Monday, November 4, 2013

Noh Omar Sanggup Jual Nama MT UMNO Untuk Menipu Perwakilan UMNO Bahagian Sepang…?



Apakah benar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar telah menyalahgunakan kuasa yang ada pada dirinya…?

Layakkah Noh Omar untuk membatalkan Mesyuarat Tahunan Bahagian Pemuda dan Puteri Sepang…?

Adakah tindakan Pengerusi UMNO Selangor yang menjaja dan menjual nama Majlis Tertinggi UMNO untuk membohongi perwakilan supaya keputusan beliau membatalkan mesyuarat tersebut boleh dihalalkan..?

Terbukti bahawa Noh Omar hanya ‘omong kosong’ apabila sehingga ke hari ini beliau masih gagal untuk menunjukkan bukti bahawasanya memang ada ‘kuasa’ yang diturunkan oleh Majlis Tertinggi UMNO kepadanya untuk bertindak membatalkan mesyuarat tahunan Pemuda dan Puteri Bahagian Sepang.

Malah susulan dari mantan Setiausaha Bahagian UMNO Sepang bertanya kepada pihak Setiausaha Agung UMNO Malaysia mendapati jawapan ‘tidak ada sebarang kuasa’ yang telah diwahyukan kepada Noh Omar….

Apakah ‘kelayakan’ atau locus standi untuk Noh Omar bertindak ganas menghalang perwakilan perwakilan yang telah dipilih dikalangan Pemuda dan Puteri Sepang menghadiri Mesyuarat Tahunan dan Pemilihan Bahagian Sepang…?

Noh bertindak ganas kerana dalam nalurinya ada sifat hasad dengki yang menyimpan dendam kepada seseorang...?

Ataupun kesemua yang berlaku ini adalah peluang untuk rakyat khususnya ahli ahli UMNO menyaksikan kebodohan seorang pemimpin UMNO...?  

Cerita selanjutnya di SINI

2 comments:

Anonymous said...

noh wajar dikena tindakan tataterbib, digantung keahlian 10thn.. atau dia berundur..

Anonymous said...

Manusia bergini lah yang membuat UMNO dipandang serong oleh orang melayu. Amanah yang diberi telah disalahguna untuk kepentingan sendiri. Manusia jenis apa le Noh Omar ini. Sepatutnya Noh Omar pecen aje dari politik. Kepimpinan Noh Omar sudah tidak diperlukan lagi oleh UMNO Selangor khasnya dan UMNO Malaysia amnya. Jika orang seperti Noh Omar ini masih hendak menjadi pemimpin dalam UMNO, nescaya UMNO tidak akan menerima orang muda yang berpendidikan untuk menyertai UMNO. Bukan sahaja Noh Omar, ramai lagi pemimpin UMNO terutama diperingkat bahagian yang harus berundur walaupun mereka menang dalam pemilihan bahagian baru2 ini. Kemenangan bukan kerana mereka disukai tetapi politik bahagian telah dikuasai oleh mereka. UMNO Malaysia seharusnya memandang serius tentang keahlian hantu yang diujudkan oleh sesetengah ketua bahagian hanya kerana hendak terus menjadi ketua bahagian. Ini lah fenomina yang amat serius yang Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi ambil berat. Pastikan semua keahlian disemak dan disusun kembali dengan melantik 1 jawatankuasa penyusunan keahlian di peringkat cawangan di semua bahagian. Jika ini tidak dilakukan maka UMNO akan berkubur dengan sendirinya oleh pemimpin UMNO sendiri.