Wednesday, November 20, 2013

Muktamar PAS 2014 - Ini Bukti Kenapa DAP Mahu Mat Sabu Menang Jawatan Timbalan Presiden

PAS Kelantan menuntut permohonan maaf daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh yang didakwa berbohong apabila menafikan kenyataan beliau meminta pendaftaran PAS dibatalkan.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, permohonan maaf itu perlu sekiranya Karpal telah mengeluarkan kenyataan itu kerana beliau sudah banyak kali menyentuh sensitiviti PAS.

Menurutnya, permohonan maaf juga perlu dibuat atas dasar PAS adalah ahli pakatan pembangkang iaitu rakan sekutu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kalau dia buat-betul buat kenyataan seperti dilaporkan, memang patut minta maaf kerana yang pertama PAS dalam pakatan rakyat dan kedua, dia selalu menyentuh sensitiviti jadi memang patutlah (minta maaf)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Amar mengulas desakan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) yang memberi tempoh kepada Karpal untuk memohon maaf berikutan pembohongannya yang menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan meminta PAS dibubarkan.

Naib Ketua DPPP, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob seperti dilaporkan berkata, permohonan itu perlu dibuat dalam tempoh diberi jika tidak DPPP akan membuat tindakan susulan termasuk memanjangkan perkara itu kepada Majlis Syura Ulama untuk tindakan selanjutnya.

Sabtu lalu, Raja Ahmad Iskandar mendakwa beliau mempunyai cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman penuh sidang akhbar selama 25 minit 47 saat yang dibuat Karpal di Pulau Pinang, 5 November lalu bagi membuktikan Ahli Parlimen Gelugor itu berbohong.

Mengulas mengenai sikap Karpal, Mohd. Amar berkata, pemimpin itu kini sedang keseorangan dalam pakatan pembangkang sehingga banyak mengeluarkan kenyataan.

"Karpal ini biarkanlah dia. Sekarang dia sendiri sahaja macam ni dalam pakatan semua yang dia cakap tidak mewakili pakatan," katanya.


3 comments:

exPASPenang said...

Hngpa percayaka dgn WAYANG puak PAS Munafik ni? Puak mcm PAS ni klu Kalimah Allah pun mereka boleh main2.. setakat nk main wayang dkt2 nk Muktamar nia apalah sgt.

Mereka mempunyai pakar strategis perang saraf yg lebh hebat dr UMNO dr segi melakonkan watak2 tertindas watak kuku besi dn mcm2 watak yg mempersonakan rakyat, terutama pencacai mereka sendiri. So tk payahlah amik port sgt dgn wayang ni.. last2 nnt Hadi akan pelok Karpal, dan ckp ini kerja UMNO melagakan Pakatan..Mujahid sbg proksi besar puak Liberal Sekular akan baca sepotong dua Hadith (munafiqun Style), ciri Islamik akan terpegun semula..then Mahposs Bean akan sampuk sama..kutuk UMNO.. lastly Ajis si Sesat tu akan maki UMNO celako2.. then END of WAYANG!!!

p/s: Kit Sial akan terbahak2 ketawa dgn gelagat proksi mereka dlm PAS... YESSSS!!

anti-syiahGaban said...

Hebat permainan wayang cina DAPpigs dan Wayang Kulit PAS-pis-pus ni. Kesian keldaian-keldaian iaitu ahli biasa PAS-pis-pus ni ternganga tengok permainan wayang depa langsung tak sedaq kena tipu bulat-bulat dek bos depa....apa nak buat Labu....otak dah kat kepala lutut....hahahahahaha

Anonymous said...

layankan la si kafir ni punye blog huhu...abis korek da ke