Thursday, December 12, 2013

Buang Yang Keroh, Ambil Yang Jernih, Itulah Kata Teresa Kok Selepas Khir Toyo Mohon Maaf

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bersedia untuk meneruskan kehidupannya selepas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf di mahkamah terbuka hari ini berikutan tuduhannya terhadap Kok berhubung isu azan, lima tahun lalu.

"Ini sangat melegakan, selepas lima tahun berlalu. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Biarlah kita teruskan dengan kehidupan kita sekarang," kata Kok kepada The Malaysian Insider.

Ahli politik DAP itu menarik semula saman yang difailkannya terhadap Khir selepas permohonan maaf itu.

Khir juga bersetuju untuk membayar kos guaman Kok. Mengikut rekod, tuduhan itu menyebabkan Teresa ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam NegerI (ISA) pada 12 September 2008 yang memusnahkan reputasinya.
Khir dalam permohonan maafnya di mahkamah terbuka berkata:"Saya, Khir Toyo, defenden pertama dalam kes ini, tanpa pengakuan terhadap tanggungjawab yang dianyatakan, ingin memohon maaf kepada YB Teresa Kok Suh Sian atas sebab penerbitan kandungan dalam blog saya, www.drkhir.com, pada 8 Julai 2008 seperti yang dinyatakan dalam kenyataan saman. Saya meluahkan rasa kesal ke atas kenyataan di dalam blog itu dan bersetuju untuk membayar kos guaman Teresa Kok."
Pesuruhjaya Mahkamah, Siti Khadijah Badjenid mencatatkan permohonan maaf itu.

"Sejujurnya, saya sangat penat untuk masuk dan keluar mahkamah. Daripada mula lagi apa yang saya mahukan hanyalah kenyataan maaf.

"Oleh kerana beliau memohon maaf, saya gembira dan enggan membesarkan perkara ini," katanya dan menambah ini adalah kali pertama beliau bertemu Khir Toyo selepas dua tahun.

Pada 2008, Ahli Parlimen DAP itu telah memfailkan saman terhadap Khir dan Utusan Melayu Sdn Bhd sebanyak RM30 juta berikutan artikel disiarkan dalam blog Khir dan akhbar itu yang menuduh Teresa Kok cuba menghentikan laungan azan daripada sebuah masjid di Kinrara.

3 comments:

Labu8455 said...

BFF (Best Friend Forever)

Anonymous said...

Eloklah tu...Sekurang2nya mereka tahu mereka tak boleh halang azan berkumandang.

Anonymous said...

Sifir orang politik ni mudah dibaca bila anak toyoltu dah mintak maaf bermakna anak toyol tu tunggu masa nak masuk pakatan rakyat....tunggu....mat taib yang bawa berkilo duit ke luar negara pun bole masuk pakatan rakyat........mat taib mudah lupa angkara siapa terbongkar berkilo duit kalau bukan puak anwar ibrahim