Wednesday, November 6, 2013

Kebodohan Noh Omar Boleh Membawa Bala Kepada UMNO - E mail Panaasss! Ada Bukti Dokumen Dokumen Sah...

Blog MIK ingin meyiarkan sepenuhnya email yang diterima, lengkap berserta dokumen dokumen bukti bagaimana Noh Omar bersikap rakus!


Pada 12 Oktober 2013 Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri Bahagian Sepang telah mengadakan persidangan mereka sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Bagaimanapun selepas selesai persidangan kedua-dua sayap tersebut ada pihak-pihak yang tidak berpuashati telah membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO Selangor.

Hasil daripada aduan tersebut telah membuatkan Persidangan Pergerakan Pemuda Umno dan Persidangan Pergerakan Puteri Bahagian Sepang pada 12 Oktober 2013 dibatalkan. 

Surat pembatalan ditandatangani oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Surat itu dihantar ke Pejabat Umno Bahagian Sepang pada 18 Oktober 2013 jam 4.21 petang melalui faksimili. Tempoh surat itu dihantar kira-kira lebih kurang 16 jam sebelum UMNO Bahagian Sepang mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Sepang. Iaitu pada 19 Oktober 2013 jam 8 pagi.



Persolannya di sini , dari manakah Noh Omar mendapat kuasa untuk membatalkan Persidangan Pemuda dan Puteri Bahagian Sepang ? Kuasa membatalkan persidangan sesebuah bahagian terletak di tangan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat.

Namun dek kerana sikap gilakan kuasa dan bodoh tidak boleh diajar Noh Omar tanpa segan silu dalam surat tersebut menyatakan beliau mendapat kuasa yang diperturunkan oleh Majlis Tertinggi Umno Malaysia.

Jika beliau mendapat kuasa yang diperturunkan oleh Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, kenapa tidak dinyatakan fasal berapakah perkara tersebut dinyatakan dalam Perlembagaan UMNO ?

Jika perkara tersebut tidak dinyatakan dalam perlembagaan, dimanakah surat kuasa daripada Majlis Tertinggi UMNO yang diperturunkan kepada Noh Omar ? Kenapa ia tidak disertakan bersama dengan surat pembatalan Persidangan Pemuda dan Puteri Sepang ?

Saya mempunyai asas untuk mengatakan Noh Omar seorang yang bodoh dan gila kuasa. Dek kerana kebodohannya itu ianya boleh membawa bala kepada UMNO Malaysia jika ada ahli bahagian Sepang mengadu kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Saya sebagai seorang ahli UMNO Bahagian Sepang yakin perkara ini akan berlaku jika UMNO Malaysia tidak mengambil tindakan menyelesaikan perkara ini.

Anda rujuk kepada surat-surat yang dilampirkan dan salinan Perlembagaan UMNO sebagai bukti Noh Omar seorang yang bodoh.

Jika dilihat kepada surat yang dilampirkan ianya kelihatan sama kerana kedua-duanya mempunyai nombor rujukan yang sama - Bil:dlm.UMNO.SEL.13.(2013)

Sedangkan surat-surat dibawah berbeza satu sama lain. Satu surat untuk Pergerakan Pemuda dan satu surat untuk Pergerakan Puteri. Disini pun sudah nampak kebodohan Noh Omar yang pertama. Bagaimana surat untuk dua pihak atau perkara yang berbeza boleh menggunakan nombor rujukan yang sama ?

Perkara nombor 1 di muka surat 2 dalam kedua-dua surat berkenaan menyatakan seperti berikut;

Sepuluh (10) wakil yang dipilih dalam mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO pada 12 Oktober 2013 menurut fasal 14.4.3 Perlembagaan UMNO adalah hilang haknya dan tidak dibenarkan mewakili Pemuda UMNO Bahagian ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 19 Oktober 2013.

Sepuluh (10) wakil yang dipilih dalam mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO pada 12 Oktober 2013 menurut fasal 14.4.3 Perlembagaan UMNO adalah hilang haknya dan tidak dibenarkan mewakili Puteri UMNO Bahagian ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 19 Oktober 2013.
Ianya bermaksud wakil kumpulan 10 (G 10) yang dipilih oleh Pemuda dan Puteri pada persidangan mereka 12 Oktober 2013 untuk ke Mesyuarat Bahagian tidak boleh mewakili sayap masing-masing ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian yang akan diadakan pada 19 Oktober 2013.

Noh Omar menggunakan fasal 14.4.3 Perlembagaan UMNO. Sekali lagi kebodohan Noh Omar terserlah. Fasal 14.4.3 Perlembagaan UMNO adalah tidak kena mengena sama sekali dengan apa yang dinyatakan oleh Noh Omar.


Fasal 14.4.3 Perlembagaan UMNO berbunyi seperti berikut;
Ketua Cawangan yang cawangannya telah mengadakan persidangan bagi tahun berkenaan. Ketua cawangan yang menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Cawangan.
Noh Omar bercakap mengenai wakil G 10 yang tidak dibenarkan menghadiri Mesyuarat Bahagian, kemudian digunanya fasal berkenaan Ketua Cawangan. Itulah bukti kebodohan bertingkat-tingkat Noh Omar.

Dalam hal ini Noh Omar bukan sahaja tidak mempunyai kuasa membatalkan Persidangan Pemuda dan Puteri, malah tidak boleh menghalang wakil G 10 Pemuda dan Puteri menghadiri Mesyuarat Bahagian.

Fasal 14.4 dibaca bersama dengan 14.4.5 yang berbunyi seperti berikut;
Perwakilan Bahagian hendaklah terdiri daripada tidak lebih daripada sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Wanita, sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Pemuda dan sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Puteri yang dipilih Bahagiannya masing-masing.
Ianya jelas menyatakan setiap Mesyuarat Bahagian hendaklah dihadiri 10 wakil Pemuda dan 10 wakil Puteri.  Apabila perkataan hendaklah digunapakai ianya membawa maksud wajib atau tidak boleh tidak. 


Dalam hal ini jelas Mesyuarat Perwakilan Bahagian Sepang pada 19.Oktober.2013 adalah tidak sah kerana ianya tidak diwakili oleh 10 wakil Pemuda dan 10 wakil Puteri.

Noh Omar dalam surat-suratnya yang bertarikh 18.Oktober.2013 kepada Setiausaha UMNO Bahagian Sepang, diperenggan ketiga muka surat pertama kedua-dua surat berkenaan menyatakan seperti berikut;

Sehubungan itu, Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sepang hendaklah diadakan semula pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Sehubungan itu, Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sepang hendaklah diadakan semula pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Badan Perhubungan UMNO Selangor.
Disini sekali lagi Noh Omar menunjukkan kebodohannya yang gagal memahami Perlembagaan UMNO. Dalam Perlembagaan UMNO (Peraturan Pergerakan Pemuda Umno) (Peraturan Pergerakan Puteri UMNO) , fasal 14.1 secara jelas menyatakan seperti berikut;
Fasal 14.1 (Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO) – Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian hendaklah diadakan setahun sekali dan lebih dahulu daripada Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian.

Fasal 14.1 (Peraturan Pergerakan Puteri UMNO) - Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian hendaklah diadakan setahun sekali dan lebih dahulu daripada Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian.
Ia bermaksud, mesyuarat sayap-sayap hendaklah diadakan terlebih dahulu atau diselesaikan terlebih dahulu sebelum Mesyuarat Bahagian diadakan.

Dalam kes di Sepang perlanggaran perlembagaan berlaku secara terang-terangan. UMNO Bahagian Sepang telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan mereka pada 19.Oktober.2013, sedangkan Pemuda dan Puteri belum bermesyuarat hingga kini.

Jika Noh Omar seorang yang tidak bodoh dan beliau ada kuasa yang ‘diwahyukan’ oleh Majlis Tertinggi UMNO, sepatutnya pada 18.Oktober.2013 beliau menghantar surat kepada Setiausaha UMNO Bahagian Sepang meminta supaya UMNO Bahagian Sepang menangguhkan dahulu Mesyuarat Bahagian mereka pada 19.Oktober.2013. Ini bagi membolehkan Pemuda dan Puteri Umno Sepang menyelesaikan mesyuarat mereka terlebih dahulu.

Dimanakah datangnya ‘kuasa’ Noh Omar menjatuhkan hukuman..? Dalam surat ada menyebut ‘terdapat perletakan jawatan 2/3AJK Puteri Bahagian’, sedangkan Ketua Puteri yang baru terpilih belum pun melantik jawatankuasa penuh….

