Monday, September 16, 2013

LAMBAKAN Lebih 1.5 Juta Pendatang Asing Tanpa Izin [PATI] Bukti Ketua Pengarah Imigresen Malaysia GAGAL...!!

Lambakan dan longgokkan jumlah melebihi 1.5 juta Pendatang Asing Tanpa Izin [PATI] dalam negara kita bukanlah satu fakta yang boleh kita pandang enteng dan membiarkannya dengan ada sikap "tidak apa..".

Angka 1.5 juta itu sebenarnya sekitar tahun 2011, tidak mustahil ianya sudah semakin membengkak dan sudah pastinya pihak Imigresen tidak mahu angka sebenar sehingga ke hari ini menjadi pengetahuan umum...

Siapakah lagi yang WAJIB menanggung memikul tanggungjawab ini kalau bukan Ketua Pengarah Imigresen, Dato' Alias Haji Ahmad. Terbukti beliau gagal...!

Apabila kita membicarakan mengenai PATI atau pun Pendatang Haram ini, tumpuan selalunya diberikan kepada warga Indonesia yang paling mudah memasuki negara kita melalui banyak "jalan jalan tikus". Kelonggaran ini sudah tentulah menyaksikan kecuaian samada secara sengaja atau pun tidak mereka yang bertugas menjaga pintu masuk negara kita....

Kalau kegagalan ini dikenal pasti sebagai punca, apakah tindakan daripada Ketua Pengarah Imigresen? Hanya berpeluk tubuh sahaja..?

Mutakhir ini kita juga sering menyaksikan liputan berita mengenai terlalu ramai warga asing daripada China, Thailand, Inodonesia menjadi pelacur dan sundal tukang urut..! Berselindung dengan Pusat Khidmat Urut Tradisional tetapi sebenarnya disitu ada khidmat seks!

Mewah sungguh sarang sarang pelacuran dinegara kita, sudah mencecah tahap kota Danok, Hatyai dan Bangkok. Inilah hakikatnya, inilah yang boleh kita saksikan disekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Damansara, Puchong, Ipoh, dan banyak lagi kota besar. Malah senario ini sudah boleh juga kita saksikan dipekan pekan kecil seperti Sekinchan di Selangor...

Lambakan sundal sundal warga asing yang masuk dengan pas lawatan sosial, mereka "over stay" dan bekerja cari makan disini, ini semua tugas siapa untuk mengahambat mereka kalau bukan pihak Imigresen..?

Mana pergi sistem 6P yang menelan belanja berbilion Ringgit Malaysia..? Kenapakah terlalu lemah sistem kawalan pihak Imigrrsen yang GAGAL untuk kesan kes kes pendatang asing yang "over stay" seterusnya mereka akan menjadi pendatang haram..?

Belanja berbilion Ringgit Malaysia tetapi sistem GAGAL dan langsung tidak membantu untuk membenteras kebanjiran dan longgokan pendatang haram...!

Dato' Alias terbukti GAGAL!

Pihak Pakatan Pembangkang sebenarnya nampak mereka mendapat bola tanggung untuk belasah kerajaan Najib apabila Imigresen gagal tangani masalah PATI ini.

Itulah sebabnya Anwar dengan selamba mendendangkan klentongnya menyatakan BN telah mendaftarkan pendatang haram Indonesia dan Bangladesh sebagai pengundi pada Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu. Dato' Alias yang gagal tetapi BN pula terpaksa pikul biawak hidup makan gaji buta!

Tunggu apa lagi Dato' Alias...? Sendiri Mau Ingat Laa...!

SAKSIKAN SALAH SATU DARIPADA KEGAGALAN IMIGRESEN, TONTON VIDEO KLIP INI;







16 comments:

Anonymous said...

95% adalah PATI yg masuk secara SAH tp jadi PATI krn x renew permit atau overstayed

Anonymous said...

Kalau pakai uniform macam Polis tapi bekerja macam kerani baik rentikan la.

Bagus lagi Rela ...

Pandangan ikhlas.

Anonymous said...

Kes PATI ni bukan berlaku dari semalam tapi dah bertahun-tahun.

Kenapa salahkan KP-Imigresen skg je ?
KP-Imigresen yg dulu OK je ke ?

Menteri pun buat pelbagai operasi PATI, hasilnya kosong je. PATI tak pernah berkurangan.

Kenapa tak minta Menteri-menteri letak jawatan sama ?

Minta pencerahan.

Anonymous said...

PIHAK PEMBANGKANG TIDAK MELIHAT LANBAKKAN PEKERJA ASING SEBAGAI SATU MASAALAH BESAR NEGARA. TAKKAN MEREKA TIDAK MELIHAT KEMARAHAN RAKYAT TERHADAP LAMBAKKAN TERSEBUT SEHINGGA MENGANCAM PELUANG KERJA RAKYAT TEMPATAN SERTA MASAALAH SOSIAL DAN KETENTERAMAN AWAN DAN MENGAMBIL PELUANG ITU SEBAGAI PELURU UTK MENGHENTAM KERAJAAN. KEENGGANAN PEMBANGKANG MENGGUNAKKAN ISU PEKERJA ASING AMAT MEMBINGGUNGKAN. JIKA KERAJAAN LEMAH DLM BAB PEKERJA ASING SEPATUTNYA PEMBANGKANG JADI PENDESAK. TETAPI TIDAK. OH MENGAPA, ADAKAH UDANG DISEBALIK BATU.

Anonymous said...

