Thursday, October 17, 2013

Jangan Terkejut...! Azeez Pernah Imamkan Solat Jemaah PAS Di Kedah..... RUGI Besar Jika Perwakilan UMNO Tak Undi Azeez!

Kalau Nak Mencari Tempat Mandi
Pertama Telok, Kedua Pantai....
Kalau Nak Cari Pemimpin Berbudi
Pertama Elok, Kedua Pandai....

Tinggal dua hari sahaja lagi untuk perwakilan UMNO seluruh negara membuat keputusan penting untuk menentukan masa depan parti melayu yang menjadi tunjang pemeruntahan negara kita ini.

Blogger MIK masih terus mahu perwakilan memilih calon no 15 iaitu Dato Haji Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi pemilihan tahun ini. Inilah dia tokoh pemimpin yang harus diangkat oleh perwakilan UMNO mewakili keseluruhan ahli ahli akar umbi parti.

Azeez seorang yang baik budi. Beliau tahu tugas dan tanggungjawabnya sebagai pemimpin yang memikul amanah dibahunya. Dalam hati sanubari lelaki berusia 47 tahun ini beliau sangat sangat menanamkan isitilah "Hablum Minnallah, Hablum Minna Nas". Menjaga rapi hubungan dengan Allah, dan juga menyuburi hubungan sesama insan manusia....

Wakil Rakyat Ahli Parlimen Baling ini seorang yang mempunyai work rate sangat tinggi dan tahap komitmen beliau juga sentiasa berada pada tahap yang sangat tinggi. Kalau kita cuba untuk berada disisinya, cuba mengikuti jadual hariannya, sudah pasti kita tidak mampu untuk mengikuti setiap langkah yang beliau mampu laksanakan....!



Bayangkanlah, track rekod Azeez sebelum menjadi Ahli Parlimen Baling beliau sudah dikenali seantero Malaya... Malah kerja amal baktinya yang memimpin Kelab Putera 1 Malaysia memasuki banyak negara negara seperti Mesir, Jepun, Indonesia, Thailand, Myanmar, Pakistan, New Zealand, Somalia, Syria, Palestine memberikan peluang buatnya untuk membina jambatan perhubungan dengan negara negara tersebut. Nama Azeez Rahim bukan sahaja mendapat tempat dikalangan pimpinan luar negara tetapi mereka pasti akan kenang kerja baik Azeez yang datang membawa bantuan untuk rakyat disana....

Kalau kita mahu ambil kira tempoh 24 jam sehari, bermakna Azeez kerja round the clock semata mata mahu membantu sesama insan.... Ada seorang sahabat yang sudah bertahun-tahun lamanya berkhidmat membantu Azeez menyatakan 'sebelum jadi wakil rakyat Baling lagi Boss sudah buat kerja macam wakil rakyat...'. Kini setelah diberikan mandat oleh rakyat Baling secara rasmi, maka tidak ada masalah untuk Azeez lebih mendekati mereka memberikan khidmat bakti...

Ada satu kisah yang menarik mengenai keperibadian Azeez untuk semua perwakilan ambil maklum. Mungkin tak ramai yang pernah mendengar kisah ini;
Di Baling sebelum beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen pada PRU 13 lepas, pernah terjadi beliau ke sebuah Surau di kawasan Pas untuk solat Subuh, tiba-tiba orang Pas minta beliau mengambil tempat imam untuk mengimamkan solat Subuh. Mereka suruh Azeez dengan niat untuk memperli atau mengenakan Azeez. Mereka ingat Azeez akan tolak. Azeez pula selamba pergi ambil tempat imam dan terus mengimamkan solat berkenaan. Habis solat minum di kedai kopi ada orang Pas totok yang berkata pada beliau, "ingatkan orang Umno tak boleh jadi imam". Orang Pas itu tidak boleh disalahkan. Kerana mereka orang Pas kampung, tambah-tambah pula di Baling, kawasan yang pekat hijaunya, dimana mereka telah didoktrinkan oleh parti mereka orang Umno itu kafir, tak boleh baca akhbar selain harakah, jangan percaya berita di televisyen dan macam-macam lagi.

Walau dalam keadaan apa sekalipun dia tetap tidak meninggalkan solat, hatta pernah sekali mata ini melihat beliau solat dalam kedai cina beralaskan surat khabar kerana waktu Asar sudah hampir habis
Itulah yang diceritakan sendiri oleh salah seorang sahabat Blogger yang pernah bermusafir bersama Azeez. Ini bukan kisah dongeng atau mahu jual ubat, tetapi inilah hakikatnya! Anda boleh baca sepenuhnya di SINI.

Secara jujur Blogger MIK tak akan jemu dan masih mahu menceritkan perihal yang baik mengenai calon no 15 ini. Azeez memang layak diangkat sebagai pemimpin UMNO.

Malah beberapa minggu yang lagu Blog MIK sudah pun mengulas dan mengupas baik budi pekerti hamba Allah yang bernama Abdul Azeez Abdul Rahim, boleh baca semula di SINI.

Oleh yang demikian, wahai para perwakilan UMNO diseru agar janganlah sia-siakan peluang anda untuk menjadi perwakilan yang membuat keputusan dengan tepat dan bijak! SATU undi untuk calon no 15 - Dato Hj Abdul Azeez Abdul Rahim.


  

1 comment:

Anonymous said...

Pemilihan yang baik akan menjana kemenangan PRU14. Ini amat penting.

Pemilihan ini bukan untuk UMNO saja tetapi adalah lebih khusus kepada untuk rakyat Melayu.

Jadi kepada perwakilan semua, mohon buat pilihan yang terbaik. Pilihlah mereka yang benar-benar bekerja dan berjasa kepada rakyat.