Thursday, December 19, 2013

Kapal Titanic Tenggelam Apabila Kapten Edward J Smith Tak Peduli Amaran Aisberg…. UMNO Pun Boleh Karam Kalau Omar Ong Asyik Bagi Wrong Advise Kepada Najib



Tak siapa menyangka kisah ngeri tragis yang berlaku pada 14 April 1912 apabila sebuah kapal penumpang terbesar didunia tenggelam ditelan lautan Atlantik….

Disaat kapal ini dilancarkan, terdengar suara suara mendabik dada dengan sungguh bongkak dan sombong melaungkan slogan, '"Tuhan pun tidak mampu menenggelamkannya.."

Begitulah  ungkapan kata kata sombong pemilik dan pencipta Titanic ini, dalam satu majlis makan malam sempena pelancarannya, beberapa hari sebelum kapal ini memulakan perjalanan.

Kemduian itu ditambah pula kenyataan Kapten Edward J.Smith yang dilantik sebagai Nakhoda yang bakal menerajui pelayaran sulung gergasi laut itu, oleh kapal penumpang paling besar, paling mewah, paling canggih di zamannya.
Kata kata Kapten Edward “sepanjang 40 tahun pengalaman aku dalam bidang pelayaran, bermacam cabaran dilalui, pelbagai keadaan cuaca dan ribut telah dirempuh, aku berjaya elakkan segala kemalangan, kerana aku adalah yang terbaik dan tidak pernah gagal dalam setiap misi perjalanan...”
Kapal termahal yang pada mulanya diberi nama Gigantic, sesuai dengan statusnya yang besar dan mewah, kemudian ditukar kepada Titanic yang bermaksud 'Dewa Jahat Perkasa' , dimana ianya telah menelan kos lebih USD7 Juta (pada masa itu), mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan, serta melibatkan 5 ribu tenaga kerja itu akhirnya tenggelam menjadi tukun pembiakan ikan di dasar lautan Atlantik hanya selepas 4 hari belayar merentasi samudera dari Southampton, England menuju ke New York.

Sungguh tragis kan…?

Timbul pula persoalan kenapa Kapten Edward J.Smith mengabaikan dua peringatan yang dihantar oleh kapal-kapal lain yang memberitahu tentang kehadiran aisberg di laluan, amaran untuk berhati-hati namun tak diperdulikan…!

Adakah kerana sikap bongkaknya yang mengandaikan Titanic sememangnya hebat dan mampu mengatasi segala halangan…?

Adakah kerana enggan mempermalukan diri, maka Kapten Edward juga tidak meminta bantuan daripada empat buah kapal kapal yang ketika itu berada berhampiran dan boleh membantu…?

Lebih malang lagi, dua  isyarat kecemasan dihantar tidak disertakan kod tepat untuk meminta bantuan segera… Apabila isyarat ketiga diterima, segala-galanya sudah terlewat kerana Titanic sudah mulai karam dan kapal kapal lain sudah terlalu jauh….!



Sebelum Pilihanraya Umum ke 13, YAB Datuk Sri Najib mahukan sokongan padu rakyat…. Itu sudah pasti sebagai seorang Perdana Menteri beliau mahukan mandat yang mantap!

Mengetuai perang politik, mengepalai PRU 13, Najib harus ada WOW faktor untuk yakinkan rakyat untuk terus memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan. Mana mungkin untuk mendapatkan keyakinan para pengundi, BN tidak ada membuat apa apa ‘offer’ untuk rakyat…?

Tambahan pula, pihak Pembangkang semakin disukai rakyat dengan kedudukan mereka yang berjaya menguasai Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Manakala diperingkat Parlimen pula, pihak Pembangkang sudah ada lebih 40 peratus wakil rakyat mereka sejak tahun 2008.



Iya, lihatlah diatas sana janji janji yang dibuat oleh Najib! JOM kita lihat apa yang BN janjikan kepada rakyat sebelum PRU 13.

Anda boleh baca dengan jelas, perkara janji kelima dengan jelas menyebut;
Mengurangkan Bayaran TOL Antara Bandar Secara Beringkat Peringkat.

Jelas..?

Itu janji dari siapa….?

Janji dari Anwar Ibrahim atau janji dari Najib…?

Kenapa pada saat ini tidak mahu menepati janji sedangkan slogan BN adalah ‘Janji Ditepati’ ?

Najib tidak boleh dipersalahkan dalam hal sebegini...! Kita harus melihat siapakah dibelakang tabir membuat keputusan keputusan yang kurang bijak ini...

Siapakah Punaisihat Punaisihat kepada YAB Perdana Menteri memberikan lorong jalan yang boleh menjahanamkan BN dan mengundang kebencian rakyat…?

Kembalilah ketas sana, kisah kapal Titanic yang karam…..

Kapten Edward J Smith tak mahu dengar amaran yang boleh membahayakan kapal yang besar itu akhirnya tenggelam!

Fikir-fikirkanlah….. 

9 comments:

ajai62 said...

Assalam Bro

Aku tetap salahkan Najib sebab penasihat2 tu dia yang lantik... Takanlah dia bebal sangat sampai tak bole baca isi hati rakyat... Bertwit dan berFB bukan main...tapi takan tak baca keluhan rakyat yang dihantar... Agaknya berita yang sampai pada Najib mesti yang WOW factor aje sebab dah ditapis oleh pencacai2 yang ada di sekeliling diri Najib... sebab tu PRU 13 kalau tak ada orang Melayu dah lama Najib jadi ketua pembangkang...

Anonymous said...

Najib kalau dia tak jadi pm lepas ni pun dia dah kaya raya,rakyat marhaen cam aku ni?orang macam najib ni lagi teruk dari dap,dari pas,dari parti liwat semalaya...kenapa benak sangat ?pilih aku pangkah bn,aku ingat diaorang boleh tunaikan segala manifesto yg dijanjikan....tapi ini hasilnya?

Anonymous said...

Isu Tol dan Letrik

Solat Hajat - Rakyat Merintih

Alahai sedih dan sayunya bila saya membaca rintihan dan ratapan isi hati tuan2.

Saya nak beritahu tuan2. Tak kan di dengari oleh Najib akan rintihan tuan2 itu. Tak kan di ambil peduli ratapan tuan2 itu oleh pak menteri. Memang benar tuan2 mentimun mereka durian. Memang confirm kita mentimun mereka pisaunya. Tidak akan tertunai harapan dan impian kita melainkan kepada ...

Kepada tuhan kita meletakkan harapan agar menurunkan rahmat untuk meringankan penderitaan kita. Tuhan yang mana satu yang berupaya menolong kita ...

Tuhan Harun ... tak mungkin kerana dia pun mengharapkan pertolongan orang lain untuk menolak kerusi rodanya. Tuhan Harun adalah tuhan yang paling lekeh.

Tuhan Ayah Pin Tuhan Kerajaan Langit ... juga tak mungkin dapat menolong kita kerana dia pun dah lari entah kemana. Mungkin sekarang ini Tuhan Ayah Pin sedang bersemayam di Langit Ketujuh bersama2 dengan 70 bidadarinya. Tuhan Ayah Pin adalah tuhan yang paling pengecut.

Tuhan Allah swt ... dia tuhan yang maha berkuasa dan maha mengetahui, dia maha penyayang lagi maha pemurah. Maka kepada Nya lah seharusnya kita meminta dan berhajat. Kenapa tidak semua kita yang rasa terinaya dengan tindakan Najib dan Menteri2 nya mengadakan Solat Hajat minta kepada Allah swt agar Tol dan Letrik Tidak Jadi Naik.

Marilah kita mengadakan Solat Hajat secara besaran2 diseluruh negara. Orang Umno yang tak bersetuju Tol dan Letrik naik, orang Pas yang tak bersetuju Tol dan Letrik naik, NGO Melayu dan Islam yang tak setuju Tol dan Letrik naik ... ayuh kita anjurkan Solat Hajat sebelum tibanya tahun 2014 yang penuh dengan penderitaan mudahan2 Allah jauhkan bala yang bakal dibawa oleh Najib dan Menteri2nya.

