Saturday, December 28, 2013

FlashMOB Bodoh Pembangkang GAGAL... Muslimah PAS Salahkan Abby Abadi?


Bertempat di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur, telah diadakan satu Flashmob bagi membantah kenaikan tarif elektrik yang dikatakan bakal membebankan rakyat.

Program yang dipercayai anjuran Pakatan Pembangkang itu turut dihadiri oleh pimpinan dari Pas Wilayah Persekutuan. Selain itu, pihak penganjur turut menyediakan petisyen kononnya untuk ditandatangani oleh orang ramai sebagai tanda sokongan terhadap program yang djalankan.

Menurut salah seorang ahli jawatankuasa penganjur yang ditemui, mereka menjangkakan sebanyak 10,000 tandatangan dapat dikumpul dan akan diserahkan kepada pihak Menteri yang bertanggungjawab menjelang acara kemuncak yang akan diadakan pada malam sambutan tahun baru.

Program yang bermula dari 5.00 petang itu, berakhir pada jam 7.00 petang di beberapa lokasi LRT antaranya Stesyen Masjid Jamek, Damai, Keramat, Segambut, Kampung Baru, dan Bangsar.

Namun yang paling menarik ialah, program tersebut GAGAL mendapat sambutan seperti yang dharapkan. Menurut pemerhati yang hadir di program tersebut, hanya sekitar 50-70 orang warga kota sahaja yang berminat untuk menandatangani petisyen yang disediakan oleh pihak penganjur itu.


Lebih malang lagi, petisyen tersebut langsung tidak menepati seperti kebiasaanya. Ini kerana mereka yang ingin menurunkan tandatangan, tidak perlu mengunakan nama sebenar, nombor kad pengenalan dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, sesiapa sahaja boleh menurunkan tandatangan dan orang yang sama boleh mengunakan pelbagai nama dengan berulang kali.

Menarik bukan....!

Ini bermaksud pengajur cuba menipu orang ramai kononnya program yang dianjurkan mendapat sokongan. Ertinya walaupun mereka hanya mampu mengumpulkan 500 tandatangan, namun ada kemungkinan wujud penipuan bagi memastikan kononnya ia mendapat sambutan.

Kesimpulannya, selepas GAGAL merampas pentadbiran Putrajaya di dalam Pilihanraya Umum yang lalu, pembangkang tidak lagi mendapat sokongan rakyat secara keseluruhan. 

Malah pelbagai penipuan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim di dedahkan kepada umum, rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap mereka.

Maka untuk mengembalikan keyakinan rakyat, mereka perlu mementaskan dram penipuan yang baru, bagi memastikan sokongan dapat diraih kembali. Namun bak kata orang dulu-dulu, mana mungkin rakyat tertipu lagi.

3 comments:

Anonymous said...

MIK,
Saya memang bantah semua kenaikkan. Terselah kelemahan DS Najib selaku PM Malaysia. Semua kenaikkan yg berlaku dan bakal naik adalah di sebabkan pemandu yg bangang.

Najib dah kena check dgn pemandu.

Pemandu sebenarnya menentang arus. Pemandu peduli apa dgn rakyat.?

MIK,
Aku ni pengundi Umno dan BN. Dulu kini selamanya.

Adakah aku bagi undi utk kenaikkan ini?

Kalau puak puak ni dtg kat aku utk tanda tangan, aku conform turunkan tandatangan aku sebagai protes.

Kalau umno x nak buat, pembangkang buat so kenapa perlu memperlekehkan mereka?

Kenaikkan barang, tariff, minyak dan lain lain naik bukan sebab pembangkang..tapi sebab bn sendiri yg bangang biarkan pemandu buat keputusan yg boleh naikkan darah rakyat.

Sepatutnya blogger mcm MIK ni tegur la BN dan kerajaan..ni tak..macam mengiakan cakap menteri cap ayam..

MIK,
Silap hari bulan, aku akan protes umno dlm pru14.
Protes aku senang je..tak keluar mengundi..jadi kau bayangkan berapa ramai yg bg undi kat shah alam? So shah alam ni khalid samad kan? Kau bayangkan kalau yg vote umno ni swing vote..tak ke sadis...

Pikir la mik..ada benda boleh kita perlekehkan lawan..tapi lekehan tu sebenarnya kat kita..jadi benda ni kita tak boleh bagi muka pada umno, bn, kerajaan dan pemandu

Anonymous said...

Buat kerja bodoh. Bil elektrik hanya naik 10 ke 30 peratus pun nak bantah, tapi yang Selangor naik lesen perniagaan dari 180 ke 400 peratus tak nak bantah ke. Bodoh piang ni la orang nya.

Anonymous said...

desak bubarkan PEMANDU yang memusnahkan. Bodohnya PM kita