Begitulah juga kita melihat bagaimana ‘rakus’ dan ‘gelojohnya’ Noh Omar membuat tindakan bodoh membuta tuli, beliau menyatakan dalam surat tersebut kepada Pemuda dan Puteri “Mesyuarat Timbang Tara telah diadakan” sedangkan kedua-duanya Ketua Pemuda dan Ketua Puteri langsung tidak dipanggil membela diri….

Majlis Tertinggi UMNO Malaysia perlu memandang serius kes yang berlaku di Sepang ini. Kerana di Sepang sekarang perkara ini boleh diibaratkan seperti api dalam sekam yang akan menyala bila-bila sahaja. Jangan biarkan Noh Omar terus menerus dengan kebodohannya kerana kelak ianya boleh mendatangkan masalah kepada UMNO. Apa yang dilakukan oleh Noh Omar terang-terang melanggar Perlembagaan UMNO.

Mesyuarat UMNO Bahagian Sepang yang diadakan pada 19 Oktober 2013 terang-terangan tidak sah. Jika tidak diadakan persidangan semula, kedudukan perwakilan UMNO Bahagian Sepang ke Persidangan Agung UMNO Malaysia juga tidak sah. Ini boleh membuatkan PAU juga tidak sah....!!


Jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengadakan semula Mesyuarat Bahagian Sepang yang diseliakan oleh UMNO Malaysia. Dikedudukan ini juga adalah wajar untuk Presiden UMNO mengkaji semula kedudukan Noh Omar sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor. 

Bagaimana beliau hendak pegang jawatan itu jika beliau sendiri pun tidak tahu dan tidak faham Perlembagaan UMNO.

Rasanya tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang pemimpin UMNO yang mengeluarkan arahan menggunakan fasal yang langsung tidak ada kena mengena dengan arahan yang dikeluarkan.   

Sekian
Ahli Umno Bahagian Sepang

7 comments:

Anonymous said...

BENARKAH UMNO ADIL KEPADA ORANG MELAYU ?

PRK Sungai Limau mendedahkan sikap sebenar Umno terhadap orang melayu. Orang melayu mendapat layanan seolah-olah “ anak tiri “ daripada Umno. Sedangkan orang cina mendapat layan seolah-olah “ anak emas “. Begitu sekali Umno memperlakukan orang melayu kerana hendak mengejar undi orang cina yang tak seberapa pun. Betapa hinanya, murahnya, tidak bernilai undi orang melayu kepada Umno.

Ramai orang melayu tak sedar tentang hal ini. Mungkin pada mereka tak ada apa-apa. Pada hakikatnya Umno sebuah parti melayu telah menghina bangsa yang berjasa kepadanya semasa Umno “ nyawa-nyawa ikan “ di arena PRU13 baru-baru ini.

Cuba anda lihat agihan bantuan kepada sekolah-sekolah oleh Umno semasa PRK Sungai Limau. Berapa yang sekolah melayu dapat dan berapa pula yang sekolah cina dapat ? Saya terasa sangat seolah-olah murid sekolah melayu tak ubah macam sampah yang tidak ada nilai langsung jika hendak dibandingkan dengan murid sekolah cina. Tiga sekolah cina mendapat 2.5 juta sedangkan 12 sekolah melayu hanya mendapat 1.2 juta. Maknanya market price sekolah cina adalah lebih tinggi daripada sekolah melayu pada kadar RM0.80 juta bagi satu sekolah cina dibandingkan dengan RM0.10 juta bagi satu sekolah melayu. HINA NYA SEKOLAH MELAYU DI MATA UMNO, MURAHNYA HARGA SEKOLAH MELAYU DIMATA UMNO.

Mengejutkan, saya terjumpa dalam blog SRJK Aik Min di Sungai Limau hanya ada 15 orang murid tetapi mendapat bantuan sebanyak 1 juta. Saya tidak ada maklumat berapa murid di SK Bukit Besar dalam DUN Sungai Limau, tetapi saya percaya murid sekolah itu ramai dan mungkin 500 atau lebih. Berapa SK Bukit Besar dapat, Cuma RM0.1O juta sahaja.

