Wednesday, September 18, 2013

SAH...! Esok Mukhriz Akan Umum Bertanding Naib Presiden UMNO. Pertandingan 6 Penjuru Meriahkan PAU 2013. Baca Ulasan MIK

Esok dijadualkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir akan mengumumkan secara rasmi bertanding kerusi Naib Presiden UMNO bagi pemilihan parti itu tahun ini....

Pengumuman yang bakal dibuat itu nanti menjawab teka teki selama ini yang heboh diperkatakan dikalangan ahli ahli akar umbi UMNO, bertanya sesama sendiri apakah Mukhriz akan bertanding Naib Presiden...?

Mukhriz adalah calon termuda berbanding 5 calon yang lain dimana 3 calon adalah "incumbent" mempertahankan jawatan mereka iaitu Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein dan Shafie Apdal.

Siapakah yang akan berjaya mendapat TOP 3 seterusnya dipilih sebagai tiga orang Naib Presiden UMNO untuk menambah kekuatan parti keramat ini mendepani PRU 14 dan mempertahankan kerajaan Barisan Nasional...?

Zahid Hamidi diramalkan akan menjadi pemenang nombor satu dan baki dua lagi tempat kini terbuka sangat luas untuk 5 yang lain.... Zahid Is The Most FAVORITE Candidate!

Ali Rustam dikatakan ada peluang cerah setelah beliau telah bertahun-tahun lamanya menabur budi dan "melabur" mengurniakan darjah kebesaran Melaka bergelar Datuk kepada hampir kesemua Ketua Bahagian UMNO seluruh negara. Malah ada juga Timbalan, Naib Ketua Bahagian turut sama merasai "air tangan" Ali Rustam. Kini tiba masanya untuk Ali menuai padi!

Isa Samad pula sebagai Pengerusi FELDA mempunyai akses untuk mengelolakan 56 kawasan Parlimen FELDA sekaligus menjadi jambatan pertalian siratulrahim Isa dengan 56 Ketua Bahagian UMNO. Mengikut rekod lampau, sebelum Isa digantung dari UMNO, beliau pernah mencipta kemenangan cemerlang dalam perebutan kerusi Naib Presiden. Rasa kasih sayang Pengerusi FELDA ini dengan para perwakilan tidak mustahil masih subur....

Shafie Apdal satu satunya wakil Sabah! Ini memberikan advantage dan kelebihan buat wakil rakyat dari Parlimen Semporna untuk menang sebagai wakil dari Negeri Dibawah Bayu. Shafie bukan sahaja memiliki advantage untuk mendapat sokongan daripada 24 Bahagian negeri Sabah, tetapi sebagai Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini juga memberikan ruang kepada beliau untuk berhubung rapat dengan Ketua Ketua Bahagian di Semenanjung Malaysia....

Hishamuddin Tun Hussein satu satunya Menteri yang mempunyai dua portfolio. Populariti Hishamuddin merudum setelah ditafsirkan gagal menjalankan tugasnya dengan berkesan sebagai Menteri KDN berbanding dengan Zahid Hamidi yang lebih tegas dan garang!
TETAPI kita jangan "under estimate" keupayaan Hisham untuk menang kerana beliau masih ada sokongan kuat daripada Khairy Jamaluddin yang boleh memberikan undi daripada perwakilan Pemuda UMNO. Hishamuddin pernah menjadi Boss mereka dalam sayap Pemuda.....
Perlu diambil kira juga, ramai bekas bekas Ketua Pemuda Bahagian era Hishamuddin kini sudah menjawat jawatan Naib, Timbalan dan Ketua Bahagian UMNO. Sekiranya masih kekal semangat Setia Kawan untuk bantu bekas Boss mereka, tidak mustahil Hishamuddin mampu meraih undi....


Mukhriz Mahathir merupakan calon termuda yang kini menjadi Dark Horse In The Race.... Tidak mustahil untuk anak mantan PM ini menang sekiranya benar para perwakilan sudah tidak mahu lagi mendokong Hishamuddin, dan juga tidak mahu calon calon veteran 'old school' untuk membimbing parti UMNO! Kejayaan Mukhriz mengepalai UMNO Kedah untuk merampas kerajaan negeri pada PRU 13 bukanlah kejayaan yang kecil, malah ianya satu kebanggaan kita menewaskan PAS!