Kepada para ulamak Pas, kalau kalian boleh mengadakan Solat Hajat minta Najib pecah perut dan solat hajat minta Umno KO, kenapa tidak pada kali ini kalian anjurkan dan mengimamkan Solat Hajat minta Allah swt halang kenaikan Tol dan Letrik untuk kesejahteraan seluruh rakyat tak kira orang Pas atau orang Umno, tak kira orang melayu atau orang bukan melayu, tak kira orang islam atau orang bukan islam. Insyaalah Tol dan Letrik tidak akan naik jika kepada Allah swt kita berhajat.

Kepada para ulamak Pas saya nak beritahu, memang kalian gagal mendapat pertolongan tuhan dalam 2 Solat Hajat besaran2 yang kalian pernah anjurkan dahulu untuk minta Najib Pecah Perut dan untuk minta UMNO KO. Hajat kalian tidak kesampaian kerana kalian tidak berhajat kepada Tuhan Allah swt sebaliknya kalian berhajat kepada Tuhan Harun dan Tuhan Kerajaan Langit Si Ayah Pin yang tak berupaya nak Pecahkan Perut Najib atau Hancur KO kan Umno.

Semoga para ulamak serta ustad2 Pas sudi memimpin Solat Hajat Kenaikan Tol dan Letrik seluruh negara ... dan berhajatlah kepada Tuhan Allah swt dan bukannya berhajat kepada Tuhan Harun atau Tuhan Ayah Pin. Insyallah.

Al-Abuya.

Anonymous said...

Saya tetap SALAHKAN Najib. Semua punasihat boleh beri bermacam macam nasihat kepadanya.
Kenapa dia begitu BAGANG tidak menapis pelbagai cadangan dan laksanakan hanya yang terbaik!Tidak ada OTAK ke?
Orang boleh cakap macam macam. Hanya Najib yang ada KUASA untuk melaksanakannya. Kalau dia begitu bodoh untuk mengikut segala SURAHAN, jangan salahkan punasihat kalau dia jatuh ke jurang!

Anonymous said...

Najib agak-agaknya lupa PRU tahun 1999. Ketika itu beliau hampir-hampir kalah dengan majoriti yang amat sedikit. Najib ketika itu telah terpedaya dengan laporan2 yang enak didengar oleh orang kanannya. Walhal ianya jauh berbeza daripada apa yang sebenarnya berlaku di peringkat akar-umbi. Natijahnya, Najib telah dimalukan di tempat sendiri. PEMANDU yang telah merosakkan nama baik BN patut dimansuhkan serta-merta kerana rakyat dah meluat dan marah.

Anonymous said...

Politik pandir UMNO, politik pemimpin UMNO yg pandir, sebab Melayu yg taksub dgn asobiayah lantik tak kira pemimpin mereka pandir atau tidak....he he he hancur UMNO, selamat Islam, selamat Melayu, selamat negara!

salim hasan said...

Saya rasa mana mana makhluk bernama manusia yang berakal waras tak akan menerima yang "Najib tak bersalah"dalam soal ni.Yang dia sebagai PM ada cukup kuasa ,kenapa tak guna kuasa dia menerajang punahsihat punahsihat dia yang tak guna satu sen ni? PM jenis apa macam ni siapa yang "make decision"dalm pentadbiran dia?Jawab sikit kalau boleh

Anonymous said...

Apa lagi yang nak cover Najib! Statement Najib tak boleh dipersalahkan ni cukup tak hormat pemikiran rakyat.

Didalam segala hal kepala yang salah sebab silap percaturan. kita kena berani ngaku semua orang buat silap!

Anda selalu dengar anak yang jahat hasil dari salah didikan mak/bapak kan? Lebih teruk ada yang kata salah ibu mengandung walau saya tak setuju ungkapan ini.

Banyak boleh dibuat contoh.

Tapi ini perkara sama penting melahirkan keturunan yang beriman, berilmu dan manusia contoh.

So boleh ke ambil jalan pintas ini bukan salah Najib?

Siapa yang last approve and sign on the dotted lines.

Cuba terangkan sikit.

OM

Anonymous said...

Setuju gn ko! si bebal yg dengar cakap punahsihat dia lah yg paling bangang sbb dia la yg buat keputusan.