Wednesday, December 4, 2013

Petikan Ucapan Muhyiddin Semalam…. UMNO Akui Wanita Jauh Lebih Baik Dari Pemuda Dan Puteri


Lebih sejam tempoh waktu ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin sewaktu merasmikan serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.  Antara intipati dan petikan ucapan beliau agak ketara menyaksikan ‘endorsement’ yang mantap diberikan oleh UMNO buat Pergerakan Wanita UMNO.
Pergerakan Wanita adalah pembawa obor perjuangan UMNO. Dalam setiap medan pertempuran UMNO menghadapi pilihanraya, pergerakan Wanita setia berada di barisan paling hadapan membawa mesej parti kepada para pengundi. Pergerakan wanita sentiasa bersemangat waja merayu undi tak kira panas, hujan, ribut, taufan, mereka tetap setia berada di medan perjuangan. Wanita tidak pernah berundur walau selangkah. Orang kata, di sebalik kejayaan seorang lelaki di belakangnya adalah wanita. Maka dalam konteks parti kita, di sebalik kejayaan UMNO di belakangnya adalah pergerakan wanita kita. Selaku Timbalan Presiden parti, saya wajib memberikan pengiktirafan kepada sumbangan Wanita yang sebenarnyalah tulang belakang UMNO. Tahniah wanita…!
Jelas perakuan itu yang merujuk kepada rekod yang tercatat sememangnya jentera Wanita memang menjadi tonggak dalam banyak kejayaan dan kemenangan UMNO pada beberapa Pilihanraya Kecil yang rancak berlaku dari tahun 2009 sehinggalah tahun 2012.

Muhyiddin sebut “Wanita setia berada di barisan paling hadapan membawa mesej parti kepada para pengundi. Pergerakan wanita sentiasa bersemangat waja merayu undi tak kira panas, hujan, ribut, taufan, mereka tetap setia berada di medan perjuangan. Wanita tidak pernah berundur walau selangkah.”

Manakala buat Pemuda dan Puteri UMNO pula, Timbalan Presiden hanya memberikan kata kata semangat tanpa menyebut sedikit pun apa apa testimoni cemerlang yang pernah disumbang oleh Pemuda dan Puteri.
“Pergerakan Pemuda dan Puteri adalah pewaris perjuangan UMNO. Masa depan perjuangan UMNO bergantung kepada citra generasi pelapis UMNO yang berada di dalam Pergerakan Pemuda dan Puteri hari ini. Jika Pemuda dan Puteri hari ini kental daya juangnya, hebat pemikirannya, kukuh imannya, kuat jatidiri Melayunya, mulia akhlaknya, saya percaya obor perjuangan UMNO akan terus menyala, dan rakyat akan terus memberikan keyakinan kepada UMNO sebagai parti tempat mereka bernaung. Inilah ciri generasi UMNO yang ingin kita lahirkan.


Muhyiddin sebut “Jika Pemuda dan Puteri hari ini kental daya juangnya, hebat pemikirannya, kukuh imannya, kuat jatidiri Melayunya, mulia akhlaknya, saya percaya obor perjuangan UMNO akan terus menyala, dan rakyat akan terus memberikan keyakinan kepada UMNO sebagai parti tempat mereka bernaung.”



Apabila seseorang itu menyebut perkataan “jika” ianya membawa maksud sesuatu yang belum berlaku dan diharapkan akan berlaku…. Maknanya, Pemuda dan Puteri tidak lagi mencapai tahap kecemerlangan..?



Membuat perbandingan bait bait ucapan diatas, teringat pula kisah petugas Wanita UMNO kena belasah sewaktu bertugas di Pilihanraya Kecil Sg Limau baru baru ini. Mana perginya hulubalang hulubalang Pemuda UMNO ketika itu…?


No comments: