Wednesday, September 4, 2013

Mampukah Shahlan Ismail Sebagai Orang Kuat Najib TEWASKAN Adiknya Saifuddin Nasution Orang Kuat Anwar...?

Datuk Shahlan Ismail pernah menjawat tugas sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Adik kandung beliau, Saifuddin Nasution pula menjadi Setiausaha Agung PKR....

Shahlan masuk gelanggang Pilihanraya Umum 13 bertanding Parlimen Pokok Sena, tewas kepada Naib Presiden lulusan LCE Tingkatan 3, Mahfuz Omar. Walaupun tewas, Sahlan tetap mendapat tempat di Pejabat Perdana Menteri diberikan tugas sebagai Pengarah Strategik.

Lawak mengandungi unsur komedi terbaik kerana beliau kalah tak mampu merangka strategi untuk diri sendiri tetapi boleh diberikan tanggungjawab menjadi Pengarah Strategik Pejabat PM.

Kini adik kandung Shahlan menjadi pengelola strategik untuk pejabat MB Selangor.... Kejayaan pasukan Pakatan di Selangor pada PRU 13 baham calon calon BN ruyup kalah teruk! BN khususnya UMNO hanya tinggal 12 kerusi sahaja, berbanding 22 pada tahun 2008.

Saifuddin sudah pasti akan merangka strategi untuk MB Selangor kekal berkuasa memerintah negeri Selangor. Apakah Shahlan mampu merangka strategi lebih baik untuk BN rampas Selangor...?

Di Selangor ada 56 kerusi. BN perlukan 29 kerusi untuk menang, perlu ada pertambahan 17 kerusi dengan syarat 12 kerusi yang sedia ada kekal menang...

Untuk menang SATU kerusi di Parlimen Pokok Sena pun sudah terbukti Shahlan tertonggeng tertiarap...., mampukah orang kepercayaan Najib ini jinakkan adik kandungnya sendiri...?
Setelah merajuk hampir 2 bulan akhirnya Setiausaha Agong PKR ini masuk juga ke dalam pejabatnya yang mana beliau adalah Ketua Staff di Pejabat Menteri Besar Selangor.
Semalam, 3 September 2013 merupakan detik bersejarah apabila Saifudin membuang egonya mendengar arahan MB Selangor, Khalid Gagap.Ini berikutan tuntutannya supaya Faekah Husin yang juga Setiausaha Politik MB Selangor diberhentikan kerana tidak suka berada dan melaporkan kepada anak dara tua tersebut.Setelah Faekah melepaskan jawatannya, maka Saifuddin bersetuju untuk melaporkan diri pada semalam selepas lewat lapor diri yang sepatutnya bermula 1 Julai yang lalu.
Imbas kembali rakaman salah satu daripada ceramah ceramah Saifuddin....., perhatikan kata kata fitnah yang adik Shahlan lemparkan dengan begitu konfiden;

Minit ke 00;27;00
Najib adalah Ketua  Delegasi ke Pameran BioTech di Boston Amerika Syarikat. Sebagai Ketua Delegasi, Najib arahkan petugas petugas pindahkan booth pameran Malaysia yang terletak disebelah booth pameran negara Mongolia.

Minit ke 01;05;00
Najib angkut seramai 300 pengiring beliau sebagai delegasi

Minit ke 01;12;00
Pengiring untuk Rosmah Mansor adalah seramai 20 orang

Minit ke 01;21;00
Rosmah Mansor telah membeli belah di Los Angeles dengan menggunakan 8 buah motokar untuk mengiringi beliau...

Minit ke 01;30;00
Ada sebanyak 74 buah beg hasil shopping Rosmah.... Beg beg tersebut mengandungi beg tangan, kasut dan pakaian.

Minit ke 01;40;00
Cara Rosmah berbelanja beliau hanya perlu tunjuk dan selepas itu sebut " I want this..., this..., and this...". Tak perlu bayar sebab ada seseorang menjadi 'tukang bayar'

Minit ke 01;45;00
Dari Los Angeles delegasi diterbangkan ke Boston. Setibanya di Boston, delegasi tidak ada sebarang program. Sebaliknya, 20 orang pegawai kena buat tinjauan shopping, survey untuk Rosmah Mansor. Pasukan survey tersebut buat kesimpulan dan keputusan untuk Rosmah berbelanja dan shopping perlukan 15 buah motokar...!

