Friday, November 15, 2013

Datuk Siti Tak Akan Mohon Maaf Pada Khairy...?


Kecoh di laman-laman sosial mengenai seorang artis tersohor menegur seorang Menteri muda. Mungkin politik Malaysia sudah benar-benar ketandusan isu sehinggakan perkara sebegini juga dijadikan isu.   

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa akhir-akhir ini, dunia politik dan dunia hiburan seolah-olah sedang bersaing dari segi merebut tempat dalam carta populariti.  

Suatu ketika dahulu, dunia hiburan dilihat sebagai dunia gelap golongan bahawan manakala dunia politik pula adalah tempat orang-orang terhormat, yang bijak dan berpandangan jauh yang mampu memimpin dan membawa negara ke hadapan. 

Entah kenapa, kedua-dua dunia ini hari ini telah mengalami pertembungan.   Kedua-duanya penuh dengan skandal dan lumpur dan kedua-duanya menyaksikan perlumbaan populariti yang memualkan.  Hari ini kita lihat pak-pak Menteri dan artis bagaikan sama saja dari segi ‘gila glamour’. 

Lebih malang bagi Malaysia ialah apabila artis tampak lebih bijak dari Menteri.   Artis juga lebih berhemah dan terhormat berbanding Menteri.  Malah artis pula terpaksa menegur Menteri. 

Jika artis perlu membuat kenyataan kontroversi untuk menarik perhatian, maka menteri juga menggunakan taktik yang sama untuk menonjolkan diri. Sang Menteri akan bercakap apa sahaja asalkan dapat menempelkan muka di akhbar. Akhirnya, keluarlah kenyataan-kenyataan yang kurang bijak dan tidak bijak langsung dari mulutnya. 

Sebagai seorang yang bertaraf pemimpin dan seringkali mendabik dada sebagai ‘bijak’, kita menjangkakan respon yang matang dari sang Menteri setelah ditegur oleh artis itu.  Bagaimanapun, beliau nampaknya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan membiarkan sahaja penyokongnya menyerang balas. 

Sikap mendiamkan diri sedang isu terus hangat menunjukkan keangkuhan Menteri tersebut, sekali gus membangkitkan rasa muak di kalangan rakyat terhadap gelagat penyokong yang sanggup berkata apa saja demi membela pemimpin mereka. 

Mungkin sang Menteri enggan melayan teguran seorang artis kerana menganggap artis sebagai orang bawahan.  Namun, itu hanyalah anggapan beliau.  Anggapan rakyat pula, artis tersebut lebih berhak dihormati kerana terkenal dengan adab sopan serta kerja kerasnya untuk berjaya sedangkan sang Menteri pula terkenal dengan tidak perlu berbuat apa-apa untuk menjawat jawatannya. 

Apa yang berlaku telah mengalihkan isu daripada isu sebenar iaitu ‘bolasepak’ kepada isu adab. Manakala daripada isu adab pula kini dikaitkan dengan politik.  Semuanya bertitik tolak dari sikap tidak tahu adab berpolitik di mana semua perkara ingin dipolitikkan atau digunakan untuk kepentingan politik. 

Jika sang Menteri kurang beradab, itu mungkin merupakan masalah yang berpunca dari cara didikan di rumah dan merupakan masalah peribadinya. Tetapi jika Menteri tidak tahu adab berpolitik, maka kelam kabutlah negara hanya kerana sang Menteri ingin mencari publisiti. 

Matlamat politik adalah untuk memastikan negara dapat berfungsi dengan baik bukannya untuk mencari populariti.  Politik itu sendiri membawa bersamanya peraturan.

Manusia yang bertamadun sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengikut peraturan. Tanpa peraturan dan adab, manusia akan kembali ke zaman jahiliah. 

Justeru, seorang pemimpin yang memikul tanggungjawab untuk membawa negara ke hadapan wajib mempunyai adab sopan yang tinggi. 

Di dalam Islam, adab melambangkan darjat yang tinggi. Kegagalan memahami semua ini menjadikan dunia politik Malaysia dipandang semakin rendah dan semakin hina setiap hari

19 comments:

Anonymous said...

Siti Nurhaliza tak payah la nak tunjuk pandai. Nak nasihat orang politik. Awak tu belajar sampai tahap apa pun. Kahwin dengan orang kaya tak semestinya awak boleh tegur orang lain. jangan la sebab title "datuk" awak tu dikurnia oleh sultan Pahang awak nak bodek ( sebab Sultan Pahang Presiden FAM.

