Friday, October 18, 2013

Orang Muda Seperti Sohaimi Shahadan LAYAK Dipilih Sebagai Majlis Tertinggi UMNO. Anda Mahu Tahu Kenapa...?

Ada 25 calon Majlis Tertinggi yang akan dipilih esok!

Tiap kali keputusan dicapai kita lihat terlalu kurang wajah wajah orang muda dalam senarai terpilih. Tempat terhad, manakala calon calon juga tidak kurang hebat. Ada yang bertaraf Menteri, ada Timbalan Menteri, ada juga Ketua Menteri dan Menteri Besar ditambah pula dengan penyandang jawatan MT yang memang layak kerana telah menjalankan tugas dengan baik.

Kita harus juga melihat dimanakah daya tarikan anak anak muda sehinggakan mereka senang untuk cenderung menyokong parti Pembangkang. Iya, jawapannya ialah dipihak Pembangkang terlalu ramai anak anak muda yang ditonjolkan membuka selera generasi umur 40 ke bawah untuk tidak menyertai mereka...

UMNO juga harus memberikan ruang kepada tokoh tokoh muda yang berpotensi, berbakat, dan mempunyai 'work rate' yang tinggi untuk diserapkan dalam saf kepimpinan Majlis Tertinggi.

Pada pengamatan Blog MIK, dikalangan anak anak muda yang menwarkan diri untuk menjadi MT UMNO, hanya Dato Sohaimi Shahadan yang wajar untuk perwakilan pilih sebagai 'Suara Orang Muda' duduk dalam kelompok pimpinan tertinggi parti keramat ini....

Esok! Para perwakilan mohon berikan SATU undi untuk calon No 17, Dato Sohaimi Shahadan. Berilah dia SATU Undi Untuk Dia Berbakti...!


No comments: