Monday, October 7, 2013

Perwakilan Wanita UMNO Jangan Silap Langkah…! Menolak Kak Ijat Bermakna Boleh Membuka Peluang Untuk Pembangkang Tewaskan UMNO



Pembangkang tahu bahawa kekuatan utama UMNO memang terletak di bahu sayap  WANITA nya.  Mereka merupakan penggerak utama dalam semua kerja-kerja pilihanraya umum. Sikap gigih dan sanggup berkorban WANITA menyebabkan Pembangkang  gerun.  Maka gerakan terancang dan berterusan melemahkan WANITA UMNO menjadi agenda utama mereka.
Demikianlah petikan daripada sebuah portal [mykmu.net] yang mengulas mengenai pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Mukadimah diatas itulah mengundang tajuk penulisan Blog MIK kali ini.

Iya, kita semua tahu bahawa sebuah parti politik seperti UMNO memerlukan benteng pertahanan yang kuat sebagai tiang seri untuk berdiri teguh mempertahankan parti keramat itu. Mengikut struktur organisasi UMNO, tiga sayap yang melengkapi kepimpinan terdiri daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Malang sungguh bagi UMNO kerana Pergerakan Pemuda dan Puteri hanyalah ‘passengers’ sahaja dan mereka bukanlah satu dominant factor yang menyumbang kepada kekuatan UMNO. Kewujudan kedua-dua sayap ini ibarat “ada seperti tak ada, kalau tak ada pun tak apa…”.

Cuma kelihatan Pemuda sedikit lebih cemerlang berbanding Puteri yang sepatutnya dimansuhkan sahaja kerana langsung tidak memberikan apa apa impak kepada UMNO!


Siapa berani menafikan kekuatan jentera Wanita UMNO..?

Sudah terbukti setiap kali diadakan Pilihanraya Kecil, sumbangan dan kerja kuat jentera ‘Semut Merah’ yang membawa Gelombang Biru dibawah kepimpinan Shahrizat Jalil benar benar menyumbang kepada kemenangan calon BN.

Track rekod cemerlang Wanita UMNO ini janganlah sesekali kita pandang remeh dan enteng… Keupayaan kaum ibu ini mengorbankan masa dan menyumbangkan tenaga serta keringat mereka telah mengundang kerisauan pihak Pembangkang.

Untuk mematahkan semangat jentera Wanita UMNO dan mematikan momentum ini maka pihak Pembangkang terpaksa menyerang Kak Ijat secara habis-habisan. Serangan tanpa henti, no mercy!

Maka kita telah saksikan episod kisah NFC yang digunakan oleh Pembangkang untuk memecah-belahkan UMNO. Iya, bukan sahaja isu ini menjadi ‘vehicle’ untuk juak juak Pembangkang tetapi ada juga kalangan pimpinan dan ahli UMNO turut sama menyalak-nyalak dalam hal ini….

Namun begitu, saf Wanita UMNO masih teguh berdiri dibelakang Shahrizat Jalil. Mereka tahu bahawa Boss dalam sayap Wanita ini berjiwa besar. Kak Ijat lepaskan jawatan Menteri demi menjaga nama baik parti. Ketua Wanita UMNO Malaysia ini telah meletakkan kepentingan parti lebih utama dari kepentingan peribadinya!

Malah kita lihat sendiri walaupun tidak tercalon pada PRU 13, namun beliau tetap bekerja keras untuk mempastikan UMNO menerajui kerajaan dan kekal berkuasa!


Blog MIK menyokong sepenuhnya apa yang telah diungkai dan diulas oleh sahabat Blogger Papa Gomo pada artikelnya di SINI

Tepat sekali…, kita harus memikirkan untuk membina kekuatan jentera PRU ke 14 yang akan jadi lebih sengit dan itulah waktu dan ketikanya nasib dan masa depan UMNO akan menjadi perhitungan!

Kalau nak bersembang kisah jentera UMNO, siapa berani kata jentera Wanita bukan yang terbaik..?

Apakah akan jadi sekiranya Kak Ijat bukan lagi Boss nombor 1 sayap ini..? 

Apakah akan ada cukup tempoh masa untuk kita bina semula kekuatan dan jentera Wanita UMNO…? 

Kalau jentera sayap Wanita caca merba dan haru biru, apakah UMNO secara keseluruhan akan mampu mendepani PRU ke 14..?

Sehubungan dengan itu, para perwakilan Wanita UMNO janganlah mendengar guruh dilangit dah kelam kabut air dalam tempayan dicurahkan… 

Tak usahlah mahu membuat ‘eksperimen Rajagobal’ mahu gatal tangan tukar Ketua Wanita, dimana kesudahannya nanti,  kekuatan yang sayap ini bina sekian lama akan menjadi bahan sejarah sahaja!


Perwakilan Wanita UMNO harus meletakkan kepentingan parti untuk didahului bukannya kehendak peribadi......

UMNO harus menjadi lebih kuat. Kalau selama ini kekuatan sayap Wanita terbukti mampu mendokong UMNO untuk teguh berdiri, kenapa harus perwakilan Wanita cuba untuk goyah kekuatan yang sudah padu dibina…?

Shahrizat Jalil adalah pilihan terbaik untuk perwakilan Wanita angkat sebagai Ketua pada pemilihan tahun ini!

No comments: