Friday, December 6, 2013

Kak Ijat Gumbira Bila Wanita UMNO Dapat Pengiktirafan Sebagai Tulang Belakang UMNO.... Pemuda UMNO Tulang Apa...?

Hati Boss mana yang tidak melonjak kegembiraan apabila segala kerja kuat mendapat penghargaan dan pengiktirafan...?

Tahniah diucapkan kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil apabila secara rasminya YAB Presiden UMNO telah membuat pengumuman Wanita UMNO sebagai Tulang Belakang parti keramat itu....

Najib membuat pengumuman tersebut ketika menyampaikan amanat ucapan perasmiannya di Dewan Merdeka semalam.

KUALA LUMPUR, 6 Dis - Pengiktirafan Wanita UMNO sebagai tulang belakang parti seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini adalah sebagai tanda penghargaan atas bakti, sumbangan serta jasa seluruh golongan wanita di negara ini.

Ketua pergerakan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pengiktirafan itu merupakan satu petanda baik serta isyarat jelas yang disampaikan Najib selaku Presiden UMNO bahawa golongan wanita mesti diberi tempat di landasan arus perdana demi pembangunan negara.

"Bagi pihak 1.3 juta angggota Wanita Umno, saya ucapkan terima kasih kepada Najib kerana ia menunjukkan beliau mempunyai keberanian, misi dan visi untuk mengiktiraf Wanita Umno sebagai bukan lagi sayap parti. Selepas 66 tahun Wanita UMNO berjuang dalam parti, akhirnya kita diiktiraf atas pengorbanan kita kepada UMNO," katanya kepada pemberita di sini.

Najib mengisytiharkan pergerakan Wanita Umno secara rasmi sebagai tulang belakang parti semasa menyampaikan ucapan dasar sebagai pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Pengiktirafan itu berasaskan peranan, kerja keras dan sumbangan besar wanita dalam memastikan kejayaan parti dan pembangunan negara selama ini dan berita baik itu sekaligus memenuhi hasrat pergerakan itu untuk mendapat pengiktirafan seumpamanya daripada pucuk pimpinan UMNO.

2 comments:

Anonymous said...

pemuda umno tulang sotong

Anonymous said...

Tulang bangkai bg anjing mkn.langsung x de sumbangan