Siapakah 3 calon Naib Presiden UMNO pilihan anda...?

19 comments:

Anonymous said...

ABH...ASALKAN BUKAN HISHAM@AMARAN

Anonymous said...

Z,S dan M

Anonymous said...

1.DS ZAHID HAMIDI
2.D. MUKHRIZ
3.DS ALI RUSTAM

Anonymous said...

1.DS ZAHID HAMIDI
2.D MUKHRIZ
3.DS ALI RUSTAM

Anonymous said...

1.DS ZAHID HAMIDI
2.D MUKHRIZ
3.DS ALI RUSTAM

Anonymous said...

1.DS ZAHID HAMIDI
2.D MUKHRIZ
3.DS ALI RUSTAM

Anonymous said...

1.DS ZAHID HAMIDI
2.D MUKHRIZ
3.DS ALI RUSTAM

Anonymous said...

1.DS ZAHID HAMIDI
2.D MUKHRIZ
3.DS ALI RUSTAM

Anonymous said...

Dalam banyak calon, aku paling kasihan kat Hishamuddin...ada ka patut seorang pondan kat bukit bintang panggil Hisham dengan nama "Hisham PONDAN"...

Anonymous said...

1. Mukhriz
2. Ali Rustam
3. Isa
Zahid harus berhati hati kerana ada sotong dsebalik mee goreng

Anonymous said...

Hishammuddin, Zahid & Idris Jusoh

Anonymous said...

Percaya lah hishamuddin tetap akan menang ,dia ada dua kementerian dan Presiden. Sapa berani lawan presiden bro.Maklumlah sepupu walau x layak pun tetap setia.Biarlah UMNO hancur asalkan aku n sedara aku dapat.Itulah budaya UMNO.

Anonymous said...

Asalkan bukan Hisham.

Anonymous said...

Ukriz tak perlu ergi vp . Focus the new as mb then 3 tahun lagi baru pi vp. Now also auto jadi ahli mt. Be wise .......

Pemerhati said...

Sebelum PRU 13 DS Najib telah umumkan bahawa sekiranya BN dapat tawan Kedah Mukhriz akan dilantik jadi MB. Berduyun-duyun budak muda Kedah yang tinggal dan bekerja di KL telah balik kampong untuk mengundi.

Mukhriz tidak bertanding di kawasan selamat. Dia bertanding dikawasan pembangkang dan dia menang.

Jadi saya rasa dia sudah bersedia untuk duduk di kerusi NP.

Pilihan saya ialah MUKHRIZ, ZAHID HAMIDI dan SHAFIE AFDAL.

Anonymous said...

Mukriz pun pernah cakap nak focus mb job sebab tu tak bertanding mt. Lagi pun mb auto jadi mt. Dont let others yo change your mind. Tiga tahun lagi better for you....

Anonymous said...

Salam...hamba rasa tak salah Mukhriz bertanding...kata demokrasi kan?? ni lah masa nak tunjuk kat Pakatan Reban Ayam yang dikepalai bapak ayam "Anugerah" yang UMNO tetap dengan sistem UMNO yang teguh dan tersusun dan akan terus memerintah, whatever it cost! Aku juga yakin akan ada sedikit "kejutan" namun "kejutan" yang akan dibuat calon favourite ni takkan merosakkan apa-apa di dalam parti, tapi mungkin dilakukan untuk memudahkan perancangan teliti yang lebih kemas dilakukan untuk memperkukuh jentera parti...itu sahaja..sekian dari hamba...

Anonymous said...

sy sokong pandangan pemerhati..sy salah sorg org kedah yg menyokong mukriz

Anonymous said...


Zahid menang kerana dia gagah berani, ada karisma ada kaliber.

Mukhriz menang kerana terbukti berani bertanding di kawasan lawan dan rampas kembali Kedah.

Hisham akan menang kerana dia sepupu PM, period.

Hidup UMNO