Sunday, December 15, 2013

Dayangku Intan Masa Masuk PKR Hentam Najib Kaw Kaaww Kata BN Zalim, Duit BR1M Rasuah. Malam Tadi Dayangku Intan Dapat Penghormatan AIM 2013

Malam tadi berlangsung sudah Anugerah Industri Muzik 2013 - AIM 20 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.

Acara tahunan masuk tahun ke 20 upacara gilang gemilang yang menghargai insan seni tanahair khususnya dalam industri muzik. Pelbagai anugerah mengikut kategori yang ditetapkan untuk memilih yang terbaik dikalangan ramai artis artis tanahair.

Acara kemuncak, sebagai "finale" penutup tirai malam tadi adalah mengenang kembali muzik tahun 80an yang masih segar dalam industri muzik hari ini. Pihak penganjur AIM 20 telah memilih hanya 3 lagu yang pernah fofular dizaman itu.

Lagu lagu yang menjadi pilihan adalah Ku Pendam Sebuah Duka nyanyian Datuk Khathijah Ibrahim, lagu Suraya oleh Zainal Headwind dan lagu yang terakhir adalah lagu duet Kita Insan Biasa yang didendangkan oleh Jay Jay dan Dayangku Intan.

Apakah dah tak ada penyanyi lain yang tidak menghentam kerajaan untuk pihak AIM 20 pilih..? Terlalu istimewakah Dayangku Intan dihati AIM 20...? Masih ramai penyanyi wanita yang lain era 80an malah kualiti vokal mereka jauh lebih baik seperti Sheila Majid, Francesca Peter, Azlina Aziz, Rohana Jalil kenapa tidak diberikan ruang.

Bertuah sungguh nasib badan spesis seperti Dayangku Intan.....

Sekiranya beliau masuk sertai parti Pembangkang secara senyap senyap tanpa muncul dimana mana pentas ceramah menghantam kerajaan BN, tanpa mengkritik Perdana Menteri maka tidak ada sesiapa kisah sekiranya dia diberikan peluang untuk membuat persembahan acara gemilang seperti ini...

Blogger MIK nak cadangkan kepada pihak AIM 20 dan juga mana mana Kementerian yang berkaitan dalam hal ini, agar tahun akan datang untuk sebarang program gilang gemilang seperti yang berlangsung malam tadi di Stadium Putra Bukit Jalil yang disiarkan secara langsung dikaca tv, tolonglah jemput mana mana pimpinan Pembangkang seperti Anwar Ibrahim atau Mat Sabu untuk sampaikan anugerah.....

Kita juga jangan lupa pada Pilihanraya Umum ke 13 PRU13 yang lalu, Dayangku Intan menjadi calon PKR bertanding kerusi Parlimen lawan dengan Datuk Azalina Othman Said....

Seronoknya....! Lawan kerajaan, balun kerajaan kemudian terus berpeluang mendapat job dan lebih menarik lagi dalam satu majlis yang gilang gemilang. Tahniah kepada Anugerah Industri Muzik - AIM. 

JOM anda saksikanlah dua video klip dibawah ini bagaimana enaknya Dayangk Intan membelasah kerajaan BN yang dikatakan zalim dan rasuah...!



13 comments:

Anonymous said...

Naper plak ? Hadiah dan AIM tu BN punya ker ? Cetek nyer pemikiran admin.

Anonymous said...

betul la awak cakap tu memang bangang AIM punya pemilihan, entah entah yang buat keje tu pun pembangkang punya geng jugak

Anonymous said...

Salah ker?bodoh punya blogger.....

Anonymous said...

Ini bukan Dayangku Intan tapi Dayangku Besi Buruk...kih!..kih!..kih!..

Anonymous said...

orang pengerang joho dah kasi mesej jelas,maka kalahlah dia..hehe..

Anonymous said...

spesis nie memang bangang pon...
dulu,kini dan selamanyo..

Anonymous said...

minah ni ke kata kat JB tu banyak orang miskin dari rakyat Kelantan? Cakap je la... orang Kelantan sendiri pun sanggup datang ke JB cari kerja sebab memang kat kelantan sane takde kerja, pemimpin negeri hanya tau buat ceramah dari pandai wujudkan kerja untuk rakyat negeri mereka sendiri...

Anonymous said...

BUKAN BODOH BLOOGER...BODO MANUSIA YANG PILIH MALAUN NI MENANG..MCM TAK ADA PENYANYI LAIN...BETUL LA... LAIN KALI PANGGIL MAT SABU PULOK LA BAGI HADIAN\H PADA PEMENANAG...

Anonymous said...

Sebab itu aku mengata kn admin dn yg menghentam tu sebenar ny tak tau pun apa itu politik.Org berpolitik mereka pun nk berpolitik,dan bagi mereka Malaysia ni mak bapak UMNO yg punya!

Anonymous said...

Saya selalu (terdengar) bukan nak dengar. nanyian Dayangku Intan. Tak sedap langsung. Memang layak jadi pembangkang sebab suara dia sumbang. kekeke

Anonymous said...

Memang tak salah nak pilih sesiapapun, tetapi yang jadi masalah ialah Dayangku Intan belum layak terima anugerah tu, andaikata dia sokong kerajaan sekalipun. Kerana realitinya ada lagi artis lain yang lebih layak.

Dayangku Intan tu sengaja dipilih untuk menimbulkan sensasi dan kontrovasi. Biasalah dunia glamour artis yang sentiasa mahu yang sensasi.

Macam ni lah saya bagi contoh mudah: Tahi anjing najis tak ada sesiapa yang ambil kesah....tetapi cuba kalau letakkan tahi anjing tu atas meja restoran terkenal, pasti orang ribut dan jadi cerita sensasi.

Anonymous said...

Mana ada Dayangku Intan terima anugerah?.... Dia hanya menyanyi, mewakili penyanyi2 lama ...tu jer turut menyanyi dlm segmen itu ialah Khatijah Ibrahim dan Jay Jay..


Tapi tak taulah kenapa Astro pilih Dayangku Intan...mcm la dia famous sgt. What is so great about Dayangku Intan? Ramai lagi penyanyi yg berkualiti. Rasanya saja nak pikat hati penyokong2 PKR kot.

Anonymous said...

smenjak aku Nampak wajahnya di pentas pas, tak selera lagi aku nak mendengar suaranya. malah aku bakul sampahkan cakra lagu-lagunya masa tu juga.