Tuesday, December 10, 2013

Kebijaksanaan Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Boleh Bikin Ramai Ahli Parlimen Pembangkang Sakit Dada...

Post mortem SPR yang dikeluarkan semalam adalah berhubung kesukaran Pegawai Pengurus Pilihanraya untuk mengesan status bermaustatin seseorang calon kerana terdapat sesetengah calon yang tidak tinggal dialamat seperti yang diisi dalam borang atau mengikut kad pengenalan mereka. 

SPR akan mengatasi perkara ini dan akan menyediakan panduan kepada pegawai Pengurus Pilihanraya bagi menentukan status bermaustatin seseorang calon.

Peraturan Pilihanraya yang ada hari ini menetapkan seseorang yang ingin masuk bertanding bagi kerusi DUN dia harus tinggal di negeri yang dia bertanding. Manakala untuk bertanding kerusi Parlimen pula dia boleh tinggal dimana-mana asalkan dalam Malaysia

Masalah bertanding tak ikut kawasan ini kebiasaannya timbul di sebelah pihak pembangkang. Orang Johor bertanding di Kelantan. Orang Melaka bertanding di Pulau Pinang. Orang Pulau Pinang bertanding di Kedah. Malah dalam PRU yang lepas kita boleh lihat bagaimana orang Negeri Sembilan pergi bertanding di DUNun Sungai Acheh, Pulau Pinang. 

Sebabnya mereka bukan nak jadi wakil rakyat atau berkhidmat kepada rakyat sangat. Mereka nak guna rakyat sebagai rubber stamp untuk mengesahkan mereka bergelar YB. 

Peraturan menjadi calon yang ada pada hari ini kelihatan agak longgar. Saya ingin mencadangkan kepada SPR agar perkara ini dipinda dan diperketatkan supaya rakyat tidak menjadi mangsa percaturan politik parti-parti politik. Dalam masa yang sama juga kita dapat melahirkan wakil rakyat yang lebih bertanggungjawab.

Apabila ada wakil rakyat yang lebih bertanggungjawab pembangunan rakyat dan kawasan yang mereka wakili juga akan lebih mantap. 

Contoh terbaik dalam kes ini adalah Lim Kit Siang. Dia sering lari dari satu Parlimen ke satu Parlimen lain. Daripada Melaka ke Selangor ke Pulau Pinang ke Perak dan sekarang di Johor. Dimana tempat tinggal dia yang sebenar pun kita tak tahu. Dia tidak perlu komited terhadap tempat-tempat yang di wakili. Kerana apabila datang Pilihanraya sekali lagi dia pindah ke tempat lain pula. 

Ini berlaku kerana peraturan yang sedia ada yang mungkin digubal puluhan tahun lampau dilihat longgar. Boleh bertanding mana-mana kerusi Parlimen asalkan tinggal Malaysia. 

Sedangkan tugas wakil rakyat adalah mewakili rakyat sesuatu kawasan, membantu mereka mengatasi pelbagai masalah yang timbul, serta memajukan kawasan yang diwakili dari segenap aspek. Tetapi jika wakil rakyat sering melompat dari satu tempat ke satu tempat bagaimana nak menolong rakyat atau memajukan kawasan?

Apabila seseorang wakil rakyat itu bukan berasal atau tinggal di kawasan yang dia wakili atau bukan dari negeri berkenaan, sifat tanggungjawabnya akan jadi kurang. Kerana dia fikir dia popular atau partinya popular maka dia boleh bertanding dimana-mana sahaja. 

Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada SPR agar membawa usul ke Parlimen dan  DUN supaya satu peraturan baru yang lebih ketat dikenakan. Tujuannya bukan untuk menyusahkan tetapi untuk melahirkan wakil rakyat yang bertanggungjawab.

Setiap orang yang ingin bertanding kerusi DUN, wajib tinggal di DUN berkenaan atau DUN yang bersebelahan dan wajib berasal di negeri yang dia bertanding dan dia sendiri seorang pengundi dalam DUN berkenaan

Baca seterusnya, di SINI

2 comments:

Anonymous said...

PAS vs UMNO

Apa nak diherankan dengan peel parti Pas ni bro. Biasa lah bagi mereka. Kalau syurga pun mereka berani mengaku mereka boleh tentukan siapa dapat masuk dan siapa tidak dapat masuk, apa lah sangat dengan isu khemah banjir ni.

Contoh paling dekat adalah dalam PRK Sungai Limau tempohari, badan milik orang lain tapi ada ustaz Pas berani pi mengaku kepada public mengatakan " itu adalah tubuh badan saya lah tu yang sedang duduk mengadap MB Azizan dalam bilik di pejabatnya ". Walhal satu dunia tahu itu adalah badan orang lain cuma kepala saja milik ustaz calon Pas yang menang dalam PRK Sungai Limau. ANDA MEMANG HEBAT YB USTAZ AZAM.

Entah lah, bagi saya kalau ustaz Pas cakap walau pun benda yang dia cakap tu kononnya diambil dari dalam quran ... pun saya tak 100% percaya. Sebab bila sekali sahaja mereka cakap bohong maka sampai bila2 pun orang tetap akan kata mereka berbohong walau pun benda yang dia cakap itu betul.

Kasian dengan ulamak Pas, hilang sudah credibility kamu gara2 suka berbohong. Yang masih percaya kepada ulamak Pas hanyalah orang2 Pas yang telah dijumudkan aqal dan fikirannya.

Sekafir2 Umno banyak betulnya jika nak dibandingkan dengan Pas yang islam. Sekafir2 Umno banyak kemajuan untuk agama islam yang dibuatnya jika nak dibandingkan dengan Pas yang pagi petang siang malam tak putus2 menyebut islam.

Itulah perbedaan ketara diantara Umno yang Kafir dengan Pas yang islam.

Ana Muslimah