Awak tu dalam dunia hiburan, lebih baik awak tegur artis-artis yang banyak dengan masaalah sosial.

Anonymous said...

Komen yang betul-betul membina...ambillah sebagai ingatan.

Tak rugi jika kita berbaik dengan semua orang....jika kita buat silap kita perbetulkan.....ego yang terlalu tinggi tidak akan kemana...setinggi mana kita terbang landasannya juga adalah ketanah juga....pandang-pandanglah kebawah....kelak kita lebih dihormati

Anonymous said...

FAM dah lama sangat beradab sebab itu pasukan bolasepak negara boleh julang piala dunia (dlm mimpi serta experimennya).

c artis tu apa kurangnya 2x5. Tak payahlah nak sebuk suh menteri beradab dia pun tak beradab ambil suami orang. Buat kerja masing-masing dan buat yang terbaik, kalau nak ikut mulut serta tulisan rakyat terhadap FAM atau sesiapa pun lebih teruk "adabnya" kalau nak dibandingkan dengan menteri.

Anonymous said...

Satu lagi DESAI di lahirkan dalam UMNO

Anonymous said...

Melayu beradab,Cinabeng biadab,siapa yg lebih kedepan?.Dalam Islam HIKMAH yg di utamakan.Untuk menegakan sesuatu yg hak,kalau dgn lembut gagal usahakan dengan cara yg keras pula.Kita ni kalau kena tang diri kita atau pihak kita,kita mahu cara beradab,tapi kalau orang lain yg mahu di kenakan utk mengikut kehendak kita,cara yg paling biadab pun di gunakan.

Anonymous said...

Pada pendapat aku la... kalau KJ tu ada misai mesti Dato Siti tak tegur punya.... tapi masalahnya KJ ini ada sejemput janggut je... itu la sebabnya.. jangan maree

Anonymous said...

Pada pendapat aku la... Kalau KJ ni ada misai mesti Datuk Siti tak tegur punya... masalahnya KJ ni ada sejemput janggut(sunnah tu).. itu yang menjadikan isu ni macam nak tonggang terbalik...

Anonymous said...

Being a minister does not, I repeat, DOES NOT warrant you the right to name-calling. It's purely a picture of a badly brought up kid. Stop this nonsense Khairy and GROW UP!.

Anonymous said...

Terrrbaik admin..sememangnya KJ & penCACAInya memang egois lg hipokrit..Fullstop.!!!

Anonymous said...

YANG DI TEGUR MENTERI ITU IALAH CARA/PERANGAI NYA YANG TIDAK BERADAP .... SALAH KE KALAU DUDUK SEMEJA DOK BERBINCANG KAN LEBIH MANIS BUKAN DOK HENTAM KAT MEDIA MASA MACAM NAK TUNJUK DIA BUAT KERJA KEPADA RAKYAAT JELATA......

MENTERI NIE DAH SERUPA DGN TIMB MENTERI PENDIDIKAN YANG NAK JADI HERO TAMIL TETAPI PEMALAS NAK BUAT HOMEWORK.

RAKYAAT LEBIH SANJUNG KEPADA PERBINCANGAN YANG BERADAP UNTUK MEMPERBAIKI MUTU SUKAN NEGARA ..

PESATUAN SUKAN INI (FAM) ADALAH PESATUAN SUKAN KEDUA YANG KENA HENTAM SELEPAS SEPAK TAKRAW HINGGA NAK TARIK BALIK PERUNTUKAN SEMENJAK TIDAK SAMPAI SETAHUN JADI MENTERI ...NAK GLAMOUR MACAM ARTIS PULAK.....

Anonymous said...

CT layak mengundi...kerana dia rakyat Malaysia Melayu Islam dan Bumiputera (bukan i/c palsu) sekaligus berhak untuk bersuara demi kebaikan bersama...

Anonymous said...

HIKMAH itu antara lain maksudnya ialah kebijaksanaan, berfaedah, bermanfaat dari segi akal dan akhlak....ko ingat cara biadap tu berguna? Berfaedah? Cara yang bijaksana?...itu sebab Islam mengutamakan AKHLAK TERPUJI.

Rasulullah SAW diutus oleh Allah untuk menyempurnakan dan memperbaiki akhlak umat manusia, sekaligus Beliau sebagai contoh teladan yang baik.
Hal ini, sebagaimana firman Allah SWT dalam QS. Al-Ahzab, ayat 21:21. Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.

