Thursday, October 31, 2013

Sedapnya Gandingan Anwar-Azmin Balun Najib Dalam Dewan Rakyat…. Sebenarnya Kita Ada Masalah Besar SINDROM Bisu Pimpinan UMNO


UMNO ketandusan pimpinan yang benar benar outspoken….?

Apabila juak juak murahan Pembangkang melanyak, menempelak pimpinan utama UMNO, khususnya fokus mereka kepada YAB Datuk Sri Najib, ditambah pula cara mereka  berhujah kunuuuunnya merujuk kepada data dan angka, maka diam berjuta bahasa nampaknya pimpinan UMNO tunduk membisu!

Malah belum lagi kedengaran mana mana pimpinan utama, samada Ahli MT, mahupun mana mana pimpinan Pergerakan Pemuda yang sepatutnya menjadi benteng utama parti menjawab dan mempertahankan YAB Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO…

Kalau dilihat dari gerak kerja berkempen sewaktu bertanding merebut jawatan MT dan Exco Pemuda bukan main bagai nak rak! Kerja mereka jauh jauh jauh lebih hebat dari bekerja sewaktu berkempen PRU 13. Kini sudah berjawatan secara sah, tunggu apa lagi…? Boss dah kena serang secara sopan dalam Dewan Rakyat, kenapa tidak ada mana mana pimpinan khususnya yang ‘baru’ tampil dan tunjukkanlah bakat anda…

Bangkit dan pertahankanlah Najib dengan data, fakta, dan hujah. Untuk lebih efektif lagi ranjaulah seantero Malaya mahupun ke Sabah dan Sarawak untuk berikan penjelasan kenapa perlu sokong apa yang telah diputuskan oleh Najib itu suatu keputusan yang bijak! Jangan biarkan juak juak Pembangkang berjaya hasut rakyat… Please be offensive and always one step ahead than them!

Iya, maksud Blog MIK dalam isu GST, anda lihat sendiri bagaimana Azmin Ali memulakan permainan mereka untuk pesongkan pemikiran rakyat. Juak juak Pembangkang berjaya menghujahkan bahawa Najib pernah berjanji untuk tidak melaksanakan GST.

“Tetapi itu semua janji sebelum PRU 13, Najib membuat janji pada bulan Mei 2013” ujar Azmin.

Secara kemas berhujah, Timbalan Presiden PKR itu dalam sidang Dewan Rakyat menyatakan keputusan YAB Perdana Menteri mahu laksanakan GST adalah sebagai galang ganti kepada hutang negara kini sudah semakin membengkak! Najib tidak ada pilihan selain daripada membebankan rakyat untuk menutup ruang kesilapan Menteri Kewangan yang gagal mengawal penambahan hutang negara.

Dalam hujah Azmin, beliau menyebut bahawa International Rating Agency iaitu Fitch Ratings tidak pernah mempercayai jaminan Najib buat pada bulan Mei 2013 iaitu negara kita tidak akan melaksanakan GST. Ini adalah kerana kegagalan kerajaan BN untuk menurunkan beban hutang negara. Setiap tahun hutang negara terus meningkat dan membengkak!

Bijak pula cara Azmin berbicara apabila beliau mengajukan soalan ini kepada Anwar Ibrahim untuk ‘sekolahkan’ Najib… Apa tidaknya? Bukankah Anwar mantan Menteri Kewangan…?

“Sewaktu Permatang Pauh [Anwar] menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1991 hutang negara ketika itu adalah RM98 Billion. Apabila Permatang Pauh direhatkan di Sungai Buloh pada tahun 1998, hutang negara sudah berjaya dikurangkan kepada RM80 Billion” jelas Azmin Ali.

“Dalam tempoh 8 tahun hutang negara berjaya dikurangkan sebanyak 18 Billion oleh Permatang Pauh. Tetapi apabila Dr Mahathir mengambil alih, hutang negara meningkat kepada RM200 Billion, datang Abdullah Badawi membengkak lagi kepada RM300 Billion, dan kini sudah menjadi RM519 Billion” tegasnya lagi.

Menurut Azmin lagi, kerajaan BN telah mengamalkan bajet defisit sepanjang 16 tahun. Kegagalan seperti ini mereka sifatkan sebagai “jenayah” kepada rakyat kerana kerajaan BN mengamalkan pembaziran! Rakyat kena tanggung beban akibat kerajaan yang tidak efisyen, Menteri Kewangan gagal untuk jalankan tanggungjawab untuk kurangkan hutang negara….

Persoalannya disini ialah ikrar juak juak Pembangkang yang akan buat jelajah Road Show untuk menghasut dan memesongkan pemikiran rakyat dalam isu GST. Blogger MIK yakin, ada segelintir pimpinan UMNO kurang senang dengan posting dan artikel ini. Jalan paling mudah mereka akan masuk ke ruangan komen disini dan katakan ‘persetanlah dengan road show Pembangkang, siapa nak percaya klentong Anwar..”

Jangan kita under estimate dalam isu yang membabitkan poket rakyat! Kita harus peka dalam isu ‘miskin bandar’. Kita harus ada ‘kepedulian’ pada golongan golongan non-partisan, fence sitters, gen Y yang akan berikan tumpuan kepada apa sahaja hujah yang membabitkan poket mereka.

Kalaulah dalam sidang Dewan Rakyat pun kita dah lihat tidak ada mana mana wakil rakyat UMNO berani bangkit dan patahkan hujah Azmin dan Anwar, apa nak diharapkan pada yang lain…?

