Wednesday, December 11, 2013

DIRGAHAYU Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan


Patik memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala pada hari ini 11hb Disember 2013 bersamaan 8 Muharam 1435H, berkesempatan sekali lagi rakyat negeri Selangor Darul Ehsan menyambut hari keputeraan yang ke 68 baginda DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL HAJ.

Sebagai anak jati kelahiran negeri Selangor ini, patik merafak sembah dan menjunjung kasih memohon doa semoga kebawah Duli Tuanku dipanjangkan umur, beroleh kesejahteraan, dan dikurniakan kesihatan yang baik, agar dapat terus berada diatas tahta singgahsana memimpin rakyat, amiin..

Patik turut mendoakan negeri yang dicintai ini akan senantiasa aman damai, sejahtera, dijauhi dari sebarang musibah, bencana dan juga gangguan daripada golongan manusia yang tidak bertanggungjawab serta tidak sayangkan keamanan dan keharmonian.

DAULAT TUANKU Sembah Patik Harap Diampun

1 comment:

Anonymous said...

Daulat tuanku!

Anak jati selangor