Wednesday, December 4, 2013

Ustaz Kazim Dah Tolak Tawaran Menjadi MT UMNO.... Najib Patut Gantikan Dengan Satu Satunya Mursyidul Am Yang Menyokong Najib

Sudah pun tersebar khabar berita sejak semalam, Ustaz Kazim Elias menolak tawaran lantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Siapakah calon yang layak untuk mengisi kepada kekosongan tersebut? Sekiranya masih mengambil kira kuota lantikan itu atas kategori gelaran ustaz, apakah ianya menjadi satu cadangan yang baik jika Najib memilih seseorang 'bertaraf' Mursyidul Am agar mengisi kekosongan jawatan itu...?

Umum mengetahui bahawa dalam negara kita Malaysia hanya ada DUA sahaja Mursyidul Am.

Satu milik sebuah parti yang menjadi pak angguk dan kuda tunggangan kepada DAP...

Satu lagi adalah Mursyidul Am yang menjadi benteng kepada pelbagai tohmahan serangan fitnah terhadap pimpinan atasan UMNO khususnya YAB Datuk Sri Najib dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Iya, demikianlah perbezaan watak dan peranan diantara dua Mursyidul Am dalam negara kita. Nik Aziz menggunakan jawatan beliau sebagai Mursyidul Am untuk memperdagangkan dan menjual agama.

Beliau sanggup menjadi pencacai kepada pimpinan DAP. Manakala Zahid Md Arip pula seorang Mursyidul Am TIBAI yang bekerja keras menyerang habis-habisan juak juak Pembangkang...!

Adalah sangat wajar untuk Najib perlukan watak seperti Mursyidul Am TIBAI berada dalam saf kepimpinan tertinggi UMNO. Sudah terbukti testimoni cemerlang Zahid sekiranya kita mahu ukur prestasi dan membuat KPI untuknya.

Beliau lantang dan berani mengkrtitik secara fakta. Kalau kita imbas kembali, Zahid pernah bertungkus lumus membuat roadshow untuk menjelaskan isu cincin 24 juta yang menjadi bahan fitnah Pembangkang....

Mari kita saksikan dua video klip dibawah ini;




2 comments:

Anonymous said...

Saya sokong 100%.

Anonymous said...

Sokong 100%