Sunday, December 1, 2013

Apa Komen Pembangkang Apabila SPR Telus Dan Berani Buat Post Mortem Perbaiki Kelemahan PRU 13...?

Berani kerana benar...!

Setinggi-tinggi rakaman ucapan tahniah buat Suruhanjaya Pilihanraya [SPR] setelah mengambil langkah untuk memperbaiki kelemahan mereka yang tercatat sewaktu berlangsungnya PRU 13 yang lepas.

Tindakan melakukan 'post-mortem' mengenal pasti beberapa kelemahan dan seterusnya membuat penambahbaikan jelas membuktikan SPR telus dan pastinya akan menutup mulut juak juak pengikut Pembangkang daripada terus-menerus mengkritik SPR sebagai alat perkakas kepada kerajaan BN....

SPR sudah pun selesai proses 'post-mortem'PRU 13 yang melibatkan 202 kawasan Parlimen dan 505 kawasan pilihanraya negeri.

Dalam melaksanakan proses tersebut, ianya telah melibatkan sama Ketua Penguatkuasa Kempen Pilihanraya, wakil Ketua Tepat Mengundi, wakil PDRM, wakil Angkatan Tentera yang duduk bersama pimpinan atasan SPR diketuai oleh Pengerusi SPR sendiri Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Dalam mengenal pasti salah satu kelemahan SPR pada PRU 13, kelewatan mengumumkan keputusan di kebanyakan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi mengundang berlakunya insiden insiden ketegangan antara penyokong penyokong parti. Pembangkang akan berkelakuan agresif kerana mereka sudah ditanamkan doktrin membenci SPR sebagai agen yang akan memanupulasikan keputusan....

Disinilah kita akan berpeluang menyaksikan gelagat gelagat penyokong Pembangkang yang akan membuat pelbagai tuduhan dengan segala macam kata nista tanpa mahu memahami masalah yang dihadapi oleh petugas petugas SPR, dimana hakikat sebenarnya pihak SPR sendiri juga mahukan proses penjumlahan berjalan dengan lancar dan sebaik mungkin tanpa sebarang kelewatan.

Sehubungan dengan itu, dalam membincangkan 'post-mortem' ini pihak SPR kini akan mengkaji dengan serius prosedur mengumumkan keputusan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya. SPR akan pastikan elemen elemen 'keselesaan' penyokong mana mana parti yang bertanding dilaksanakan dengan baik bagi tujuan membendung daripada timbulnya sebarang insiden yang tidak diingini.


Buat pertama kalinya Dakwat Kekal digunakan untuk menanda jari pengundi dalam PRU 13 sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian.

Proses ini telah dilaksanakan setelah juak juak Pembangkang mahu satu kaedah  bagi mengelakkan sebarang percubaan untuk mengundi dua kali oleh mana-mana pengundi....

Namun begitu, tercetus juga insiden dimana terdapat dakwat kekal yang lambat kering terkena pada kertas undi, ini menimbulkan situasi disusuli dengan perbalahan kerana ada pihak yang mahu menganggapkan kertas undi itu dikira 'rosak'.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima, SPR telah membuat penambahbaikan dalam kandungan bahan dakwat, kaedah penyimpanan, kaedah penandaan pada jari daripada dicalit kepada dicelup jari telunjuk kiri pengundi.
 
Malah pihak SPR telah pun berjaya menyediakan  panduan tatacara pengunaan ini kepada kerani pengundian. Begitulah juga dalam kaedah penyimpanan dakwat dan cara penggunaan dimana botol dakwat perlulah digoncangkan terlebih dahulu agar tidak timbul masalah dakwat kekal mudah hilang apabila dicuci...!

Sebagai bukti, segala usaha usaha penambahbaikan ini telah dilaksanakan dalam Pilihanraya Kecil Kuala Besut, Terengganu dan sekali lagi dilaksanakan pada Pilihanraya Kecil  Sungai Limau, Kedah.

Demikianlah jelas terbukti sikap berjiwa besar Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz yang sentiasa bersikap terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan daripada mana-mana pihak. Beliau komited untuk membuat penambahbaikan bagi memastikan  pengurusan dan proses mana mana Pilihanraya dapat dijalankan dengan teratur dan lancar  berdasarkan  peruntukan  undang-undang.

Biarpun dicaci maki oleh juak juak penyokong Pembangkang yang sering melabelkan SPR dengan pelbagai kata nista, proses penambahbaikan ini membuktikan ketelusan pihak SPR....

7 comments:

Anonymous said...

tahniah tan sri aziz!! buktikan geng2 pembangkang memang kerja mereka ni hanya nak fitnah spr jer

Anonymous said...

HIDUPP SPR....!

Anonymous said...

congratulations tan sri aziz...

Anonymous said...

ini langkah terbaik dripada kjaan, nama baik spr kita mesti jaga baik

Anonymous said...

Tahniah SPR dibawah TS Aziz yang memang professional

teruskan usaha baik anda dan persetankan semua hanjing2 politikus banngang ni..

congrats SPR!!

Anonymous said...

Itupun ada rakyat yg masih agung2kan pembangkang.... yang tak habis2 nk fitnah kerajaan

Anonymous said...


Tahniah atas nama kebenaran!!!!
Tahniah Tan Sri
Tahniah SPR
Taniah rakyat Malaysia.

Pembangkang kerja asyik membangkang sampai bunuh diri terun longkang.

Bangsa melayu semua sedar2kanlah diri jgn sekadar jadi kerbau kena cucuk hidung.

Jadilah bangsa yg bijaksana, bersatu d bersuara hebat.