Friday, December 20, 2013

Anwar Ibrahim Kena Banyak Belajar Dari Ong Kim Swee....

RESPECT...!

Itulah perkataan paling layak buat jurulatih pasukan bolasepak Harimau Muda walaupun kita tewas semalam ditangan Indonesia pada perlawanan separuh akhir bolasepak Sukan Sea 2013 di Nay Pyi Taw Myanmar.

Kekalahan itu sekaligus memadamkan impian skuad Harimau Muda untuk memburu 'hatrick' pingat emas setelah berjaya menjadi juara acara sukan bolasepak ini pada tahun 2009 dan 2011.

Jutaan rakyat Malaysia yang menonton siaran secara langsung menerusi kaca telivisyen semalam amat berpuas hati dengan permainan yang baik ditunjukkan oleh anak anak buah Ong Kim Swee. Hanya nasib tidak menyebelahi kita apabila tewas dengan tendangan penalti.

Apa yang menarik adalah sikap gentleman Ong Kim Swee yang harus kita puji...!

Dia mengambil sepenuhnya tanggungjawab atas kekalahan itu dan tidak mahu mana-mana pihak menyalahkan para pemainnya.
''Letakkan kekalahan ini sepenuhnya di atas bahu saya dan mengulas mengenai sepakan penalti, Thamil dan Shahrul memang menjadi dua pilihan pertama saya apabila Saarvindran dikeluarkan." jelas Kim Swee.

Berbeza sungguh dengan sikap kulit tebal Anwar Ibrahim apabila beliau gagal membawa kemenangan untuk juak juak Pembangkang pada PRU ke 13. Setelah tewas, Anwar hanya tahu menuding jari kearah lain dan tidak mahu mengaku kelemahannya....

No comments: