Thursday, December 5, 2013

Ucapan Dasar Presiden UMNO Pagi Ini..... Apakah Akan Ada Isi Kandungan Yang Menarik..?

Sudah pasti susuk tubuh badan dan apa saja tutur kata bicara YAB Datuk Sri Najib pagi ini akan mendapat perhatian jutaan rakyat Malaysia pagi ini....

Najib sebagai Presiden UMNO akan menyampaikan amanat beliau pada Persidangan UMNO kali ke 67 di Dewan Merdeka PWTC dihadapan ribuan perwakilan dan jutaan rakyat yang akan menyaksikan menerusi siaran langsung di kaca tv dan juga menerusi portal yang membuat live streaming.

Persoalan paling penting, apakah isi kandungan dan intipati ucapan Najib..? 

Kemanakah arah tujuan perjuangan UMNO yang pagi ini bersidang buat julung julung kalinya setelah Pilihanraya Umum ke 13. Kalau pada Persidangan Agung tahun lepas, kita melihatkan Najib bersama ramai pimpinan UMNO 'membakar' obor perjuangan untuk masuk gelanggang PRU 13.

Tetapi kali ini, persidangan dijangkakan akan membincangkan serta meleraikan beberapa kekusutan....! Banyak sok-sek dan bunyi suara sumbang bersahut-sahutan sebelum dan selepas PRU 13.

Sebagai contoh, isu calon PRU, isu mencari salah siapa diatas kegagalan BN meraih kemenangan 2/3 dan merampas kembali negeri negeri yang dikuasai oleh Pembangkang, isu pengkhianatan undi kaum cina, isu kenaikan harga barang, isu kekecohan sistem pemilihan UMNO dan ada lagi isu isu panas yang membuatkan beberapa pimpinan UMNO diperingkat bawahan menjadi pening pening lalat....

Kita tungguu....!!

2 comments:

Anonymous said...

Seperti biasa perwakilan akan cakap ini adalah ucapan dasar terbaik dari presiden. Umno akan membawa umat melayu kehadapan dan umno akan terus membela melayu......perwakilan berbahas lepas tu semua puji presiden...bentang usul...dan seperti biasa lepas ni semua lupa...usul kekal diatas kertas.....hampeh

Anonymous said...

itu standard of procedure umno.tak leh lari.pemimpin bersin pun depa bertepuk tangan bersorak gempita.