Tuesday, November 19, 2013

Masih Ada Cubaan FITNAH Rosmah Oleh Ahli Parlimen Pembangkang.....


Ahli Parlimen Pembangkang hari ini mempersoalkan kewajaran isteri PM , DS Rosmah menggunakan jet untuk menghadiri satu Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa di Qatar baru-baru ini. Pada penulis ini bukan lah satu isu yang besar

Setelah di jemput bagi mewakili kerajaan Malaysia di forum berkenaan , secara tak langsung Rosmah membawa imej negara, walau bagaimanapun sebagai seorang wanita yang berstatus isteri kepada PM, adalah wajar untuk beliau menggunakan pesawat berkenaan kerana faktor masa dan keselamatan .

Tentu amat pelik sekali sekiranya isteri bagi pemimpin sesebuah negara terpaksa menunggu bersama-sama penumpang2 lain untuk menaiki pesawat komersil bagi menghadiri satu persidangan yang boleh membawa pelaburan yang besar dalam negara ini. Dalam urusan perniagaan , imej perlu dijaga. Sudah tentu ada di antara ahli2 perniagaan wanita yang mempunyai empayar perniagaan yang besar di forum itu juga menaiki jet masing2 malah mungkin lebih baik dari jet kerajaan Malaysia dinaiki Rosmah itu sendiri.

Apa pandangan ahli2 perniagaan ni terhadap Malaysia sekiranya isteri PM terpaksa menaiki pesawat komersil bagi menghadiri sidang itu? Miskin sangatkah negara ini sampai sanggup biarkan isteri pemimpin besar negara menaiki pesawat komersil?

Jadi macam mana mereka boleh yakin untuk melabur dalam negara ni kalau pengangkutan rasmi kerajaan pun nak berkira ?

Urusan Rosmah ke luar negara adalah berkenaan program yang melibatkan busineswoman dari seluruh dunia. Boleh dikatakan mewakili negara Malaysia, bila dah mewakili negara, tak perlu lah nak dikecohkan bila jet rasmi kerajaan digunakan atas kapasiti beliau sebagai isteri kepada PM,  sebagai isteri PM boleh dikatakan juga Rosmah sibuk juga dalam aktiviti2 kebajikan yang dinaungi, masa memainkan peranan yang penting dan beliau juga kena pastikan dapat mengejar program2 dihadiri PM, kalau tak hadir nanti dikatakan sombong pulak.

Lagipun Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa di Qatar tu merupakan lubuk untuk tarik pelaburan luar ke dalam Malaysia. 'Personal touch' seorang isteri pemimpin tu dapat member pengaruh yang besar kepada businesswomen  di forum itu untuk melabur di Malaysia , untuk kebaikan rakyat Malaysia juga . Ia adalah forum berkaitan wanita , jadi peranan Rosmah sebagai isteri PM Malaysia yang hadir dalam forum tu boleh jadi 'impak' yang besar untuk tarik pelaburan

Lagipun tak perlu lah segala butir perkara sulit antara Menteri Kabinet perlu diceritakan , aku cuma nampak ini adalah 'business strategi' kerajaan Malaysia untuk tarik pelabur2 wanita . Pengaruh Rosmah pun kuat di kalangan isteri-isteri pemimpin dunia yang lain sejak program PERMATA Negara mendapat perhatian isteri2 pemimpin2 dari negara luar .

Sudah tentulah hubungan yang baik antara isteri2 pemimpin dunia dapat mempengaruhi secara tidak langsung hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara2 di dunia ni.

Delegasi yang datang mewakili kerajaan Malaysia tu pun bukan Rosmah je , ada juga pemimpin lain. Jadi jet tu bukan Rosmah je yang naik. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pun ada dan beberapa isteri pemimpin juga pun ada . Forum berkenaan wanita, wanita lah yang hadir.

Lagipun yang hadir ialah isteri kepada menteri2 berkaitan dengan forum. Berikut adalah petikan artikel Malaysian Insider.

 "The Malaysian delegation includes Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, who is Special Advisor to the Prime Minister on women entrepreneurs and professionals; Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, wife of the Foreign Affairs Minister; Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah, wife of International Trade and Industry Minister; and Datin Seri Che Kamariah Zakaria, wife of Second Education Minister."

dari NST pula ;

"Miti secretry-general Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria and Malaysia External Trade Development Corporation chief executive officer Datuk Dr Wong Lai Sum were also among the participants to the forum which will be held at the St Regis Hotel here."

Janganlah hanya kerana isu 'jet' tak relevan ni membutakan mata kita dengan segala kerja2 kebajikan yang dilakukan oleh Rosmah . Program PERMATA merupakan salah satu program yang berjaya, tak lama lagi program PERMATA Kurnia untuk anak2 autism.

Beberapa hari yang lepas pun ada Rosmah cadangkan untuk tubuhkan NGO bagi membantu mangsa2 bencana. She really tried to make herself usefull . Malangnya ada saja yang cuba memperlekehkan usaha-usaha beliau .

Dulu difitnah pasal kes cincin, bila dah dijawab dan ternyata apa yang difitnah tu tak betul, tak ada pula orang yang buat fitnah tu minta maaf?

2 comments:

Anonymous said...

Belum jadi PM pun sudah ada orang sewa jet peribadi pergi Sabah apa akan jadi kalau betul2 jadi PM bapa kpd segala jet akan dibelinya dengan menggunakan duit rakyat.ketika itu kau kritiklah dia tidak akan peduli macam sekarang bermacam2 skandal tetapi beliau masih selamba muka hadir sana sini macam tak ada apa yang berlaku muka sudah jadi tebal macam kulit babi.

Anonymous said...

Nak buat macamana pembangkang nie busybody...kak rosmah pakai sandel warna apa pun dia nak tau....

Apa benda yang boleh di buat pembangkang...sensasikan cerita je la....

Agaknya isteri exco pembangkang langsung tak naik kereta rasmi gamaknya jika kemana-mana walaupun majlis rasmi.....

Kalau nak tengok contoh orang yang hipokrik tengoklah pembangkang.