Tuesday, September 10, 2013

PANAASS...! Siapa Pulak Buat HAL Sewaktu Misi Pelaburan MIDA Ke Hong Kong Dan China Yang Diketuai Menteri MITI...?

Pengkhianat didefinisikan sebagai manusia yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang telah diamanahkan kepadanya untuk menjaga kepentingan bersama....
Apakah pengkhianat ini mengkhianati pihak sendiri atau memerangkap musuh atau menawarkan harga lumayan kepada musuh untuk kepentingan peribadi semata-mata?

Themistocles, salah seorang ahli falsafah dan politik Yunani yang terkenal telah menjadi seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat bawahan Yunani dengan dasar-dasar populis beliau.

Apabila puak Persia menyerang Yunani pada tahun 480 S.M., tentera Yunani mempunyai lebih kurang 200 buah kapal manakala tentera Persia ada 700 kapal.

Themistocles sedar bahawa mereka perlu mengundur diri atau menyerah kalah, maka dengan bijaknya beliau telah menghantar pembantu yang dipercayainya untuk menjadi pengintip untuk meresap ke dalam pihak Persia serta menjadi pengkhianat di kalangan tentera Persia setelah mendapat kepercayaan penuh mereka.

Pengkhianat tersebut memberitahu tentera Persia bahawa tentera Yunani amat tidak tersusun serta wajar menyerang Yunani melalui tepi pantai pada waktu pagi secara serang hendap.

Tentera Persia mempercayai nasihat pengkhianat berkenaan dan bertindak melulu menyerang tepi pantai Yunani. Namun, tentera Yunani menyerang balas dan berjaya menghapuskan tentera Persia.

Pengkhianat sebegini sering menyalurkan rahsia kepada musuh, seperti lokasi dan kelemahan dalaman. Dikuasai keinginan yang tamak haloba, mereka hendak berada di pihak yang menang untuk mendapatkan kekayaan, pangkat dan kedudukan yang berkuasa ataupun peluang peribadi untuk membalas dendam.

Sekiranya tujuan sebenar pengkhianat ini tidak dikenal pasti, maka mereka kadangkala disambut sebagai "wira". Contoh masa kini termasuk Edward Snowden dan Bradley Manning.

Akan tetapi, apakah yang berlaku jikalau seorang pemimpin peringkat negeri pergi ke luar negara di bawah tugas rasmi (yang sepatutnya bertemu para pelabur berpotensi serta rakan-rakan perniagaan) mencemarkan imej negaranya sendiri, padahal beliau sepatutnya mengharumkan nama negara dengan menaikkan keyakinan pelabur asing.

Pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini diiringi oleh delegasi rasmi negeri yang kebetulan sama dengan misi pelaburan MIDA ke Hong Kong dan China yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam ucapan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kepada warga Pulau Pinang yang berada di Hong Kong, beliau berkata:

"Perdana Menteri hanya boleh meyakinkan rakyat tentang keikhlasan beliau dan keperluan untuk menaikkan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen seliter untuk menjimatkan kos subsidi tahunan sebanyak RM3.3 billion setahun dengan mengimplementasikan tender terbuka yang kompetitif dan menangani rasuah yang akan menjimatkan RM51 billion setahun.
Tanpa tindakan susulan, ini menunjukkan tahap komitmen kerajaan persekutuan terhadap rasuah dan rakyat akan mudah melihat keikhlasan palsu kerajaan pusat dan kemestian penipuan untuk mengurangkan kos."

Tidak dinafikan ini adalah pengenalan yang sangat negatif untuk satu ucapan yang seharusnya fokus kepada objektif untuk MENARIK minat pelabur asing ke Malaysia, amnya dan Pulau Pinang, khususnya. Guan Eng sengaja melakukan sabotaj terhadap misi MIDA untuk memperkenalkan Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai destinasi pelabur dan perniagaan utama.

