Monday, December 9, 2013

Artikel Ini "Balun" Najib, Muhyiddin Dan Semua Pimpinan UMNO...? Bacalah Dulu Baru Tahu.....

UMNO bermakna Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Oleh kerana terlalu kerap menggunakan singkatan, kadang kala kita lupa makna kepada semangat singkatan itu.

Maka renung betul-betul erti singkatan itu. Ia cukup bermakna, sebuah pertubuhan kebangsaan Melayu bersatu. Benar, orang melayu harus bersatu demi agama, bangsa dan negara.

UMNO sudah berumur 67 tahun. Apa sahaja orang kata pasal UMNO, apa sahaja keputusan pilihan raya umum yang dihadapinya, UMNO terus utuh. Ia adalah satu-satunya parti terlama di dunia yang menjadi parti memerintah sebuah negara yang berjaya.

Ia adalah rekod. Rekod yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun termasuklah oleh orang-orang yang membencinya, atau orang yang paling membencinya seperti Nik Aziz Nik Mat.

Namun, UMNO harus sedar tiada yang kekal di muka bumi ini. Waima alam sejagat ini pun akan sampai hari kiamatnya suatu ketika kelak. Sebagai orang Islam kita percaya akan berlakunya fenomena itu.

Begitu juga dengan UMNO. Oleh itu selagi ada kuasa, maka gunakanlah sebaik-baik mungkin.
Sebagai parti kebangsaan Melayu bersatu, satukanlah orang Melayu. Orang Melayu akan bersatu jika orang Melayu senang dan mewah.

Hadis Rasulullah s.a.w ada berpesan kemiskinan menuju kekufuran. Manusia sanggup menjual apa sahaja, waima agamanya, apatah lagi kebangsaannya sendiri kerana kemiskinan.

Maka itu, perkasakanlah orang-orang Melayu, dari peringkat bawah sehingga ke atas. Berilah mereka peluang. Dalam 10 orang Melayu yang dibantu, mungkin empat akan berjaya. Maka gandakan usaha membantu mereka.

Rapatkan jurang ekonomi orang Melayu dengan kaum lain di negara ini. Gerakkan segera secara berterusan Jihad Ekonomi Melayu. Daripada 1,000 orang Melayu yang dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran ke seantero dunia, insya-Allah 600 akan menjadi kapten industri dan pentadbir hebat negara.

Tanamkan juga jati diri di hati mereka supaya yang akan menjadi kapten-kapten industri dan ketua-ketua GLC ini kelak adalah yang sedar diri kepada agama, bangsa dan negara.

Formula politik negara ini amat mudah. Jika Melayu bersatu padu dan solid, maka kaum lain akan menghormati kita. Jika kita berpecah maka, kita boleh diperkotak-katikkan.

Formula itu sudah terbukti betul sejak beberapa PRU lalu dan yang terakhir PRU-13. Pemimpin seperti Ghani Othman dan Ali Rustam diperlakukan macam "tiada maruah" oleh kaum lain yang telah cukup dibantu, terlalu kemarukkan kuasa.
 
PM Najib juga diperlakukan seolah-olah tiada langsung jasanya, setelah mereka begitu yakin "ini kalilah...!"

Itu semua berlaku kerana kita berpecah-belah. Mereka melihat kita berpecah belah dan peluang keemasan harus diambil segera.

Wahai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, satukanlah umat Islam kita semua. Di negara ini, Islam ialah Melayu dan Melayu ialah Islam.

Wujudkanlah satu lagi sayap dalam UMNO iaitu Sayap Ulama. Anak-anak kita yang mengaji agama di Asia Barat dan ramai di negara ini bukan semua berhaluankan Pas. Mereka juga sayangkan UMNO.

Maka bukalah ruang kepada mereka berjuang dalam sayap baru ini. Tidak rugi pun jika UMNO membuka satu lagi sayap seperti Puteri dan Putera.

Fungsi sayap baru ini ialah ke arah aktiviti surau, masjid dan keagamaan yang kurang dikuasai oleh UMNO. Baguslah orang macam Ustaz Kazim, Ustaz Ashraf Wajdi serta Ustaz Fathul Bari sudah ada dalam UMNO. Biar mereka aktif dalam sayap baru itu supaya lebih fokus dan tersusun.

Wahai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, perjuangkanlah Melayu semahunya. Walaupun UMNO akan menjadi parti rakyat, itu bukan perkara baru.

UMNO ialah parti berteraskan rakyat sejak penubuhannya lagi. Jika tidak, tidaklah rakyat negara ini senang-lenang belaka dan kaum Cina pula menguasai dalam kedudukan senarai bilionair di negara ini. Itulah jasa-jasa UMNO yang selama ini menjadi peneraju kepada negara Malaysia bertuah ini.

Oleh itu, sudah sampai masanya untuk UMNO terus memajukan bangsanya sendiri. Biar mereka duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain di negara ini.

