Friday, December 27, 2013

Harapan Dari Dato Nalla – Kaum Melayu Jangan Berpecah Belah


Amat menarik menyaksikan apa yang berlaku sewaktu berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan MIUP 2013 hujung minggu yang lalu.

Dalam ucapan dasar Presiden MIUP, Yb Senator Dato S Nallakaruppan melahirkan kebimbangan beliau sekiranya kaum melayu berpecah belah ianya akan merugikan negara kita. Pujian harus diberikan buat Dato Nalla yang mengambil berat mengenai perpaduan kaum melayu.

Berucap dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Parti Bersatu India Malaysia – Malaysian Indian United Party, singkatannya MIUP sebagai Presiden beliau bimbang perpecahan dikalangan kaum melayu seperti yang berlaku mutakhir ini akan membuka ruang untuk musuh-musuh membuat huru hara dan akhirnya negara kita tidak akan aman sepertimana yang kita nikmati sekarang ini.

Bercakap dihadapan 3,000 perwakilan, Dato Nalla berpesan kepada keseluruhan ahli ahli MIUP untuk terus memberikan sokongan yang padu buat UMNO yang mengetuai Barisan Nasional.

Menurut beliau, kaum india merupakan minoriti dan wajib buat mereka untuk menyertai dan menjadi pengikut yang berdisplin menyokong sepenuhnya sebuah parti melayu yang memiliki bilangan majoriti terbesar sebagai warga negara kita ini.



No comments: