Monday, September 9, 2013

Tujuan Anwar Mahu Bercakap Tentang Perpaduan Untuk Sabotaj Najib Menjelang Pemilihan Agung UMNO.....

Bertahun lamanya Anwar Ibrahim menawan hati ramai pihak dengan karisma dan kebolehannya untuk bercakap.....

Namun begitu lama kelamaan rakyat Malaysia telah dapat melihat disebalik lakonan Anwar Ibrahim.
Bukan sekali beliau mengamuk dan menunjukkan dirinya yang sebenar. Contohnya apabila beliau menulis didalam laman twitter miliknya yang berbunyi "Apa lagi yang UMNO mahu?".

Ini menyebabkan perdebatan hebat tentang keperibadian Anwar dari kedua-dua belah pihak di dalam dunia politik Malaysia.

Tanpa sebarang maruah dan harga diri, beliau memanggil rakan-rakan lamanya di dalam politik sebagai "histeria" apabila mendapat respon negatif daripada rakan-rakannya akibat daripada isu beliau menghadap YAB Datuk Sri Najib untuk kerajaan perpaduan dan ramai diantara mereka yang mempersoalkan tindakan beliau untuk bekerjasama dengan parti UMNO.

Ironinya, beliau mengeluarkan kenyataan yang sama dengan Utusan Malaysia "Apa lagi Cina mahu?" sebaik sahaja berakhirnya pilihanraya pada 5 May 2013 yang lepas.
Kami ingin bertanya pula kepada Anwar Ibrahim: Apakah Yang Kamu Mahukan, Anwar....?
Segala-galanya sudah terlewat bagi kamu!

Siapa yang tidak tahu, walaupun melalui zaman kejatuhannya semasa beliau depecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar tidak berputus asa untuk mengambil alih PUtrajaya. Semua impiannya telah hancur berkecai dan akhirnya beliau telah bertukar daripada menjadi ikon pemimpin generasi baru kepada seorang manusia yang lidah bercabang dan sikap sesumpah beliau yang sering bertukar-tukar pendirian sesuka hatinya.

Selepas Pilihan Raya Umum ke 13 pada 6 May didalam satu sesi temu ramah di dalam BBC, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah menghasut para pengikutnya untuk melakukan protes selepas BN memenangi pilihanraya tersebut dikatakan dengan cara penipuan.

Anwar tidak mahu menerima keputusan pilihanraya, dan menuduh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah membantu BN untuk mencapai kemenangan. Pakatan Pembangkang pula telah memfailkan banyak petisyen kepada mahkamah iaitu di 27 kawasan untuk membuktikan "kebenaran" tuduhan mereka.
Adakah ini dikira sebagai suatu perkara yang ikhlas...?

Pada malam hari Merdeka Anwar telah mengeluarkan kenyataan: "Meraikan Kemerdekaan adalah dengan mengetahui perkara baik yang perlu dilakukan dan tidak mengulangi kesalahan yang lepas…

Sekiranya Anwar benar-benar mahu bercakap tentang perpaduan, beliau perlu melakukannya sebelum atau selepas Pilihanraya, dan bukannya membuat tuduhan melulu, menganjurkan himpunan Black 505 dan akhirnya ingin berbaik semula...! Sekarang- kita seolah-olah melihat seorang budak kecil yang meragam disebabkan tidak mendapat sesuatu- dalam konteks Anwar Ibrahim, kegagalan beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Semasa sambutan Festival Belia 2013 pada bulan Mei yang lepas, YAB Datuk Sri Najib telah menyatakan bahawa ketua pembangkang adalah seorang manusia yang tidak berprinsip apabila seringkali mungkir janji dan gagal untuk menerima keputusan PRU-13 dan sering mengamuk apabila beliau kalah Pilihanraya.
Berapa kali Anwar Ibrahim telah gagal untuk menepati janji dan prinsip beliau dalam sesuatu kenyataan ataupun pengakuan...?

Pada September 2008, beliau menyatakan bahawa lebih daripada 31 ahli parlimen BN akan lompat parti kepada Pembangkang tetapi gagal untuk menyatakan nama 31 orang Ahli Parlimen tersebut. Tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Adakah beliau jujur dengan kata-katanya?

Beliau sepatutnya bersara dengan aman selepas perkara tersebut, namun atas delusi yang amat parah untuk menjadi PM Malaysia, semakin lama Anwar Ibrahim semakin asyik dengan impiannya yang tidak kesampaian itu....

Wall Street Journal pernah melaporkan bahawa Mantan Timbalan Presiden Indonesia pernah menjadi perantara sidang damai antara Anwar Ibrahim dan pihak pemerintah. Sidang rahsia itu adalah untuk kedua-dua belah pihak menghormati keputusan Pilihanraya pada 5 Mei 2013.

Jusuf Kalla telah menyatakan persetujuan antara kedua-dua belah pihak untuk menghormati keputusan pilihanraya dan tidak menjalankan serangan peribadi kepada mana-mana pihak. Namun begitu Anwar Ibrahim telah mengadakan protest bagi membantah keputusan pilihanraya tersebut. Beliau juga telah menjalankan kempen fitnah kepada ramai tokoh-tokoh BN walaupun sebenarnya Anwalah yang telah mencadangkan perjanjian itu dilaksanakan.

Sikap buruknya makin terserlah apabila beliau mencanag pula tentang kerajaan perpaduan yang timbul pada bulan Jun. Selepas itu, beliau berkata pula tiada proposal kerajaan perpaduan diajukan kepada Najib dan menyatakan bahawa idea itu datangnya dari rakyat Malaysia.

Nota: Pada masa itu, Anwar menidakkan semua pertuduhan bahawa beliau telah menghadiri satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Malaysia di Istana Presiden Indonesia di Jakarta semasa kedua-dua mereka berada di negara tersebut. Anwar berkata dia hanya berjumpa Presiden Susilo dan Mantan Timbalan Presiden Jusuf Kalla di Bali dan Jakarta secara berasingan.

Jadi mengapa beliau mencetuskan semula isu kerajaan perpaduan dan terus menerus mengamuk di Twitter sekiranya beliau mendapat respon negative?

Mungkin Anwar dapat melihat kebinasaannya di hujung cerita ini dan kebarangkalian beliau untuk menjadi Perdana Menteri hanyalah angan-angan kosong belaka. Agaknya kerana itulah beliau terlalu terdesak untuk menukar hala tuju politiknya dan kembali semula kepada BN.
Adakah ini tokoh yang mempunyai prinsip...?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


3 comments:

Anonymous said...

Putar ranggas..
Putar belit..
Carca merba..
Cuba tunjuk 1 statement anwar yg menunjukkn ingin kn perpaduan PR & BN?
Dialog meja bulat pun tak faham?
Aiyaaa..pergi masuk sekolah balik.

Anonymous said...

Aku dah bosan. Semua tetap sama. selagi bernama MANUSIA semua pasti berbuat dosa. Kita bukan nabi dan Malaikat. Tak kira parti Islam ke atau parti Neraka ke, manusia tetap manusia. Semua sama!! Tolonglah jangan pandang mulia sangat orang-orang politik. Semua sama macam rakyat biasa. Kentut atau berak tetap busuk ya amat. Bila mati tetap mereput busuk menjadi tanah!! Cukup-cukuplah. Rakyat dah bosan dengan permainan politik. BUAT KERJA LA!!
-HAMBA-

Anonymous said...

Gila.!