Tapi persoalannya benarkah orang Melayu ini sudah terlalu lemah sehinggakan mahu mengedarkan nasi lemak ke stesen-stesen minyak pun sudah tak berupaya? Itu baru nasi lemak, bukan kontrak-kontrak besar lain?

Apakah teruk sangat kita ini? Renung-renungkanlah.....

8 comments:

Anonymous said...

Wahai penulis!

Pihak UMNO tahu Wahhabi ada agenda dalam UMNO.

Jangan tak kenal pulak siapa Wahhabi dalam UMNO.

Memang bagus buka sayap ulama', tapi bukan sayap Wahhabi.

Anonymous said...

Orang Melayu menjadi teruk perangainya sebab diasah oleh PAS dan PKR supaya benci sesama sendiri. Kita jangan salahkan UMNO segala-galanya jika kita orang Melayu gagal sebab kita mudah di perkotak katekkan oleh orng lain yang bersifat baling batu sembunyi tangan. Dalam apa-apa persatuan pun, baik UMNO, baik PAS, baik PERKASA sudah tentu dalam setandan pisang akan ada sesikat yang busuk. Apa yang kita perlubuat buang saja sesikat yang busuk itu.

nobullshit101 said...

Fahaman Wahabbi adalah ciptaan puak British & Barat Keparat untuk mengkucar-kacirkan dan menghancurkan umat Islam dari dalam.

Sila lihat pautan-pautan URL berikut:-

http://www.surrenderingislam.com/

http://www.youtube.com/watch?v=o3vkdLIn3wQ

http://www.hakikatkitabevi.com/download/english/14-ConfessionsOf%20ABritishSpy.pdf

Maka.., pihak UMNO jangan terlalu mudah terikut-ikut & terbawa-bawa dengan peranan Wahabbi Saudi Arabia atau mereka yang bersekutu dengan puak Wahabbi.

UMNO wajar awas dan waspada terhadap jenis musang berbulu ayam.

Anonymous said...

UMNO HARUS TERBANG DENGAN 4 SAYAP DAN BUKAN 3 SEPERTI SEKARANG..WUJUDKAN SAYAP ULAMA DALAM UMNO..

hadi said...

Sdr/sdri dan penulis... jangan mengnasionaliskan Islam dengan Melayu...kerana itu satu fitnah yang tak boleh dimaafkan.. apakah agama yang Allah turun ini bersekongkol dengan sesuatu bangsa hingga terkeluar istilah melayu itu Islam dan Islam itu Melayu??? Jika ini dilayakkan... maka bangsa Arab adalah lebih afdal di istilahkan begitu...Arab itu Islam dan Islam itu Arab.. kerana agama Islam bermula di sana...Nabi Muhammad sendiri berbangsa Arab... tetapi kenapa Ar Rasul tidak menyeru ke arah kebangsaan Arab kerana Arab itu Islam???? pergilah mengaji kalau jahil....

hadi said...

Sdr/sdri dan penulis... jangan mengnasionaliskan Islam dengan Melayu...kerana itu satu fitnah yang tak boleh dimaafkan.. apakah agama yang Allah turun ini bersekongkol dengan sesuatu bangsa hingga terkeluar istilah melayu itu Islam dan Islam itu Melayu??? Jika ini dilayakkan... maka bangsa Arab adalah lebih afdal di istilahkan begitu...Arab itu Islam dan Islam itu Arab.. kerana agama Islam bermula di sana...Nabi Muhammad sendiri berbangsa Arab... tetapi kenapa Ar Rasul tidak menyeru ke arah kebangsaan Arab kerana Arab itu Islam???? pergilah mengaji kalau jahil....

Anonymous said...

Sdr/sdri dan penulis... jangan mengnasionaliskan Islam dengan Melayu...kerana itu satu fitnah yang tak boleh dimaafkan.. apakah agama yang Allah turun ini bersekongkol dengan sesuatu bangsa hingga terkeluar istilah melayu itu Islam dan Islam itu Melayu??? Jika ini dilayakkan... maka bangsa Arab adalah lebih afdal di istilahkan begitu...Arab itu Islam dan Islam itu Arab.. kerana agama Islam bermula di sana...Nabi Muhammad sendiri berbangsa Arab... tetapi kenapa Ar Rasul tidak menyeru ke arah kebangsaan Arab kerana Arab itu Islam???? pergilah mengaji kalau jahil....

Anonymous said...

Pencuci taik UMNgOk yang dok menyalak pasal Wahabi tu, tahniah diucapkan .... anda adalah agen kehancuran UMNgOk ... UMNgOk akan terus jauh dari ulama ... jgn harap org yang beragama akan bersama UMNgOk andai adanya pencuci taik yang menyalak seperti nobullshit101 ... patut tukar je nama kepada eatumnoshit ...