Apa dah jadi dengan Jabatan Imigresen sekarang ni? Ramai yang naik terdiri dari pegawai-peegawai muda yang kurang pengalaman... pegawai-pegawai yang jelas punya keupayaan dan pengalaman dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dipinggirkan. Jelas di Jabatan tersebut yang punya paku-paku dan crown di bahu majoritynya adalah yang muda-muda belaka. Ada juga yang diletakkan di bahagian atau unit yang tidak bersesuaian dengan keupayaan dan kepakaran pegawai selain terlalu ramai yang menyokong pembangkang dan anti kerajaan BN. Anehnya yang anti BN dan pro pembangkang inilah yang selalunya dengan mudah dinaikkan pangkat dan bertugas di tempat yang disukai oleh mereka. Pintu-pintu masuk seperti di Airport dan pelabuhan selain darat yang dikenal pasti kerap dibolosi oleh PATI masih terus mengekalkan pegawai-pwgawai yang sama walaupun telah begitu lama mereka gagal menjalankan tanggungjawab di situ. Mohon Menteri Dalam Negeri campur tangan agar Jabatan Imigresen yang suatu ketika dulu begitu cemerlang dapat kembali meraih kecemerlangan tersebut demi agama, bangsa dan negara.

Anonymous said...

memang sah mamat nih makan rasuah!

mana sprm?!

Anonymous said...

Masalah rasuah yang berluasa dipintu masuk juga harus disiasat, rakan saya di johor yg berbangsa cina juga ada beritahu hanya memerlukan 300 sahaja untuk memasuki negara ini???? Melalui pintum?asuk??? Melalui org tgh untuk mengelakan pegawai dihidu perbuatanye.. rasa2 tak mustahil angka tu..sisat sekali pendapatan pegawai yg meragukan. Ada antaranye mengumakan akaun saudara mara or isteri untuk megabui pendapatanmereka.. menulis bedasarkan bukti rakan

Anonymous said...

Masalah rasuah yang berluasa dipintu masuk juga harus disiasat, rakan saya di johor yg berbangsa cina juga ada beritahu hanya memerlukan 300 sahaja untuk memasuki negara ini???? Melalui pintum?asuk??? Melalui org tgh untuk mengelakan pegawai dihidu perbuatanye.. rasa2 tak mustahil angka tu..sisat sekali pendapatan pegawai yg meragukan. Ada antaranye mengumakan akaun saudara mara or isteri untuk megabui pendapatanmereka.. menulis bedasarkan bukti rakan

Anonymous said...

Masalah rasuah yang berluasa dipintu masuk juga harus disiasat, rakan saya di johor yg berbangsa cina juga ada beritahu hanya memerlukan 300 sahaja untuk memasuki negara ini???? Melalui pintum?asuk??? Melalui org tgh untuk mengelakan pegawai dihidu perbuatanye.. rasa2 tak mustahil angka tu..sisat sekali pendapatan pegawai yg meragukan. Ada antaranye mengumakan akaun saudara mara or isteri untuk megabui pendapatanmereka.. menulis bedasarkan bukti rakan

Anonymous said...

Mudah sangat untuk warga asing masuk ke Malaysia. Warga dari India dan China langsung tak perlu mohon visa lawatan untuk masuk ke Malaysia berbanding dengan warga Malaysia perlu mohon visa untuk ke negara tersebut walaupun hanya untuk melancong.
Manakala warga dari Indonesia dan Vietnam pula secara mudah memperlekehkan undang-undang Malaysia dengan tinggal lebih tempoh dan salahguna permit yang diberi.
Penguatkuasa undang-undang (dibaca Imigresen) hanya tahu beri permit/kebenaran masuk tanpa ada tindakan pemantauan dan penguatkuasaan.
Sesekali (bila bulan berwarna biru) baru ada operasi dijalankan oleh mereka.
Operasi 6P...hangat-hangat tahi ayam jer.
Itulah taraf penguatkuasa undang-undang imigresen negaraku Malaysia.

Anonymous said...

banyak badan beruniform yg terima suap sbb tulah pati xakan habis dibenteras, tambahan pula bila mereka dapat perlindungan dari penduduk setempat sebagai dalangnya...

Anonymous said...

Yang mohon pencerahan tu, hamba nak cakap satu je...masalah "MIGRASI" sama ada secara halal ataupun haram telah menjadi masalah global di seluruh dunia...pasukan beruniform ataupun agensi kerajaan berkaitan tidak akan mampu menghapuskan keseluruhan ancaman migrasi secara haram ini, mereka hanya mampu mengurus dan mengawal...masalah ini akan lebih parah jika terdapat campur tangan daripada orang-orang politik dan berpengaruh...CELAKA BETUL orang-orang politik dan berpengaruh yang hamba maksudkan ini!

Anonymous said...

Di Sabah ada kakitangan kerajaan bukan sahaja dalam imigresen ini adalah anak kepada PATI yang entah macam mana boleh dapat KPT Malaysia.......agaknya apa yg mereka akan lakukan jika mereka ada kuasa atau diberi tugas jawatan yang ada peluang untuk membantu orang-orang seperti ibu bapa mereka dahulu.?

Anonymous said...

Aku ckp hang bodo hang jgn marah anon 17 september, buat pengetahuan anda, warga china india yg igin msuk ke mlysia prlu mmhon visa, lain kali teliti dulu sblm bckp

Mohd Nazif Jamaluddin said...

Anda seorang yang bodoh. Auta je lebih. Gaya mcm orgbyg bijak je bercakap tapi sebenarnya AUTA je.. Bercakap pakai ilmu bukan ikut sedap mulut.. Ni mesti org melayu.. Malu he..puuuiii

Anonymous said...

kenapa tak ccontoh negara asing kuatkan enforcement pasti tiada masaalah