Friday, October 11, 2013

Gangster Takut Bila Ada Menteri Melayu Macam Ini... Zahid Kata Jika Kita Dapat Bukti, Kita Tembak Dulu...!!

Adakah hak asasi di negara kita hanya untuk penjenayah?

Itu pertanyaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang selama ini mendiamkan diri berikutan bidasan dan kritikan pedas oleh pelbagai pihak ekoran kenyataannya bahawa anggota gangster seharusnya “ditembak dahulu” sekiranya ada bukti, akhirnya membalas kritikan tersebut di laman Twitternya hari ini.

Calon Naib Presiden UMNO ini menerima kritikan hebat selepas sebuah portal berita memuat naikkan sebuah klip video ucapan beliau yang dirakam di sebuah majlis taklimat keselamatan di Melaka pada Sabtu.

Di dalam video tersebut, Zahid didakwa berkata bahawa 28,000 daripada 40,000 anggota kumpulan haram atau gangster terdiri dari kaum India dan adalah tidak salah untuk menahan mereka.

“Bagaimana pula keadaan mangsa rompak, mangsa bunuh semasa tembakan? Ramai daripada mereka adalah dari kaum Melayu. Kebanyakan mereka adalah bangsa kita (Melayu).

“Saya fikir jalan terbaik adalah kita tidak perlu lagi berkompromi dengan mereka (gangster). Tidak perlu memberikan amaran lagi kepada mereka. Jika kita dapat bukti, kita tembak dahulu.”

Beliau turut didakwa berkata bahawa kumpulan penjenayah Tiga Line, yang disenaraihitamkan oleh polis dalam pertubuhan haram adalah “kawan-kawan”.

Tindakan beliau dikritik oleh pelbagai pihak termasuk pihak Majlis Peguam.

Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menyifatkan Ahmad Zahid sebagai tidak bertanggungjawab dan memalukan kerana bertindak membatasi undang-undang, menurut sumber Awani.

Berikutan kejadian itu, DAP telah membuat dua laporan polis terhadap Ahmad Zahid.

10 comments:

Anonymous said...

Mana-mana pembela yang berminat nak ambik penjenayah ini jadi adik,abang,bapak angkat dipersilakan ambik....Paling syok bela mereka dalam satu rumah.Baik lagi kalau dalam rumah tu ada adik,anak perempuan dan ada duit serta barang berharga.AMBIK LAH BELA!

Megat Alam Gempita said...

Bravo Polis dan DS Zahid tembak saja sipenjenayah ini. Dari mereka bermaharajalela menyusahkan orang ramai. Kalau masuk penjara pun buat habis duit rakyat nak bagi mereka makan.

Tembak saja semua penjenayah kasi mampus lepas tu biarkan malaikat mungkar nangkir soal mereka dalam kubur.

Anonymous said...

Aku tanya Gangster kalau jumpa ular dengan lawyer tembak siapa dulu, dia kata tembak lawyer dulu....... Kah kah kah kah

Anonymous said...

Ada akhbar Cina kononnya kata kalau nak kaya cepat jadilah pegawai tinggi kerajaan atau sekurang-kurangnya berkawan baik dengan mereka. Tapi sebenarnya kalau nak kaya cepat, mohon lesen cyber cafe dan kalau dapat buat biz judi haram sekali, buat spa atau pusat kesihatan bawa masuk pelacur sekali, kira di sampang biz yang ada... buat sama biz haram macam ramai peniaga Cina buat... sure cepat kaya.

akupun takfaham said...

Keras bunyinya tu

Anonymous said...

Bila berhadapat dengan penjenayah bersenjata apai atau tajam.Polis Melayu buka silat pulut,Polis India buka silabam,Polis Cina buka wushu....baru puas hati pembangkang nak pulat peguam bela KOYA n gang bila ramai polis kena tembak dulu

Anonymous said...

Kalau Zahid kata kepada gangster melayu, kalau ada bukti kita tembak dulu.Pastinya, DAP dan MIC tak akan bersuara.

Anonymous said...

Gangster 2 ini adalah dikalangan mereka yg telah hilang tempat pergantungan di estet2, kampung2 baru dan kampung2. Mereka terpaksa jadi gangster sebab Tanah 2 mrk itu telah dirampas kerajaan yg diketuai oleh gangster No.1 Malaysia Mahathir Mohamad Iskander Kuti al Malabari Tongkang dan dijuai dengan harga yg tinggi kpd kerajaan melalui proxy. Oleh kerna Zahid Hamidi seru tembak dulu, gangster2 ini perlu mengambil iktibar dan memajukan diri mrk dgn mengunakan dynamite, RPG dsbnya dan membunuh org UMNO yg berasuah. Maka gangster2 secara tidak langsung akan jadi Robin Hood yg berbakti kpd rakyat.

Anonymous said...

Menteri Melayu macam ini sebenarnya bersifat PONDAN sebab menembak dari belakang

Anonymous said...

Melayu mana yg ada otak, sebab makan daging otak mrk berulat.