Bersetujukah anda dengan saya bahawa di mata Umno nilai atau harga satu orang murid cina dengan nilai atau harga satu orang murid melayu seumpama “ langit dengan bumi “. Di SRJK Aik Min harga atau nilai satu orang muridnya adalah RM66,666.00 (mengambil kira jumlah murid 15 orang). Berapa pula harga atau nilai satu orang murid di SK Bukit Besar ? Memeranjatkan, menyedihkan, rasa terhina bila satu orang murid di SK Bukit Besar cuma berharga atau bernilai RM200.00 sahaja (mengambil kira jumlah murid 500 orang).

Saya tidak tahu adakah para guru di sekolah melayu ada membuat kiraan secara metamatikal seperti yang saya buat. Saya yakin mereka tidak buat kerana guru sekolah melayu ini tidak berapa cekap metamatik sangat jika hendak dibandingkan dengan guru sekolah cina. Kalau guru sekolah melayu betul-betul cekap metamatik awal-awal lagi mereka ada membuat kiraan metamatik, dan saya percaya mereka akan memprotes secara diam kepada Pak Menteri mereka iaitu Muhyidin Yassin, dan akibatnya Umno akan kalah lebih teruk lagi di PRK Sungai Limau, dan Pas akan mendapat majority yang lebih besar daripada yang Pas dapat masa calonya adalah arwah Ustaz Azizan.

Saya simpulkan bahawa apa yang berlaku pada PRK Sungai Limau ini adalah UMNO MENGHINA ORANG MELAYU, UMNO MENGHINA SEKOLAH MELAYU, UMNO MENGHINA GURU-GURU MELAYU DAN UMNO MENGHINA MURID-MURID MELAYU. Dan atas sebab itu lah walaupun saya ini seorang yang Pro Umno tetapi bersyukur bila Umno kalah di PRK Sungai Limau sebab saya tidak mahu orang melayu yang berfikiran seperti saya bertindak menolak Umno lagi pada PRK yang akan datang, dan yang paling saya tidak mahu adalah orang melayu menolak Umno pada PRU14 yang akan datang.

WAHAI PEMIMPIN UMNO, JANGAN LAH KAU ULANGI PENGHINAAN KE ATAS BANGSA MU SENDIRI SEPERTI MANA YANG KAU LAKUKAN DI DALAM PRK SUNGAI LIMAU PADA 4 NOV 2013 DI MASA AKAN DATANG. CUKUP CUKUP LAH ……..

Saudara BLOGGER, saya mohon tuan siarkan posting saya ini. Saya tidak halangan jika tuan ingin menjadikan isu yang saya bangkitkan sebagai bahan untuk artikel anda. SESUNGGUHNYA SAYA MAHU SELAMATKAN UMNO DARIPADA DIHUKUM OLEH ORANG MELAYU SENDIRI. SAYA MASIH MAHUKAN UMNO UNTUK JAGA MELAYU DAN ISLAM.

Ana Muslimah

ombak said...

jawapan kepada ana muslimah...sbb melayu x reti 'demand'. Melayu seronok dgn beras dan gula je. Bab kata MB Pahang Dato seri Adnan..cina ada dtg jumpa dia bawa surat mohon tanah tapi melayu dtg cuma nak jersi bola atau duit minyak rm50. Dpt duit senyum sampai ke telinga.
Mentaliti org melayu kena berubah. Meminta 'hak' kita bukan bermakna kita 'kurang ajar' dan bila meminta, biarlah demi kepentingan anak bangsa bkn demi 'orang kita'. PR x kuat tapi UMNO yg lemah.

Anonymous said...

Cakap banyak pandai berapa pula PAS dah sedekah ye???

Anonymous said...

Ayo ayo, Manyak murahnya harga melayu. RM200 saja. Apasal harga cina terlalu mahal sampai RM66,666. Boleh picaya kah ?

Anonymous said...

Saudara Blogger

Maaf posting saya mungkin tak relevan dengan tajuk, tapi penting diketahui ramai khas oleh pemimpin Umno.

Cina Tetap Cina

Saya baru terbaca satu artikel dalam Utusan Malaysia oleh Datok Ahmad Faris bin Abdul Halim - beliau mengulas berkenaan PRK DUN Sg Limau Kedah.

