Wednesday, October 9, 2013

146,500 Perwakilan UMNO Jangan Lupa…. Kak Midah Orang Yang Bertanggungjawab Kembalikan Perak Kepada BN Pada Tahun 2009. UNDILAH Hamidah Osman Calon No 43 Majlis Tertinggi UMNO


Inilah dia orangnya…!

Kita jangan lupa peristiwa bersejarah politik tanahair yang berlaku pada awal tahun 2009, BN Berjaya merampas Perak daripada kerajaan DAP secara teknikal apabila 3 wakil rakyat Pembangkang isytihar keluar parti dan menyokong UMNO.






Demikianlah sumbangan terbesar oleh seorang Wirawati yang bernama Hamidah Binti Osman.

Sepanjang tempoh 2009 sehinggalah bulan May 2013 selama empat tahun, kerajaan BN berjaya menabur khidmat bakti dan akhirnya rakyat tetap mahukan BN kekal berkuasa, mandate masih diberikan untuk BN menerajui tampuk kerajaan negeri dan mengukir kemenangan mutlak pada PRU ke 13 yang lalu.

Inilah kriteria pemimpin parti yang WAJIB diangkat oleh para perwakilan UMNO yang akan membuat pemilihan pada tanggal 19hb Oktober nanti. Pilihlah Datuk Hamidah Osman, wanita berhati waja yang berani meperjuangkan hak hak orang melayu, bersuara lantang menyatakan yang HAK, rajin bekerja demi agama bangsa dan tanahair…!

UMNO perlu berdiri teguh dan kuat.
UMNO perlukan pemimpin yang ada kualiti.
UMNO mesti ada pasukan yang mantap.
UMNO wajib ada pemimpin yang meletakkan kepentingan parti bukan kepentingan peribadi.

146,500 para perwakilan UMNO janganlah sia siakan peluang untuk memilih Hamidah Osman sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti kali ini.

Beliau memang layak berada dalam saf kepimpinan yang akan membimbing ahli akar umbi untuk berjuang mempertahankan kerajaan BN pada PRU ke 14 nanti…!



No comments: