Saturday, December 7, 2013

Kejap Lagi Najib Dah Gulung Dah... Perwakilan Kekal Retorik "Wa Ampu Sana.., Wa Ampu Sini" ? Na' Aam..., Na' Aam...


Setiap tahun bila datang bulan Ramadhan semua surau dan masjid penuh sesak, terutamanya pada dua minggu awal bulan yang mulia itu…

Ketika itu solat isya’ penuh sesak di surau dan masjid, sehinggakan payah untuk cari parkir meletakkan kenderaan. Meriah sungguh fenomena, mahsyur sungguh rumah ibadah umat islam! Tetapi apabila berlalunya bulan Ramadhan maka sunyilah kembali surau surau dan masjid masjid. Sunyi dan sepi… Untuk solat berjemaah, saf di masjid hanya tinggal beberapa baris sahaja, disesetengah tempat hanya tinggal satu saf!

Itulah gambaran mudah mentafsirkan sesuatu ‘budaya’ acara tahunan yang berlaku mengikut musim dalam kehidupan orang melayu. Untuk memberikan gambaran yang sama, inilah juga kisahnya dengan Persidangan Agung UMNO mutakhir ini. Gelagat peserta, pemerhati, perwakilan dan kepimpinan UMNO yang dapat dirakam ketika berlangsungnya persidangan parti melayu ini setiap tahun…

Dalam sesi perbahasan bukan main lagi berkompang riuh rendah berkata itu dan ini. Ada yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan ‘personal glory’ agar dapat mempromosikan diri sendiri supaya nama mereka akan mahsyuuur….

Kenapa perwakilan yang datang negeri yang UMNO hilang kuasa tidak memperhalusi secara terperinci punca sebenar protes pengundi pengundi ‘melayu bandar’ kepada calon calon BN..?  Sebagai contoh, miskin bandar adalah paling ketara di Lembah Klang.

Adat berucap apabila diberikan peluang…. Apa lagi? Hanya puji ucapan dasar , namun hakikatnya ia tak kena dan dirasai oleh melayu miskin bandar di Lembah Klang.

Tentu kita masih ingat dan pasti segar dalam ingatan, dulu masa Tun Dr Mahathir jadi Presiden UMNO, baik ucapan dasar mahupun penggulungan, sudah pasti ramai kelas bawahan melayu menunggu petir demi petir yang Tun Mr akan sampaikan.

Pelajar Tingkatan 6, Pemandu Teksi, Pembantu Am Rendah, pekerja swasta menunggu dari awal klimaks pukulan Tun Dr Mahathir yang kebanyakan isinya akan menguntungkan Melayu Middle Class…!

Iya, itu  dulu dikala saat hampir majoriti melayu merasai nikmat ekonomi. Saat dan ketika majoriti melayu “merasai setiap Ringgit yang mereka perolehi sememangnya berbaloi dengan apa yang mereka mampu beli”

Namun begitu, apakah hakikat sekarang…?  Baca seterusnya di SINI

2 comments:

Anonymous said...

Berkata benar la walaupun pahit...jangan asyik nak mengampu saja...

Anonymous said...

Bukan meka dlm tu yg menangkan bn..umno..swk yg memenangkan..if not u all nothing maa