOR
BINI LU ROSMAH PENDIK DAH BERAPA BANYAK SAKAU DUIT NEGARA LU INGAT MSIA BAPAK KORANG PUNYE KE

TUMBANGKAN AH JIB GOR

Anonymous said...

" Susun 100 orang cina kemudian letak Nik Aziz dan Datuk Najib depan mereka. Jauh di lubuk hati cina-cina yang 100 orang itu akan memilih Najib sebagai pilihan hati mereka "

Ini adalah satu ayat yang betul2 kao yang aku petik daripada Blog RBF Online. Ku tujukan Khas madah itu kepada Orang2 Pas untuk mewaraskan aqal kamu semua.

Wasalam Mamat Pas

Anonymous said...

Biar jujur bro. Tolong senaraikan sekali segala perbelanjaan boros yg dibuat dan berapa penjimatan yg boleh dicapai. Dulu najib suruh rakyat berjimat tapi kini dia yg berlebih2. Org besar baru saja bermewah2 dgn rumah terbuka hari raya sedangkan kita org biasa ikat perut. Tup2 naikkan harga minyak.