Friday, November 8, 2013

HAMPEHH...! Noh Omar Akui Surat Dia Tandatangan Ada Kesilapan..., Jual Nama Tengku Adnan Pulak. Dah Macam Perlembagaan Kolam Udang

Seorang berkelulusan undang undang, pernah menjadi Menteri, masih lagi kekal sebagai Wakil Rakyat Ahli Parlimen, kini menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor 'boleh' tandatangan surat yang ada kesilapan untuk menjatuhkan hukuman....?

Surat yang menjatuhkan hukuman ini boleh dianggap sah...? Membatalkan persidangan tahunan dan pemilihan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sepang dengan sepucuk surat yang terkandung kesilapan...?

Kenapa tidak ada surat susulan merujuk kepada surat awal untuk memaklumkan kesilapan tersebut...?

Dimanakah bukti bukti berdokumen membuktikan ada 'kuasa' yang diwahyukan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan..? Lihat diatas sana, "ku nan serah pd perhubungan neg...".

Bertambah lucunya, apabila masih lagi berkeras menyatakan Noh Omar dipihak yang benar mahu menggunakan Per 14.4.5.

Terbukti Noh Omar gagal memahami Perlembagaan UMNO.... Beliau menunjukkan kebodohannya untuk benar benar faham bahawasanya Perlembagaan UMNO (Peraturan Pergerakan Pemuda Umno) (Peraturan Pergerakan Puteri UMNO) , fasal 14.1 secara jelas menyatakan seperti berikut;
    Fasal 14.1 (Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO) – Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian hendaklah diadakan setahun sekali dan lebih dahulu daripada Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian.

    Fasal 14.1 (Peraturan Pergerakan Puteri UMNO) - Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian hendaklah diadakan setahun sekali dan lebih dahulu daripada Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian.
Ia bermaksud, mesyuarat sayap-sayap hendaklah diadakan terlebih dahulu atau diselesaikan terlebih dahulu sebelum Mesyuarat Bahagian diadakan.


Dibawah ini nanti anda saksikan semula surat yang ditandatangani oleh seorang Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang akhirnya salah seorang daripada askar upahan Noh Omar dalam Whatspp chat group [screen capture diatas] telah memaklumkan surat surat ini ada kesilapan.....

Surat yang boleh disifatkan sebagai kertas penghakiman kerana menjatuhkan hukuman! Menafikan hak perwakilan Pemuda dan Puteri untuk menghadiri persidangan pemilihan bahagian....

Pada whatspp chat yang anda boleh baca di screen capture diatas, kunuuunnya Jawatankuasa yang 'telah' mendengar bantahan membuat keputusan. TETAPI terbukti proses tersebut dilakukan tanpa keadilan dimana kedua dua Ketua Pemuda dan Ketua Puteri yang baru terpilih TIDAK langsung diberikan peluang untuk membuat penjelasan dan membela diri....


5 comments:

Anonymous said...

Dari seorang menteri penuh tiba-tiba tiada apa2 jawatan dalam kabinet lepas PRU13. Tup-tup jadi pengerusi badan perhubungan umno selangor. Eh.. apa ni? Tanya orang MOA sana bagaimana Noh Omar masa jadi menteri. PM tak nampak ke sampai nak lantik dia jadi pengerusi? Jgn disebabkan desakan 17 ketua bhgn yg dah nak expired pada masa itu terus PM buat keputusan utk memastikan Selangor kekal ditangan PR pada PRU14.

maae said...

Saya tidak lah arif perlembagaan UMNO.

Apa yang saya nampak 'kebodohan menggunakan kuasa, tidak bijak dan berniat merudumkan orang lain'

Ini lah kemelut UMNO Selangor yang gagal semula menawan UMNO. Bermain politik polemik bodoh. Ribut dalam cawan.

Sudah-sudah lah menikmati kuasa dan kemewahan. Berundur dan beri peluang kepada yang berhak. Kadangkala kesilapan demi kesilapan di lakukan kerana 'kebiadaban kita dalam berpolitik'

Berfikir lah untuk Alam Sejagat Melayu. Buang lah riak dan keangkuhan diri kerana ini sebaik-baik tuntutan Yang Esa untuk di contohi.

Anonymous said...

ORG MALAYA NEH TAK HABIS-HABIS BERCAKAR SESAMA SENDIRI NASIB BAIK PEMIMPIN2 SARAWAK BIJAK TOLAK AWAL-AWAL UMNO MASUK.

Anonymous said...

NASIB BAIK PEMIMPIN2 SARAWAK DAHULU TOLAK UMNO DAH BERCAKAR ANTARA PARTI NI SESAMA SENDIRI PUN GADUH.

Anonymous said...

Aku rasa noh ni bagus je...mesyuarat ngn ahli berapa kerat pastu lantik sesama sendiri je mmg patut dibubarkan.apa dia buat tu ada bagusnya.duit umno pon xrugi.kalau takat satu cawangan ada 11 org buat apa.bloggers ni org yg cari makan atas politik.boleh dibeli dijual.