Sunday, December 15, 2013

Suzardi Maulan TAK Cukup Ilmu Pengetahuan TAPI Mahu Kritik Tabung Haji Dalam Pelaburan Shariah...?

Seorang anak muda mengakui dirinya seorang Islamic Financial Planner yang berkebolehan untuk melatih orang ramai urus duit gaji dan pelaburan saham...

Kelmarin beliau ada membuat ulasan mengenai pelaburan bernilai RM482 Juta yang disifatkan mempunyai 'Risiko Kepatuhan Syariah' atau Risk of Syariah Non Compliance.

Setelah diperhalusi setiap baris ayat kupasan yang dibuat, ternyata beliau belum lagi 'khatam ilmu' pelaburan tetapi sudah cuba mengeluarkan fatwanya sendiri....

Kesimpulannya, beliau mempersoalkan tindakan yang dibuat oleh pihak Tabung Haji [TH] yang membuat pelaburan kepada beberapa syarikat syarikat yang tersenarai untuk urusniaga di Bursa Malaysia tetapi syarikat syarikat tersebut yang tidak disenaraikan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti sebagai Syariah Compliance.

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 29 November 2013 telah meluluskan senarai terbaru sekuriti patuh syariah berdasarkan kaedah penyaringan sekuriti yang telah disemak semula.

Antara kriteria penyaringan yang ketara penukarannya adalah dari segi:
1. “Conventional Income Level”
2. “Conventional Debt Level”
3. “Conventional Cash Deposit Level”

Oleh yang demikian banyak syarikat di Bursa Malaysia yang dahulunya patuh syariah telah terkeluar dari senarai ini.

Namun begitu syarikat-syarikat tersebut juga diberi masa selama 6 bulan (sehingga 31 Mei 2014) untuk memastikan mereka kembali mematuhi syarat patuh syariah terbaharu yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

Sebagai contoh pada 3 Disember 2013, SP Setia telah membuat pengumuman bahawa syarikatnya akan kembali tersenarai patuh syariah dengan penstrukturan yang telah dilakukan.

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti juga menyatakan bahawa semua pelabur yang memegang saham-saham syarikat yang terlibat dibenarkan menyimpan dividen atau keuntungan modal hasil dari pelupusan sekuriti tersebut sepanjang tempoh 6 bulan ini dan pendapatan tersebut masih diklasifikasikan sebagai patuh syariah.

Sebagai pemegang saham, TH telah mengambil tindakan yang proaktif melalui perbincangan dengan syarikat-syarikat yang terlibat bagi mengenal pasti prospek syarikat tersebut kembali patuh syariah dalam masa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Ahli-ahli Jabatan Pelaburan, Panel Pelaburan, Panel Shariah dan Lembaga Pengarah TH sentiasa memantau semua aktiviti pelaburan TH bagi memastikan pelaburannya sentiasa patuh syariah.

TH sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dalam membuat pelaburan bagi menjamin pelaburannya sentiasa patuh syariah. TH mempunyai masa enam (6) bulan untuk menyimpan dan menjual saham-saham tersebut sehingga 31 Mei 2014.

Garis panduan ini boleh dirujuk di lamansesawang Suruhanjaya Sekuriti.

3 comments:

Anonymous said...

soalnya nama tu orang malaysia ke dia atau sebagai proxy kpd pihak yg berkepentingan?Kalau Kjaan nak dengar dan layan pun biarlah pngkritik tu mrupakan anak jati Malaysia barulah keiklasan kritikannya tidak akan dipertikaikan sekiranya benar2 berniat untuk kebaikan negara dan kepentingan rakyat negara ini!

usin said...

apa agendanya? dgn menjadikan pendeposit2 tabung haji menjadi ragu2, kesan besar mungkin akan berlaku. bukan saja2 begitu, ada agenda besar tu. berhati2 dan kepada pendeposit2 tabung haji, LTH ada jawatankuasa syariahnya sendiri. jika deposit/pelaburan kita tidak halal, dosa akan ditanggung oleh mereka kerana tidak telus.

Anonymous said...

Mcm pelaq mamat ni.cari publisiti murahan