Wednesday, November 27, 2013

Wardina, Marina Mahathir, Saifuddin Abdullah Pernah Sokong Bersih Kini Dilantik Ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional... BONUS Buat Ambiga?

Entah apalah kelebihannya.....!

Saifuddin Abdullah secara terang terang ditolak oleh rakyat dan akar umbi UMNO kini bernafas semula dengan perlantikannya sebagai Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional [MKPN].

Begitulah juga dengan nasib artis kontrovesi Wardina Safiyyah dan aktivis Datuk Marina Mahathir yang pernah kantoi menyokong perhimpunan haram Bersih, turut sama terpilih menjadi Ahli MKPN.

Pada awalnya kelihatan seperti kelam sudah karier politik Saifuddin bagaikan jatuh ditimpa tangga, kalah PRU 13 kepada calon PAS, selepas itu tertonggeng tewas bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh....

Apakah perlantikan Marina Mahathir sebagai Ahli MKPN merupakan suatu berita baik buat juak juak murahan Pakatan Pembangkang...?

Demikianlah kisah silam lampau yang terbuku sebagai lipatan sejarah membuktikan jenis perjuangan ketiga-tiga mereka yang terpilih sebagai Ahli MKPN yang sudah pun dilantik secara rasminya...

Kelmarin, kerajaan menubuhkan Majlis Kolsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) melibatkan 29 anggota daripada pelbagai bidang, daripada pelakon kepada ahli politik PAS, bagi merangka agenda perpaduan nasional untuk tempoh enam bulan.

Diketuai oleh Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) Tan Sri Samsuddin Osman, majlis itu akan membentangkan cadangan kepada kabinet dan diberikan kebebasan mengumpul maklumat dan memutuskan isu yang perlu ditangani. Manakala Tan Sri Lee Lam Thye pula dilantik sebagai Timbalan.

Senarai 27 Ahli MKPN pula adalah seperti berikut;

1. Ramon Navaratnam
2. Pheng Yin Huah
3. Napsiah Omar
4. Michael Yeoh Oon Kheng
5. Johan Jaafar
6. Boon Som s/o Inong
7. Mujahid Yusof Rawa
8. Clarence Bongkos Malakun
9. John Sikayun
10. Lim Kok Cheong
11. Saifuddin Abdullah
12. Haji Zainal Abidin Haji Abdul Kadir
13. Rugayah Abdul Majid
14. Dr Kantayya Mariappan
15. Dr Madeline Berma
16. Dr Suresh Kumar Govind
17. Dr Bilson Kurus @ Belson Bingku
18. Tan Yew Sing
19. Lim Chee Wee
20. Liaw Lam Thye
21. Sardar Jagir Singh
22. Marina Mahathir
23. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee
24. Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
25. Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot
26. Mohamad Ariff Irwani Azahari
27. Audrey Goh

11 comments:

Anonymous said...

Apa yang bagus sangat tentang Wardina ni? Bukan ada apa-apa contrubution to the community pun. Setakan cuba-cuba menjadi pelakun..kemudian pengacara. Benda-benda ynag dicakapnya semuanya berbentuk "common sense" saja pun bukan berbentuk "Ilmuan".

salim hasan said...

KITA PUN TAK FAHAM DGN AH JIB GOR NI APA KE JADAH NYA DIA TUBUHKAN BADAN YANG TURUT DIANGGOTAI PARA PEBGKHIANAT KEPADA BANGSA MELAYU.NAK BUAT APA ?NAK MENYONDOL CINA LAGI KE.TAK SERIK SERIK LAGI AH JIB GOR NI!!!

Anonymous said...

dok jadi lagu ni yg rasa malas dah nak sokong BN ni. Apa la najib. x dak dah ka calon lain. Kami di kepala batas pun dah ramai x sokong BN. calon najib pilih. orang tak suka. dari majoriti Pak lah 11,000 dah jadi 4,000 ja pasai calon ni ramai rejek. kalu calon sama PRU14 nanti , majoriti jadi 400 ja. parlimen ni dulu2 standard majoriti 17,000 bro. pasai apa..pasai calon la

Anonymous said...

pak najib nak tarik rambut dalam tepung. Malangnya rambut putus tepung tumpah bselerak. Jgn hilang arah pak najib....dah lama sokong bn ni..

Anonymous said...

Erkk..ni ikon perpaduan ke ikon perpecahan??

Rasanya lebih baik lantik ikon yg blh cari jalan untuk memperkasakan ekonomi rakyat daripada bercakap tentang perpaduan yg tak sudah-sudah ni

daripada bayar elaun buta, lebih baik cari jalan untuk kerajaan berjimat-cermat.

p/s: barang keperluan pun makin mahal. Syukur ada lubang kerja kerja bergaji lumayan macam nii

Anonymous said...

Kita tau najib pun ada core penasihat melayu tulin ahlulfikir....pokoknya Kali ni Kata najib...Kalau cina India Nk sokong,sokonglah...x sokong pun Sudah..pokoknya pru 14 melayu Dan najib x bodo lagi...kita nilaikn permainan nonbumi Nanti...cina Mana mau susah..akhirnya depa akn balik pd gomen..

Anonymous said...

najib ni dah macam x ada ikon lain ke selain dari ppuan Aceh?makin meluat lah org dgn BN ni...

Anonymous said...

Pudin dan marina adalah ejen perisikan peringkat tertinggi untuk cuba rapat dengan pemimpin pemimpin pembangkang untuk risik habis habisan aktiviti pembangkang.., aku tak kenal 25 yang lain.. Tapi Pudin dan marina adalah talam 2 muka.. Ni yang aku diberitahu oleh pak cik aku bekas perisik #######

Anonymous said...

Aku lama dah fikir ada yang tak kena dengan PM Najib ni.Confirm Najib ni tidak bijak,cerdik dan pandai.Dia ni ikut saja pandangan orang-orangnya..macam biul aje otaknya.PM dan presiden UMNO yang bacul...

usin said...

apa yang kita tak nampak, pak najib nampak. itu dah kira bagus dan bonus utk pm kita. tapi malangnya apa yang kita dah nampak, malah terang benderang lagi pak najib langsung tak nampak. tak taulah samada pak najib kita rabun atau telah dirabunkan oleh punahsihat-punahsihat yang berkeliaran disekeliling beliau. harap-harap rabun malam dan buta warna pak najib ni tidak berlarutan. jangan tunggu sampai dekat pru14, alamat selamat malam la...

Yahya said...

Rakyat di bawah bukan main penat hendak berlawan dgn juak2 pembangkang.tiba2 pemimpin di atas dgn mudah sekali memberi tempat kepada juak2 jahanam ini.apa ke benggong pemimpin kita.