Minit ke 02;12;00
Najib setibanya di Boston hanya untuk main golf di Kelab Golf Havard. Segala perbelanjaan main golf ini ditanggung oleh rakyat Malaysia yang dibayar oleh Menteri Kewangan diperbadankan....

Minit ke 02;53;00
Kertas Pembentangan kepada jemaah Menteri untuk Lawatan Pameran BioTech di Boston telah membengkak jumlah perbelanjaannya dari RM1.5 juta kepada RM4 juta

Minit ke 03;12;00
Akhirnya Saifuddin menggulung ceramah fitnahnya dengan berkata "inilah amalan darah daging tabiat membeli belah luar biasa Rosmah, ini memungkinkan Malaysia akan dapat Imelda Marcos In The Making..."

Blog MIK rasa pelik bagaimana Saifuddin boleh mendapat maklumat sedemikian rupa...? Dia tahu apa yang berlaku di Los Angeles dan Boston.... malah dia juga tahu mengenai bajet yang membengkak dari RM1.5 juta kepada RM4 juta...!

Selamat menonton video klip ceramah fitnah adik kepada Shahlan Ismail, bekas Setpol PM sekarang dilantik menjadi Pengarah Strategik Pejabat PM....





5 comments:

Anonymous said...

tak kira ianya merupakan fitnah ke apa ke....yang peting tektik yang digunakna berjaya..Shahlan memang lemau...lama-lama esok Najib yang dah lemau bertamabah lemau

Anonymous said...

TUMBANGKAN ROSJIB
2 LAKI BINI HAMPEH BAHLOL
SAKAU DUIT SANA DUIT SINI

EH DAH DENGAR KE AWEK PEMANDU BOHSIA
DILANTIK KERANA DIA ADIK ANGKAT ROSMAH
JALANG HEBAT AWEK NI

ROSJIB LANTIK MINAH BOHSIA
LANTIK SEGALA PUNAHSIHAT BENGONG

kuku hitam said...

Blog Menarik! Tuan. Mohon pautkan blog link. http://pendekarawang1.blogspot.com/ saya dah pautkan blog Tuan. TQ

Anonymous said...

Yang pertama, strategi depa menjadi... benda ni akan terus dijaja disemua peringkat ceramah smp kedai kopi

Yang kedua, nnt akan ada keluar statement dr ofis DS Najib y menafikan benda ni, tapi disebalik penafian itu akan jdi statement y mengiakan heheheh....

Pening pala y menyokong... mcm betul ja

Salam Perjuangan said...

so MIK apa cadangan ko...
setakat dedahkan mende ni buat apa?
Apa faedahnya? FIKIR Faedah apa yang UMNO, BN n kerajaan serta rakyat dapat?

Macam buka pekung bro... bagi peluru pada pembangkang... walhal mungkin x betul... Klu sebab jelous kat Shahlan pun jangan macam ni sekali serang dia bro... blogger2 lain tak serang pun TUAN ko... tegur releks2 la bro...

Ramai x suka ROSMAH... aku poonnn... tapi tulah dia nak buat camna BINI PM ...

Ingat FITNAH besar dosanya bro lain lah kau ada bukti jelas rakaman video shahlan bagi tau saifuddin ke... ha baru cantek... kalau setakat persepsi baik tak payah lah... jatuh standard kau bro...

Bagi lah cadangan untuk tambah baik... dari kau serang shahlan baik kau serang PUNAISIHAT n PUNAHSIHAT Najib kat "ATAS" tu... ahli WARROOM yang kunun hebat yg buat BN tertonggeng...

Dan AMAT Baik kalau kau serang ANWAR n Pembangkang ni macam kau nak kipas pembangkang pulak... iskh iskh...

kalu nak mengadu domba or hijack org berhentilah sbb masing-masing ada peranan dan kerja masing-masing... bantulah n sokong demi kekalkan BN sbg kerajaan pada PRU14 nanti... kalau kuar artikel nak hentam dan sabotaj jangan lah... UMNO perlu bersatu... settle dalaman lah bro...

Aku sokong blog ko... ikut dari mula lagi ko buka lagi... cuma sbg pengikut blog kau... sudah tiba masanya kita fokus LAWAN PR... jangan biar blog ko jadi alat TUAN ko demi politik sempit sempena PERGONG 2013 ni.

Teruskan perjuangan