Keduanya, pemimpin itu menuduh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan pusat sebagai "tiada keikhlasan" dan "kemestian untuk menipu" untuk mengurangkan kos.

Bagaimanakah "pengakuan" sebegitu mampu menaikkan tahap persaingan Pulau Pinang dan Malaysia di peringkat antarabangsa...? Adakah mana-mana pelabur yang tidak gila akan mahu melabur di Malaysia setelah mendengar ucapan beliau ini?

Guan Eng sepatutnya menjustifikasikan kegunaan wang negeri untuk ke luar negara dengan delegasi beliau dan mengutuk kerajaan Malaysia di negara asing walhal misi asli sewajarnya adalah untuk menarik minat pelabur untuk meluaskan perniagaan dan pelaburan di Malaysia.

Setelah itu, dia menyambung pula:

"Mengapa rakyat khususnya yang berpendapatan rendah harus meymbayar RM3.3 billion setiap tahun dalam kenaikan harga bahan bakar petrol jika tiada tindakan diambil terhadap para politikus yang mencuri duit negara sebanyak RM51 billion setahun?
Dalam manifesto Pakatan Pembangkang untuk PRU13 berdasarkan kecekapan fiskal dan dasar anti rasuah kerajaan Pakatan Pulau Pinang dan Selangor telah berjaya menjimatkan perbelanjaan tahunan sebanyak 25% yang didapati daripada pemberian kontrek kerajaan."

Pendirian sebegini menunjukkan ketidakcekapan kerajaan Persekutuan dalam menegakkan peraturan dan undang-undang dalam negara kita. Ini merupakan perbuatan yang sengaja untuk memalukan nama Malaysia di mata dunia.
Perbuatan ini sangat tidak beretika sekali....! Mengapa beliau bertindak demikian adalah satu persoalan yang wajib dijawab oleh para penyokong DAP dan Pakatan Pembangkang.

Beliau turut memfitnah kerajaan pusat lagi, dengan berkata:

"Taktik perkauman dan extremis digunakan dengan jayanya untuk mengelak daripada menangani masalah-masalah sebenar negara, iaitu jenayah, rasuah, peningkatan tahap hutang kerajaan dan individu serta penurunan tahap pendidikan negara, produktiviti dan kemahiran tenaga kerja Malaysia.

Di Hong Kong, ramai pelabur telah berkata 4 faktor ini telah menjadikan Malaysia kurang menarik minat pelabur, malah menjadi kurang daya saing. Lim Guan Eng harus menjelaskan mengapa beliau terus memperlekeh dan memalukan negara kita dengan merosakkan imej negara kita di peringkat global.

Barang siapa yang normal status mentalnya tidak akan memburuk-burukkan imej baik dan nama harum Malaysia di persada antarabangsa.

Apakah tujuan dan matlamat beliau ke luar negara di bawah tugas rasmi untuk memberitahu pelabur tentang keburukan Malaysia yang KURANG MENARIK serta KURANG KOMPETITIF....?

Ketua Menteri yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menuduh kerajaan pusat sebagai "penny wise, pound foolish". Dalam erti kata pepatah Inggeris dan memainkan sentimen perkauman, keagamaan dan extremisme, beliau memberikan impresi dan impak yang negara Malaysia tidak selamat dengan mempersoalkan keupayaan pasukan polis dengan memperolok-olokkan bahawa hanya 10% daripada jumlah pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam kerja-kerja penyiasatan sahaja.

Guan Eng yang seharusnya patriotik dan patut mengetengahkan potensi negara dan sumber alam semula jadi yang kaya dan melimpah ruah telah dengan sengaja menuduh kerajaan cuai dan perlu meminjam wang dari luar negara untuk berbelanja.