Selain itu, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya aku diutus ke bumi hanyalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.”

Misi Nabi Muhammad Saw. sebagai rahmat bagi alam semesta, pembawa KEDAMAIAN, kesejahteraan, dan kemajuan masyarakat.

Contohilah akhlak Nabi Muhammad SAW.

Bukannya macam saudara kita yang menegur dengan cara BIADAP sengaja nak cari PERSELISIHAN.

Anonymous said...

buat apa siti nak mintak maaf kat menteri perasan ni. dah lah x buat apa...ckp mcm pandai ..biadap pulak tu. bagus siti dah tegur dia camtu. x perlu lah nak hina siti sbb dia artis. artis pun tapi dah terkenal kat luar negara, dah byk anugerah menang, berpangkat, sopan, muka bersih jer... banding kan dgn kekonon menteri biadap ni punye muka...mcm samseng...calonkan diri menang shoutawards...eeee....

Anonymous said...

Belasah fam.dulu dlm fam buat apa.tkde pun msia masuk piala dunia.kuar kenyataan pun hentam kerumo.fam je dia tahu kacau.sukan lain tk berani.sbb cetek ilmu.saberi cik lagi bagus.betul le kata org..org muda ni gelojoh.nmpak sangatmemang kelakar.tk layak jadi menteri langsung.he he he.bila kluar kenyataan geli tekak aku....merapu.

Anonymous said...

Evey citizen is entitled to his / opinion for as long as it is not racial.

Kalau tak boleh dikomen, jangan jadi politician.

Kutukan Dewata said...

komen-komen yang tak membina,lebih kepada emosi mengata orang secara peribadi!!

Anonymous said...

Mengaburi mata rakyat

Anonymous said...

Cara-cara untuk mengaburi mata rakyat

Anonymous said...

Sampai bila bila KJ tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna. Apa saja yang KJ lakukan akan dicemoh oleh rakyat yang senang memakan hasutan atau fitnah. Ini kerana KJ mempunyai musuh yang amat dihormati oleh rakyat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamaed. KJ tidak akan dapat laksanakan tugas selaki menteri selagi Dr M masih hidup. Dendam Dr M pada KJ tidak pernah padam selagi hayat dikandung badan.KJ telah merosakan segala percaturan politik yang dibuat oleh Dr M. Semasa Dr M melepaskan jawatan selaku PM kepada Tun Abdulah, Tun Dr M telah merencanakan agenda politik yang harus di ikuti oleh Pak Lah. Namun semuanya hancur bilamana KJ menjadi menantu Pak Lah. KJ bukan setakat menantu tetapi juga menjadi penasihat tidak rasmi kepada bapa mertuanya dalam politik dan pengurusan negara. Tun Dr M mengangap yang bilamana Pak Lah dilantik sebagai PM maka Pak Lah akan merujuk kepada beliau dalam urusan takbir negara. Tekaan Dr M silap. Kita hanya menrancang tapi ALLAH SWT yang menentukan.Segala percaturan Dr M menuju kegagalan. Dr M sangup mempermainkan keahlian UMNO nya dengan mengistihar keluar dari menganggotai UMNO. Dr M kehulu kehilir menabur fitnah kepada Pak Lah dan KJ, kononnya mereka telah membolot hampir semua kekayaan negara. Dr M menuduh Pak Lah tidak cekap selaku PM. Dr M membiayai jurufoto dan wartawan dalam memberi berita yang kurang elok terhadap Pak Lah dan juga KJ. Sehingga kini Dr M masih tidak senang duduk selagi KJ masih mempunyai kedudukan dalam UMNO dan kerajaan.Ini kerana jika KJ masih berada dalam hariki UMNO dan kerajaan maka peluang anaknya Mukhriz untuk menjadi PM tidak akan tercapai. Sehingga menjadi MB Kedah pun secara memaksa dan merampas hak orang lain. Semua tahu yang Datuk Ahmad Bashah selaku Pengerusi Perhubungan UMNO dan BN Kedah yang sepatutnya dilantik menjadi MB Kedah. Tapi kerana desakan Tun Dr M maka Najib terpaksa melantik Mukhriz. Untuk tidak memalukan Ahmad Bashah maka Najib memberi jawatan Timbalan Menteri walaupun Ahmad Basha bertanding di kerusi DUN. Jika benar Ahmad Basha tidak layak untuk menjadi MB maka jawatan Timbalan Menteri pun sepatutnya tidak ditawarkan kepada Ahmad Basha.