Inilah dia masalah besar dalam pimpinan UMNO! Parti yang ketandusan pimpinan boleh berhujah dengan baik, berbahas dengan lancar, berceramah dengan cemerlang…. Sedangkan inilah yang diperlukan untuk mendekati ‘out reached’ rakyat agar mereka faham dengan keadaan sebenar, bukan mempercayai klentong juak juak murahan Pembangkang.

Mohon jasa baik anda untuk tonton video klip dibawah ini dengan hati yang terbuka, lihat bagaimana lancar dan kemas cara kupasan Azmin-Anwar dalam Dewan Rakyat pada 28 Oktober 2013; 


12 comments:

Anonymous said...

pemimpin umno memang tak sekolah agaknya termasuk yg di parlimen tu. Elok kalau bloggers proumno sekolahkan mereka supaya mereka ini CERDIK sikit drp Anu war dan Azmin. Cerdik sikit saja. Kalau Lim Kit Siang and sons dan suku sakat mereka lagi cerdik drp pemimpin Umno tu.

Anonymous said...

Salam....
Teringat kata-kata Tun Mahathir tak lama dulu...UMNO kini ketandusan bakat yang menyerlah, bermula di peringkat cawangan, bahagian seterusnya hingga ke jawatankuasa pusat yang kerjanya masing-masing nak membesarkan perut dan pusat! Mana taknya, kalau diangkat orang yang tidak berkelulusan dan tidak berpengalaman menerajui cawangan misalnya, maka kekal lah mangkuk ayun sebegitu sebagai pemimpin, mendaki ke puncak sehingga ke peringkat bahagian...Saya sebagai "fence sitter" rasa UMNO perlu beri laluan pada lulusan professional seperti peguam, jurutera, akauntan dan doktor, supaya mereka ini boleh dilatih dan diasuh menjadi pemimpin serba boleh, dan juga boleh berkongsi idea dan corak pemikiran dengan ahli-ahli dungu yang lain...sekurang-kurangnya UMNO tidak akan ketandusan bakat terpilih..sekian. -Anak Kampung-

Anonymous said...

tak faham sangat apa itu gst dan bagaimana ianya akan dilaksanakan nak jawab camana...masa yang ada sibuk berpolitik menjatuhkan sesama sendiri dan bayar pembantu yang hanya tahu nak corner projek jer

Anonymous said...

Bila Najib memberi layanan istimewa kpd 'pemain import' org Umno cemburu,sekarang pemain import sudah tak ada dalam dewan,tinggal pemain tempatan yg tak cergas,penakut dan kurang pandai bercakap.Baru kau org tau,padan muka.

Anonymous said...

Ha ha ha..... kalau menang nak berbakti konon....Perangai Pemimpin UMNO tak pernah berubah. Dalam kepala janji lain clear... senang nak dapat projek.Bungkus UMNO kalau ada pemimpin pentingkan wang dari Melayu.Patut lah ada pemimpin pembangkang tak mau undur diri lepas PRU 13 pasai mereka tau barangkali,UMNO lemas dengan kerenah pemimpin parti sendiri.... dan PRU 14 adalah milik PR.Sedar-sedarlah wahai pemimpin Melayu UMNO ...

Anonymous said...

Mana pemuda umno yang hebat sangat tuh???

Anonymous said...

SI AZMIN NI BUAL PASAL KEWANGAN MACAM PANDAI SANGAT GITU.. TAPI JAGA BINI TAK PANDAI2 SAMPAI KENA MANTAT DENGAN SI PENDUBUR TEGAR...

LU SEMUA PAHAM2 SUA!!!

Anonymous said...

Benda yang paling senang macam pengunaan Kalimah Allah pun kebanyakan pemimpin2 UMNO bisu, ini kan pula yang berkaitan dengan bajet. Lagi lah tuli. Memalukan kompeni je.
Dari awal lagi semasa pemilihan UMNO, gua rasa tak ada sekor pun yang berkualiti. Yang ada semua hanya untuk pingan mangkok sendiri jak.


Anonymous said...

Sememangnya gandingan anwar azmin dalam perbahasan berstrategi dan cara mereka berhujah sangat menyakinkan. Ada quality ada isi mungkin mereka buat homework dan mungkin juga YB BN ada yang tak tahu jumlah hutang negara,maka bagaimana untk mematahkan hujah pembangkang.atau YB BN ada yang tak datang untuk perbahasan?

Anonymous said...

Maklumlaaah dah jadi YB sekarang.. Apa nak risau kaaaann...
Aku sokong kalau Ibrahim Ali ada dalam dewan, biar dia balun Azmin dan Anu war cukup2.....Sebagai Fence Sitter, aku nak tengok apakah episode seterusnya..Jeng... jengjengggg..

Anonymous said...

sabar pemimpin UMNO diam bukan bermaknan bisu tungguuuuuu ....anuar hanya pandai gah perpidatu didepan tapi di belakang bergelumang taik, kumpul fakta dulu jangan sergah babibuta.

Anonymous said...

Sepatutnya fakta sudah ada dalam tangan sebelum masuk dewan, buat homework sikit sebelum datang parliment. Al yb dapat elaun kalau datang ke sessi parlimen. So they should speak up.janganlah da kena balun baru nak cari fakta.. Kalau inilah mentaliti yb yb bn, terutamanya yb di kementerian berkaitan, boleh rusak program PM..endless possible boleh jadi end is possible.