Thursday, November 14, 2013

Zuraidah Mak Lampir, Mahfuz Bean Omar Tak Berani Ikut Azeez Rahim.....!!

Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan melaksanakan Misi bantuan Kemanusiaan ke selatan Filipina, bagi membantu mangsa taufan Haiyan yang melanda beberapa wilayah di negara itu, Jumaat lalu.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, misi Ke-34 yang dikendalikan KP1M itu akan membawa bantuan sebanyak 14 tan dan disertai 38 sukarelawan termasuk petugas media.

Bantuan yang meliputi makanan, ubat-ubatan dan produk nutrisi bayi itu akan dihantar menaiki pesawat Charlie milik Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM), katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Azeez yang akan mengetuai misi itu, berkata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Datuk Bandar Cebu akan menguruskan perjalanan misi KP1M yang dijangka pulang ke tanah air pada 17 November nanti.

Tegasnya, Datuk Dr Alwi Abdul Rahman pula akan bertindak sebagai ketua pasukan perubatan dan misi bantuan akan bergerak ke Tacloban, wilayah yang paling terjejas akibat taufan Haiyan yang terletak kira-kira 241 KM dari Cebu.

Beliau berkata lagi, dianggarkan seramai 800,000 penduduk di 39 kawasan wilayah telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang ditetapkan oleh kerajaan Filipina.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju meluluskan misi bantuan kemanusiaan ke selatan Filipina bagi membantu mangsa taufan itu yang setakat ini sudah mengorbankan kira-kira 10,000 nyawa dan menyebabkan hampir 100,000 rakyatnya hilang tempat tinggal.

“Syarikat tambang murah Air Asia sudi menaja penerbangan misi KP1M ke Filipina di mana kita akan membawa peserta misi kemanusiaan dan bekalan ubat-ubatan seberat tiga tan menggunakan pesawat Airbus A320.

“Misi kali akan disertai 11 doktor, 15 petugas media dan 12 sukarelawan KP1M yang akan bergerak ke empat wilayah yang terjejas teruk akibat taufan Haiyan iaitu Cebu, Tachloban, Iloilo dan Tagbilaran,” katanya lagi.

Abdul Azeez menambah, dianggarkan 5,000 keluarga bakal menerima bantuan yang disalurkan menerusi misi terbabit dan pihaknya juga akan membeli barangan keperluan asas di sana sekiranya perlu kelak.

“Misi menyalurkan bantuan dijangka bermula pada Khamis dan peserta misi dijangka pulang ke tanahair pada Ahad nanti,” jelasnya.

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah tuan telah mengenal jauhari dari manikam, mana intan mana permata..sbb gila kuasa manusia itu menghalalkan segalanya asal dapat kuasa...

bro yul said...

syabas kelab putera 1 malaysia yg d ketuai oleh azeez rahim kerana anda smua adalah manusia yg berhati mulia ketika insan lain memerlukan batuan anda smua sedia membantu ....d manakah mahfuz dan mak lampir ???????bagi aku mahfuz dan mak lampir hanya berani berkokok d dlm kadang shj tp tidak berani menepuhi cabaran seperti apa yg azeez lakukan.....

DON MELAYU said...

hbis tu nak komen ikut tajuk ke ikut artikel ni?haha..xpe,aku komen brdsarkan tajuk...aku rasa bkn aku sorang jer tapi semua rakyat malaysia yg lain prasan kot yg pemimpin pmbgkang ni hnya jaguh bila bercakap saja bukan bab buat kerja...sepanjang pemerhatian aku la,hanya satu saja klebihan yg pmbgkang ada yg xde sapa blh lawan....bercakap bohong dan fitnah,itu lah kelebihan merka...

berbalik pada bantuan ni plak,akan ada suara2 jelik yg akn berkata bhw buat apa nak bantu rkyat negara luar sdgkan kat negara ni msih byk lagi org ssah,mmg lah mangkuk tali ini musibah,kerajaan dia lumpuh xkn kita nak tgk je...lagi satu bantuan yg diberi kpd rakyat di negara ni adalah bersifat berterusan sdgkan ini hanya sementara saja,kita bantu ringankan beban dia skit....apa2 pun ak ucap tahniah kpd azeez and da gang....as malaysian,i am really proud of the team...