Beliau mendedahkan :

1. Pada PRU13 hanya 180 cina (10% dpd 1800) undi BN .... BN Kalah.
2. Semasa kempen PRK Sg Limau - penglibatan MCA/Gerakan macam " nak tak nak saja " atau sekadar " melepaskan batuk di tangga ".
3. Sambutan cina Sg Limau hangat sekali bila Lim Kit Siang turun padang, dan sangat dingin bila pemimpin MCA/Gerakan turun.

Saya tak tahu siapa tipu siapa. Adakah Muhyidin tipu cina atau cina tipu Muhyidin. Tetapi saya berani kata yang kena tipu adalah Muhyidin, yang nampak bodoh adalah Muhyidin. Rupa-rupanya pengundi cina lebih cerdik daripada Muhyidin.

Walau pun Muhyidin beri 2.4juta kpd sekolah cina, namun hati cina tetap cina yang tak dapat dibeli dengan 2.4juta. Wang mereka sapu tetapi sokongan tetap juga kepada DAP.

Najib dah terkena (tertipu) pada PRU13. Di Klang 60ribu cina turun sambut Najib. Najib senyum sampai ke telinga gah beritahu satu negara " orang cina dah kembali kepada BN ". Tetapi pada lewat tengah malam keputusan PRU13, Najib dengan bermuka sardin, bermuka tempe memberi tahu satu dunia " Tsunami cina menyebabkan BN hampir kalah ".

Baik Muhyidin mahu pun Najib. Tak serik-serik masih juga percaya kepada cina, masih juga nak pujuk cina, kalau pujuk free lantak lah, tapi ini pujuk dengan berjuta-juta RM ... sakit hati dan semakin meluat orang melayu kepada Umno.

Kalau Najib dan Muhyidin mahu orang melayu terus mempertahankan Umno pada PRU14, renti kan lah " kerja bodoh " itu. Saya berani berkata DALAM PRK CINA AKAN ADA RAMAI JUGA YANG UNDI BN, TETAPI BILA DALAM PRU ... SORRY LA BRO NAJIB DAN MUHYIDIN... KERANA MEREKA MAHU DAP MENGGANTIKAN UMNO.

Saya nak ingatkan Najib dan Muhyidin, YANG MAHU UMNO TERUS MENJADI PEMERINTAH ADALAH ORANG MELAYU ... MAKA BERI LAH PERHATIAN KEPADA ORANG MELAYU.

Sesungguhnya kenyataan NAJIB MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI CINA kerana mengundi BN pada PRK Sg Limau ... adalah menafikan sumbangan undi orang melayu kepada Umno. Cukup cukup lah ... kerana PRU14 belum tentu cina yang sama akan undi Umno sekali lagi.

Ana Muslimah

Anonymous said...

Dimanakah cerdik panddai dalam UMNO yg selama ini merasakan diri masing2 cerdik? Saya amat bersetuju dengan kenyataan Ana Muslimah. Satu kajian perlu dibuat oleh team UMNO samada dari pemuda/wanita/puteri atau dari HQ UMNO sendiri tentang sokongan terutamanya orang melayu kepada UMNO. Jangan hanya syok sendiri. Ingat, PRU14 akan datang... paling lewat Mei 2018 yang tinggal lebih kurang 4 tahun 7 bulan sahaja lagi. Apa tindakan pihak UMNO bagi menarik sokongan orang melayu kepada UMNO??? Hanya duduk berangan sahaja dengan menganggap semua orang melayu akan menyokong UMNO dan melayan segala-gala yang dituntut oleh bukan melayu untuk mendapat sokongan mereka? DS Najib dan teamnya perlu sedar... orang melayu terutamanya golongan pertengahan dan atasan banyak yang sudah meluat dengan tindakan semasa beliau yang meminggirkan / membezakan kaum melayu dalam banyak perkara. Belajarlah menghargai kaum sendiri lebih dari kaum cina yang tidak mengenang budi. Betul kata Tun M, melayu mudah lupa dan rasanya DS Najib sudah semakin pelupa dengan jasa-jasa melayu marhaen yg menyokongnya.

Anonymous said...

Tu la masa PAU hari tu jawatan tinggi dalam UMNO tak nak di cabar untuk elak perpecahan konon tu la sebab orang atas besar kepala kononnya seluruh ahli UMNO akur apa sahaja tindakan mereka dan menganggap semua ahli UMNO seperti kerbau boleh dicucuk hidung....."angguk yes boss!!!"......macam taik!!!