Beliau juga menuduh secara hentam kromo kerajaan pusat gagal untuk melabur dalam bidang pendidikan yang berkualiti. Ini jelas berlawanan dengan semangat Dasar Pendidikan Negara serta "Malaysian Education Blueprint 2013-2025" yang baru-baru ini diperkenalkan oleh Timbalan Perdan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saya menyeru Lim Guan Eng menunjukkan data FDI (Foreign Direct Investment) untuk Pulau Pinang untuk tempoh masa dari March 2008 semenjak beliau menjadi Ketua Menteri sehingga kini, berapa banyak pelaburan yang telah masuk dan apakah hasil-hasil pelaburan tersebut.

Sekiranya TIADA keputusan positif dari pihak beliau, Ketua Menteri yang bergelar "Tokong" ini harus membayar balik segala perbelanjaan ke Hong Kong dari poket beliau sendiri., selari dengan "falsampah" CAT. Adalah amat tidak rasional dan masuk akal untuk beliau berkata demikian terhadap PM kita.

Ketua Menteri Pulau Pinang ini begitu berbangga dengan status Pulau Pinang yang lebih bersih dan hijau serta mempunyai tahap pendidikan berkualiti tinggi. Bagaimana dengan bidang hartanah di Pulau Pinang yang semakin di luar kemampuan penduduk Pulau Pinang sendiri...?

Adakah beliau ingat Pulau Pinang mempunyai bidang autonomi dan kuasa sendiri...? Adakah beliau ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau untuk orang kaya sahaja seperti Singapura, Hong Kong dan Monaco?

Tidak sah lagi CAT ("Cocky Arrogant Tokong") ini mempunyai penyakit kurang patriotik dan kurang cintakan negara. Dalam ucapan yang lepas di Hong Kong Correspondents Club pada 9 Oktober 2012, beliau turut memberikan imej yang amat negatif untuk Malaysia. Sila tengok video di weblink ini : https://www.youtube.com/watch?v=EzKfxjZxudw&feature=youtube_gdata_player.

 Apakah agenda sebenar beliau, hanya Tuhan yang tahu.

Kita rakyat Malaysia yang patriotik sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia ini menyeru Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP yang maha berkuasa untuk merenung dan mencermin sendiri serta melakukan muhasabah diri sebelum mengutuk Perdana Menteri, barisan kabinet dan kerajaan persekutuan.

Ingatlah wahai Lim Guan Eng, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga."

Major Huan Cheng Guan (K)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



8 comments:

Anonymous said...

sumbat dlm penjara saja maa... dia ketua gangster. byk salah laku di penang. lindungi kongsi gelap, dadah, hartanah palsu, judi haram. semua org tau maa.

Anonymous said...

Salam. BRAVO BLOGGER MIK!
Posting / entry yang macam inilah yang dikatakan membina bangsa. Padat dengan sejarah & ilmu yang patut dibaca, dicerna dan diambil iktibar oleh semua pembaca/blor-walkers. Hamba sekadar menyokong dari belakang, sekadar menyatakan sokongan kepada kelompok manusia yang suka berkongsi maklumat dan ilmu yang berguna. DICADANGKAN agar selepas ini, hentikan atau cuba elak daripada posting yang berkisar tentang manusia bernama ANWAR BIN IBRAHIM. Rata-rata rakyat akan lebih aman damai tanpa sebarang publisiti murahan yang diberikan kepada manusia ini. Sekian. Terima Kasih. -HAMBA-

Anonymous said...

Nasib baik negara ini ada undang2 dan ketidaktegasan pengkuatkuasaan oleh yg berkenaan.....kalau tak dah lama si haram jadah tokong sial ni dibunuh.
Perangai haram jadah mcmni takde ke tindakan diambil? maka berleluasa lg le keharaman jadah dia.
pls take action sbb dah sakit sgt hati dgn dia ni.....

Anonymous said...



Kepada saudara mara yang pro Pas, kawan rakan yang pro Pas yang mengenali saya atas nama pena Ana Muslimah .. saya mohon jangan marah kepada saya dan jangan buang saya atau sisih saya atau memusuhi saya.

