Friday, November 22, 2013

Dosa Kering Mahfuz Bean Omar Terhadap Rosmah Mansor....


Kesian sungguh melihatkan gelagat sombong bodoh seorang pimpinan PAS yang melalak terpekik terlolong mahu rakyat percaya dengan dongeng juak juak murahn Pembangkang....

Kehadiran Datin Seri Rosmah di Qatar minggu lepas adalah memenuhi jemputan Persatuan Ahli Perniagaan Wanita Qatar ke Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa yang berlangsung di Qatar pada 11-12 November 2013.

Malangnya Mahfuz Bean Omar menyalak bukit cuba memfitnah menyatakan Rosmah hadiri majlis tersebut sebagai wakil kepada YAB Perdana Menteri.... Jelaslah pimpinan PAS lulusan LCE Tingkatan 3 hanya tembak sesuka hati tanpa memeriksa fakta!

Jemputan khas buat Rosmah ke Forum ini untuk menyampaikan ucaptama memperlihatkan keyakinan beberapa negara luar mengenai keupayaan wanita Malaysia di dalam bidang perniagaan.

Ia juga sebagai mengiktiraf pentingnya peranan usahawan-usahawan wanita negara kita dalam mencorak pembangunan ekonomi negara.

Secara tidak langsung, Forum ini akan memberikan kesempatan kepada beliau untuk berkongsi idea, pandangan serta bertukar perspektif dengan para peserta serta golongan profesional antarabangsa mengenai usaha dan peranan kerajaan Malaysia secara menyeluruh di dalam membantu para usahawan wanita bagi menjayakan perniagaan mereka dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

Pada masa yang sama, jemputan ini juga dilihat sebagai satu pengiktirafan dan penghormatan dari negara luar kepada negara Malaysia di atas usaha kerajaan dalam membantu membangunkan usahawan wanita. 

Hakikatnya, kehadiran Datin Seri Rosmah untuk menyampaikan ucaptama di dalam bidang ini sememangnya relevan memandangkan beliau telah kerap kali diundang untuk menyampaikan ucaptama di beberapa seminar-seminar antarabangsa mahupun tempatan. 

Yang menjadi masalah pokok kepada juak juak pimpinan Pembangkang sebenarnya mereka sudah ketandusan modal untuk menyerang YAB Datuk Sri Najib. Disamping itu, mereka pula amat sinonim dengan kerja kerja keji memfitnah dan merekayasa cereka fantasi untuk  mereka melalak dalam dewan Parlimen...

Formula kerja jahat sejak beberapa tahun yang lalu oleh juak juak Pembangkang menyerang Najib dengan menggunakan fitnah mereka terhadap Rosmah. Apa sahaja yang dibuat oleh isteri Perdana Menteri ini akan menjadi tumpuan utama mereka. Kesimpulannya, mereka hanya mahu mencari salah Rosmah, itu sahaja!

Dalam isu berkaitan dengan Forum yang telah dihadiri oleh Rosmah ini, segala-galanya berjalan mengikut prosedur yang betul dan protokol yang ditetapkan. Hakikatnya, perkara asas didalam isu ini ialah Mahfuz Bean Omar terbukti berbohong menjaja fitnah menyatakan Rosmah hadir ke Forum tersebut sebagai wakil kepada YAB Perdana Menteri... 

Iya, itu asas ceritanya, Rosmah bukan mewakili Najib tetapi isteri Perdana Menteri ini dijemput secara rasmi oleh Persatuan Ahli Perniagaan Wanita Qatar adalah sebuah persatuan yang diasaskan oleh Sheikha Mozah Binti Nasser Al- Misnad, isteri Emir Qatar 

Jemputan ini dibuat kepada beliau sebagai isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia menagmbil kira kehadiran beliau adalah atas kepentingan negara. Malah urusan jemputan ini juga dibuat melalui Kedutaan Malaysia di Doha dan Rosmah menerima undangan kehormat ini setelah mendapat pandangan daripada Wisma Putra.

 Apa lagi Mahfuz Bean Omar boleh katakan lagi setelah bukti ditunjukkan diatas tadi...? Semoga Mahfuz faham isi kandungan surat rasmi jemputan kepada Datin Seri Rosmah Mansor oleh Persatuan Ahli Perniagaan Wanita Qatar.

 
Kalau Mahfuz mampu berfikir secara waras akal, dia seharusnya melihat persoalan kenapa isteri YAB Perdana Menteri kita yang terpilih untuk diberikan penghormatan menyampaikan ucaptama..? Kenapa tidak isteri Presiden negara negara lain di dunia ini..? Kenapa tidak Wan Azizah atau isteri Mahfuz sendiri...?

4 comments:

Anonymous said...

masalahnya mahfuz bean boleh baca ke surat bahasa inggeris tu?

Anonymous said...

Pembangkang selalu fitnah Rosmah buka aurat...mana ada..kalau ada pun kami sokong dia di dunia ni aje..di akhirat kami cabut.

Anonymous said...

Kesian bebeno dapat pemimpin PAS yang suka buat fitnah nih. Tak ingat dosa dah kot.

Anonymous said...

mahfuz tu dengki sebab dia tak dijemput sama...