Wednesday, October 2, 2013

Doa Blogger MIK Agar Lokman Adam Menang Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Kalau UMNO mahu sayap partinya kuat, pimpinan sayap itu harus ada seorang yang mampu menjadi Jeneral Perang khususnya sewaktu PRU 14 nanti...

Calon No 2 bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, iaitu Lokman Adam ada ciri ciri tersebut. Beliau tahu apa yang harus UMNO perjuangkan pada ketika dan saat ini, fokus kepada bangsa dan agama, utamakan melayu...!

Jom kita saksikan buktinya....,

Saya menyokong penuh kenyataan YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir yang menetapkan pendirian bahawa pihak Kerajaan Negeri akan memberikan keutamaan untuk membantu rakyat yang mengundi BN, berbanding mereka yang jelas tidak menyokong. 

Tindakan ini sewajarnya dijadikan contoh oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri BN, yang saya yakin turut menerima nasib yang serupa, iaitu dikhianati oleh penyokong DAP, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi memenuhi semua permintaan mereka sepanjang lima tahun lepas. 

Selama hari ini, penyokong-penyokong DAP ini  tidak menghargai langsung apa yang telah diusahakan oleh para pemimpin BN dan rata-rata mereka juga tidak berfikir panjang bahawa tindakan menolak BN ini akan akhirnya 'memudaratkan' diri mereka kembali. 

Dan, sekiranya BN masih lagi meneruskan dasar menunaikan segala apa yang dipinta dalam keadaan sedar bahawa ia akan dibalas dengan pengkhianatan, maka percayalah bahawa peluang untuk menarik balik sokongan penyokong-penyokong DAP ini tidak akan diperolehi sampai bila-bila.
Hari ini pemimpin Melayu khususnya UMNO, harus sedar bahawa masa utk memujuk sudah pun berakhir. Hari ini tibalah masanya kita perlu sedarkan mereka yang telah mengkhianati kita, apa yang mereka akan "hilang" sekiranya mereka terus mengkhianati kita. 

Sikap mereka yang jelas menunjukkan ketidak sediaan untuk hidup bersama kita sambil berkongsi kek kekayaan ekonomi negara amatlah dikesali. Saya percaya umum sudah maklum bahawa tindakan majoriti daripada penyokong DAP ini yang menolak BN pada PRU yang lalu adalah kerana mereka sudah tidak mahu lagi menerima sebuah Kerajaan yang ditunjangi dan ditentukan hala tujunya oleh orang Melayu. 
Sungguhpun Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Pembangkang berbangsa Melayu, namun beliaulah satu-satunya manusia yang berani menaruhkan nasib anak bangsanya sendiri dengan menjual harapan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta menghapuskan hak istimewa org Melayu atas nama keadilan dan kesamaraataan.

Sokongan luarbiasa yang Anwar terima dari penyokong-penyokong DAP ini sebenarnya kerana mereka sudah bosan berkongsi kek kekayaan ekonomi negara bersama dengan kita. 
Kek Ekonomi Sektor swasta sudah lama mereka kuasai hampir sepenuhnya, menjadikan apa yang tinggal untuk dibahagi-bahagikan kepada Bumiputera hanyalah di sektor awam. Itupun hanya sebahagian kecil kerana adanya DEB, yang wujud demi untuk merapatkan jurang ekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Kerana DEB jugalah, ekuiti Bumiputera di Negara ini telah berjaya kita lipat gandakan dari 2.3% sebelum Tragedi 13 Mei 1969, kepada lebih 10 kali ganda kini. Sungguh pun matlamat kita untuk mencapai 30% pegangan ekuiti masih belum berjaya, namun jika tanpa DEB kita pasti ditakuk lama.

Namun begitu, pegangan ekuiti 30% yang disasarkan pun sebenarnya masih lagi satu jumlah yg tidak adil kerana ianya tidak sampai separuh daripada jumlah yang sepatutnya dituntut oleh 67.3% kaum Bumiputera di Malaysia. Andainya dihapuskan juga DEB, maka apakah nasib terutamanya usahawan Bumiputera yang rata-ratanya bermodalkan kecil dan sederhana?

Apa akan jadi sekiranya semua kontrak dan peluang perniagaan dianugerahkan berdasarkan kepada merit semata-mata?
Mampukah orang Melayu dan India bersaing dgn kaum Cina yang merupakan pembekal bahan, tokey kuari, pasir, simen dan bahan mentah lain sejak sekian lama? Ini akan mengakibatkan kaum Cina sahaja yang akan menguasai semua peluang perniagaan dan percayalah, akibatnya nanti lebih buruk daripada apa yang berlaku ketika rusuhan kaum di Indonesia tahun 1998 dahulu. Kita pasti fenomena seumpama ini akan memberikan impak yang sangat negatif terhadap kestabilan politik dan keamanan negara.

Sehubungan dengan itu, saya sekali lagi menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan dasar daripada YAB Menteri Besar Kedah dalam hal ini selain ingin menasihatkan YB Teresa Kok agar mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum boleh bercakap soal keadilan sosial dan keharmonian kaum. 

Pernahkah DAP memberikan keadilan kepada penyokong BN di negeri-negeri yang mereka perintah.


Kenyataan Media              
Lokman Noor Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia

3 comments:

Anonymous said...

Lokman pernah silap tapi dia pejuang. Azwan belum silap, tapi dia pembaham.

TolakPenakot said...

Lokman tersilap langkah lumrah manusia. lagipun silapnya semata2 di atas keyakinan pegangannya (berbanding sifat petualangan). zahid hamidi pun tersilap langkah dan kini beliau naib presiden umno. aku lagi hormat org mcm lokman daripada pemimpin yg pengecut & penakot semata2 nak menjaga tengkok sendiri mcm hisham tu! tokoh mcm zahid, ezam & lokman setidak2nya berani membuat pendirian walaupun kadangkala tersasar. kita kena tolak watak2 yg tak berani membuat pendirian & mengambil tindakan (indecisive). spesis mrk ini membahayakan ahli jemaah!

Anonymous said...

Azwan dah kaya terus berubah tak kenal orang. kadang2 org ada sebelah pun dia tak tegur, maklum le sekrang ni dah jadi org kanan MB. lokman dah melalui pelbagai pengalaman dan masih kenal orang.