Dalam isu kalimah Allah saya berpendirian begini :

" Allah saya sebagai seorang yang pro Umno, serta sebagai orang yang tak akan bersetuju Allah digunakan oleh penganut kristian .. tak sama dengan Allah kalian. Allah saya hanya untuk orang islam iaitu orang2 melayu Umno dan orang islam lain diseluruh dunia .. dan haram bagi saya untuk menyembah Allah yang kalian sembah kerana Allah kalian adalah tuhan yang mengaku bernama Allah sedangkan dia juga adalah tuhan kepada orang kristian "

Jika pendirian saya ini sesat dan murtad mengikut fahaman kalian maka saya mohon kalian (saudara mara dan kawan rakan pro Pas) rujuk dan minta lah fatwa daripada Tokguru Nik Aziz .. kerana hanya Tokguru Nik Aziz sahaja yang tahu jawapan. Walahualam .........

Ana Muslimah

Anonymous said...

Walaupun aku tak setuju dengan kenyataan Guan Eng,tapi faktanya memang benar. Aku seorang usahawan yang tiada connection.Bila minta pinjaman dari agensi kerajaan seperti SME Corp,PUNB, aku dilayan macam sampah. Last2 bank cina yang bagi aku pinjaman. Kalau perniagaan aku tidak berdaya saing, takkan bank milik cina nak bagi. Aku dah meluat dengan kerenah UMNO yang utamakan kroni dan bazirkan wang.

Anonymous said...

Tak semua CINA ni kutuk kerajaan. Aku percaya diorang juga akan buat appraisal ikut "Merit". Sebagai contoh, aku petik komen dari seorang yang mendakwa beliau "Malaysian-chinese", dalam blog pro-pembangkang, berbunyi begini:

"...as a malaysian chinese, i support the effort undertaken by home minister under minister zahid to enhance public security and in clearing the country of the illegal immigrants.

he may face some opposition in expediting his duty but he has that obligation to fulfill, and i believe majority of the malaysians are behind him.

doesnt matter if he retains or loses that umno seat but the nation appreciates his seriousness in tackling the two issues.

he is perhaps the best home minister thus far."

Jadi, fikir-fikirlah....

Anonymous said...

Kisah penipuan dia dlm pemilihan cec dap nape dia tak citer lak...

Anonymous said...

HABIS!!!! APA YANG DILAKUKAN OLEH DATUK NAJID YANG PRO CINABENG TU? ADA KE KITA BOLEH MEMBIARKAN PENGHINAAN DAN KERJA2 SABOTAJ SEPERTI INI DILAKUKAN TANPA ADA APA-APA HUKUMAN? SEBENARNYA GUANG ENG BUKANLAH ORANG PERTAMA YANG MENGHINA NEGARA DILUAR NEGARA, KEPALA HARAMJADAH DARI PAKATAN ALJUBORI LEBIH TERUK DARIPADA ITU LAGI, LEPAS ITU DISUSULI ANAK SETAN DIA, DAN SETERUSNYA KEPALA SAMSENG INI. ADAKAH INI YANG DIKEHENDAKI OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA????? TERUTAMANYANYA ORANG-ORANG MELAYU?
KERAJAAN TIDAK PERNAH BERTINDAK KEPADA MEREKA2 YANG MENGHINA NEGARA INI DILUAR NEGARA SEBAB ITULAH MEREKA TIDAK TAKUT MALAH MEMBERI GALAKAN KEPADA MEREKA BERBUAT DEMIKIAN. KETIDAK AMBIL TINDAKAN INI BENAR-BENAR MENAMPAKKAN KELEMAHAN DATUK NAJIB DALAM MEMELIHARA IMEJ NEGARA MALAYSIA. WALAUBAGAIMANA PUN TINDAKAN GUANG ENG LEBIH MENAMPAKKAN KEBIADAPAN BELIAU, KALAU DATUK NAJIB TIDAK MEMBUAT TINDAKAN BALAS KEPADA CINA LAHANAT INI, MAKNANYA NAJIB ADALAH DAYUS.