Tuesday, September 3, 2013

Punaisihat Ekonomi Selangor Anwar Ibrahim Kalau Handal Sila OFFER Harga Petrol Lama Kalau Isi Di Dalam Negeri Selangor...! Jangan Gebang Lebih...

Siapa berani beri jaminan 100% kalau Pakatan menang PRU 13 mereka tidak akan naikkan harga petrol seliter...?

Kita semua tahu dan sediak maklum bahawa krisis politik dan keadaan huru hara di Mesir, Lebanon, Syria telah menyebabkan harga minyak mentah melonjak diseluruh dunia.

Inilah yang dimaksudkan dengan faktor global diluar kawalan mana mana negara kuasa kecil seperti negara kita sendiri, Malaysia!

Namun begitu, rakyat di Malaysia masih beruntung dan belum sengsara hidup apabila YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib menjanjikan bayaran yang lebih tinggi dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M.

Malah sehingga ke hari ini Najib tidak pernah gagal untuk deliver Janji Ditepati beliau sebagai ketua kerajaan negara kita...

Secara keseluruhannya, negara kita Malaysia masih mampu mengawal harga petrol berbanding dengan beberapa negara negara jiran kita... Malah harga petrol kita dilihat lebih baik daripada salah sebuah negara arab, lihat diatas sana.

Malaysia mendaftarkan 43% harga lebih rendah daripada purata harga minyak sedunia. Jauh lebih baik daripada negara negara jiran, lihat dibawah ini;

SUMBER

JAWATANKUASA Dasar Fiskal (Fiscal Policy Committee, FPC) telah bermesyuarat hari ini (semalam) untuk meneliti kedudukan fiskal negara dari segi perkembangan ekonomi, prospek serta risiko bagi jangka masa pendek dan panjang.

FPC akan memainkan peranan utuma dalam mengukuhkan kewangan kerajaan serta memastikan kemampanan fiskal dan kestabilan ekonomi makro jangka panjang.



Saya telah mempengerusikan mesyuarat FPC pagi ini (semalam). Ahli-ahli tetap FPC terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Ketua Setiausaha Negara, Gabenor Bank Negara Malaysia, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Pengarah EPU.

FPC disokong oleh pejabat Dasar Fiskal Kementerian Kewangan Malaysia dan sebuah kumpulan teknikal antara agensi yang terdiri daripada pegawai-pegawai EPU, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan.


FPC menekankan bahawa komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan 3 peratus kepada KDNK pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.


Melalui penilaian FPC, persekitaran luar didapati semakin mencabar. Lebihan akuan semasa imbangan pembayaran (BOP) yang sederhana di samping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi. Oleh itu, langkah mengukuhkan kedudukan fiskal adalah enting untuk mengekalkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat dan pelabur.


Pada masa ini, subsidi dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuklah di kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dan rakyat asing. Oleh itu, kita perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas.


Rasionalisasi subsidi akan dilaksanakan dalam beberapa peringkat. Sebagai langkah pertama, dengan ini saya mengumumkan bahawa harga RON95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 3 September. Pada masa ini, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1.00 seliter bagi diesel. Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun adalah RM24.8 billion. Pengurangan subsidi bahan api sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi 63 sen seliter bai RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.


Bagi mengurangkan bebenan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam bajet 2014 di mana jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Pada masa hadapan, satu jaringan keselamatan sosial (Social Safety Net) yang lebih komprehensif akan diperkenalkan. Langkah-langkah fiskal seterusnya akan diumumkan dalam Bajet 2014.


Untuk menangani lebihan akaun semasa yang berkurangan, pelaksanaan projek-projek sektor awam akan dipertimbangkan dengan teliti. Projek-projek yang mempunyai kandungan import yang rendah dan kesan pengganda yang tinggi akan diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terjejas. manakala, pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada imbangan pembayaran.

Walau bagaimanapun, projek Mass Rapid Transit (MRT) jajaran 1,2 dan 3 diteruskan seperti yang dirancang. Projek Southern Corridor High Speed Rail (HSR) pula masih dalam rundingan.


Dalam jangka sederhana dan panjang kerajaan akan mengkaji kaedah untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan mempelbagaikan lagi pasaran eksport negara. Pelancongan, sumber terimaan luar yang besar akan diberi tumpuan selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.


Pelaksanaan semua langkah tersebut bukan sahaja untuk menangani cabaran semasa terhadap ekonomi dan kedudukan kewangan kerajaan tetapi ia juga akan mengukuhkan kemampanan fiskal negara dalam jangka sederhana dan panjang.

FPC akan terus bermesyuarat dari semasa ke semasa untuk menilai perkembangan ekonomi dan kedudukan kewangan kerajaan.

Mohammad Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

11 comments:

Anonymous said...

mungkin Khalid akan kata tak adillah kalau orang luar turut dapat kemudahan itu.

untuk lebih adil apa kata berikan baucer petrol hanya pada warga Selangor? hik hik

Anonymous said...

cadangan alternatif:

berikan rebat menerusi resit pembelian petrol... macam? OK kot!

Anonymous said...

Budak tak cukup umur punya blog.

Melancap dalam bilik mandi lagi baik

Anonymous said...

lawak sengal:

kalau Dinasti Kim boleh 'mintak' pihak pawagam jangan tayang filem tertentu makanya kroni di lain-lain negeri takkanlah tak boleh keluarkan arahan mintak peruncit jangan tayangkan Ron di negeri masing-masing, he he.

Anonymous said...

Warga asing nak beli petrol kena tunjuk atau swipe dan tumbprint untuk dapat kemudahan subsidi. Selama ni pun warga singapork beli Ron 95 dengan harga subsidi di stesen-stesen minyak milik cinabeng di Johor.

Anonymous said...

ini la masa utk mengampu dan menjilat.

biarlah semua brg keperluan naik dan serba serbi mahal, asalkan Umno pimpinan Najib n the gang yg perintah negara.

rakyat bawahan bersyukur aje la!!

DASAR BANGANG PEMBODEK TEGAR!!

Anonymous said...

Hang pi soh la Anwaq tu reduce price kalau dia boleh

Anonymous said...

mana-mana negeri PR sebenarnya boleh berikan subsidi kepada para pencacai yakni kalau pencacai bijak.

kalau pencacai pun kaki bodek, hmmm, apa yang boleh diharapkan melainkan melopong ajelah. itupun nasib baik ada Brim dan Krim.

Anonymous said...

Anuwar Berahi hanya mampu mengurangkan harga dan kos untuk melanggan pelacur dan gayboy..sebab itulah rumah2 urut dam pusat hiburan maksiat semakin bercambah di Selangor!

Anonymous said...

Bodohnya org yg buat tajuk ni..tak tahu beza yg mana dibawah kawalan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri..

Anonymous said...

Memang blog penjilat ke titisan terakhir..bangang betul..56 tahun "merdeka" tanpa nenentang malah bekerjasama dgn penjajah dan akhirnya membawa ideologi penjajah..