Monday, October 21, 2013

Wakil UMNO Selangor Bertanding Jawatan MT - Sohaimi Shahadan Berjaya Lepas TAPI Satim Diman Tewas

Tahniah diucapkan buat Dato Sohaimi Shahadan kerana berjaya terpilih mendapat mandat perwakilan UMNO sebagai Ahli Majlis Tertinggi.

Blog MIK sendiri sebelum ini sudah beberapa kali menulis mahukan tokoh muda berusia 45 tahun ini duduk dalam saf kepimpinan UMNO. Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada Sohaimi.....

Hanya seorang sahaja calon dari UMNO Selangor yang berjaya mendapat salah satu daripada 25 tempat Majlis Tertinggi UMNO. Dua lagi calon iaitu Datuk Raja Ropiah dan Datuk Satim Diman tewas!

Satim adalah bekas Ketua Pembangkang DUN Selangor dan pada PRU ke 13 beliau langsung tak tersenarai untuk bertanding. Pelik juga untuk difikirkan apakah asas tujuan bekas ADUN Serdang itu mahu masuk gelanggang...?

Apa pun, tahniah diucapkan buat Sohaimi Shahadan kerana berjaya terpilih. Apakah pula reaksi Dato Abdul Rahman Palil bekas ADUN Sementa menerima berita kemenangan Sohaimi ini...?

2 comments:

Anonymous said...

biasa la bro..penyandang jawatan KB..itu semua wayang saja nak bertanding MT..dia dah tahu takat mana dia boleh pergi..dia nak jawatan KB jer,bukannya MT

Anonymous said...

sebab satim tu pemalas, kau tanya orang sri serdang puchong apa yang dia buat semasa jadi wakil rakyat. Ahh bodoh lah dia tu, suka hati aku kau kalah