Saturday, October 19, 2013

TERKINI...! Azeez Rahim Mendahului Calon MT Yang Lain..... YEZZZERR....!!

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (gambar) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed masing-masing dengan 29 undi mendahului persaingan bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno berdasarkan keputusan pemilihan parti setakat pukul 7 malam Sabtu.

Ia diikuti oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan 28 undi manakala Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Abdul Rahman Dahalan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Idris Harun masing-masing memperoleh 27 undi.

Datuk Seri Raja Nong Chik, Datuk Halimah Sadique dan Datuk Abu Bakar Titingan menduduki tempat terakhir dengan masing-masing 13 undi.

Sebanyak 25 jawatan ditandingi oleh 62 calon.

Keputusan rasmi pemilihan MT dijangka akan diumumkan pada pukul 10 malam nanti.

No comments: