Tuesday, December 17, 2013

Wahid Omar Menteri Yang Bodoh Atau Menteri Kurang Cerdik....? Yang Mana Satu?

Untung nasib barisan kabinet dibawah kerajaan YAB Datuk Sri Najib ibarat "sudah jatuh ditimpa tangga" apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Wahid Omar membuat kenyataan bangang dalam respon beliau mengenai kenaikan kadar baru TOL yang hangat diperkatakan kini....

Tindakan menaikkan kadar tol sudah mencukup membuatkan rakyat menjadi meluat dengan cara pentadbiran serta cara urus ekonomi negara, apabila ditambah pula dengan terpaculnya kenyataan yang bangang dari seorang Menteri, bertambah-tambah dan bertingkek tingkeklah rasa menyamppah rakyat dengan kerajaan dibawah pimpinan Najib. Itulah kaitannya dengan ungkapan 'sudah jatuh ditimpa tangga'.

Tidakkah pihak kerajaan khusunya jemaah menteri kita semua tahu bahawa 'modal besar' yang didendangkan oleh juak juak Pembangkang ketika kempen PRU 13 mereka berjanji akan turunkan dan mungkin akan hapuskan TOL...?

Oleh kerana rakyat masih ada keyakinan dengan YAB Datuk Sri Najib dan barisan kabinetnya maka pada tanggal 5 Mei 2013, masih kekal lagi tampuk kerajaan dan kuasa pemerintahan negara ditangan BN. 

Iya, rakyat yakin dengan kepimpinan Najib untuk ada sikap "kepedulian" dengan masalah ekonomi rakyat....

Tetapi apabila akan berlakunya kenaikan kadar TOL yang akan dilaksanakan tak lama lagi, sudah pasti anda semua tahu apa yang ada dalam benak pemikiran rakyat yang telah memberikan mandat kepada BN...

Tatkala masalah 'poket rakyat' masih belum menemui solusi serta jalan penyelesaian yang baik, beberapa bulan selepas PRU 13 harga petrol naik.... 

Rakyat dah mula mengeluh! Kini dah ada usaha mahu naikkan kadar TOL yang baru?

Walaupun kenaikkan kadar TOL ini bukan secara keseluruhan, tetapi bagi penduduk di Lembah Klang hampir kesemua jalanraya yang ada memang akan menghubungkan mereka dengan jalan jalan TOL sekiranya mahu ke bandaraya dan bandar bandar utama....

Malah kita tidak boleh nafikan bahawa hampir kesemua jalan masuk TOL di Lembah Klang ini masih tidak bebas langsung dari "traffic jam" sehinggakan ada di sesetengah tempat, sebaik sahaja anda masuk lebuhraya tersebut akan terus terperangkap dengan "traffic jam" ! 

Bayar TOL untuk berada dalam kesesakan jalanraya..? Lihat bukti dibawah ini...

Setiap kenaikan kadar tol sebenarnya menambahkan lagi keuntungan syarikat konsesi sedangkan rakyat terus terbeban dengan tekanan ekonomi...

Hakikat yang sebenarnya,  syarikat konsesi sudah mendapat keuntungan berlipat kali ganda dan ia sentiasa bertambah setiap tahun.

Apabila sebagai seorang Menteri seperti Wahid Omar membuat kenyatan yang bodoh menyebut 'guna jalan biasa jika menganggap kenaikan TOL terlalu tinggi' ianya langsung tidak menghormati perasaan rakyat yang telah memberikan mandat kepada kerajaan BN. Kenyataan yang sangat biadap!

Apakah kita mahu mengundang kemarahan rakyat ini ditafsirkan menerusi kertas undi PRU ke 14 dimana rakyat punyai kuasa untuk ubah kerajaan...?

Mari kita baca luahan hati sahabat Blogger kita di SINI.

27 comments:

Anonymous said...

Beb lu dah kena kelentong malaysian insiders. Gua pun dah fed-up barang naik. Nak kritik tol pun jgn salah orang.

Salahnya najib yg dok dgr omar ong

Anonymous said...

AKU RASA AKU NAK LANGGAR PENHADANG TOL BG PECAH N PATAH....nk bg HAVOC skit crita tol bole msuk TV3 N jd hero tol...

usin said...

wahai dato' sri najib razak. apa pasal menteri2 kabinet dato' sri ni melampau sangat? tarif letrik awal tahun depan naik, tol pulak kerajaan nak naikkan sedangkan syarikat konsesi cakap belum masanya nak naik. tak lama tambang lrt juga ikut naik. tambang bas dah sebut nak naik jugak. ni apa hal ni? janji masa pilihanraya hari tu apa? nak menangani kos hidup rakyat, betul tak. inikah caranya? masa naikkan harga gula tempohari, memang la harga gula naik 35 sen je sekilo. itu kalau kita beli gula nak pakai kat rumah. paling banyak, 2 kilo sebulan. tak sampai singgitpun. tapi bila minum kat kedai, segelas teh o ais naik sampai 20 sen! tak ke gila tu? sekilo gula boleh dapat lebih 30 gelas. tak pasal2 kedai untung lebih 6 ringgit dengan modal tambahan 35sen! ini la yang dikatakan menangani kos sara hidup rakyat dalam manifesto? sudah2 la tu dengan akal bengap dan bebal serta takde hati perut nak naikkan marah rakyat. dalam rumusan hamba, dengan kenaikan kos itu ini begitu begini tahun depan, jika kita biasa kena keluar belanja rumah RM2000, kita akan kena topup lagi RM500 setiap bulan. transformasi? rasionalisasi? air liur basi?

Anonymous said...

Bodoh-bodoh Wahid,Najib lantik dia jadi menteri,dia pun dah berjaya melonjakan prestasi Maybank yg menghasilkan pendapatan berbelion ringgit kepada GLC dan ratusan juta I.Tax utk kerajaan.Para Bloger macam Blog Mik ni cermin-cerminlah diri,jang hanya tahu pandai kutok org je.Aku dah naik benci dgn mejority Bloger kononnya pro kerajaan,sebab ramai yg tahu kritik saja tak tahu baiki diri sendiri pun,jauh sekali utk merubah minda masyarakt.Melayu akan hanyut kalau paerangai macam ni.

Anonymous said...

Dearing tahu rakyat memng bngng akn terus sokong bn

Anonymous said...

menteri bodoh..!!! inilah masalahnya bila lantik menteri bukan dikalangan pilihan rakyat melalui PRU... mereka tak merasai keperitan hidup rakyat... yang melantik depa tu pun bebal juga...

Anonymous said...

Nak tanya Wahid , kalau dari shah alam nak ke klia , ikut jalan manayg takde tol.?

Anonymous said...

Menteri JPM Yang amat BODOH termasuk yang LANTIK...Wahid Pukimak bukan faham pasal Rakyat sebab dia tidak perlukan UNDI untuk dapat Jawatan Senator.....Baik Halau balik join Maybank jaga bank...Haram jadah baik mampus cepat....Pengundi BN yang Kecewa..

Anonymous said...

Tak pe biarkan,nanti PRU 14 BN dgn Najib boleh melingkup.

Anonymous said...

Saudara Blogger

Siapa control siapa ? Adakah Pas control DAP atau DAP control Pas ? Saya, anda dan kita2 yang berada diluar Pas dah nampak bahawa Pas memang sah berada di bawah pengaruh DAP. Tetapi sedihnya kawan2 kita yang berada dalam Pas tidak nampak akan hal ini. Sebabnya kalau mereka nampak sudah tentu mereka secara perlahan2 akan memisahkan diri daripada Pas. Kerana memang sah Pas tidak boleh diharapkan untuk menjaga islam dan melayu.

Nak kan bukti ? Ini dia cerita terbaru sebagai buktinya.

Berita terkini, keluar dalam paper. Mat Sabu ganti Salleh Man sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang. Mungkin ada yang tanya balik saya, apa ada kena mengena dengan dakwaan saya " DAP control Pas ".

Mungkin orang Pas sendiri tak sedar bahawa Kerjaan DAP Pulau Pinang tak selesa dengan Pas Pulau Pinang di bawah teraju Salleh Man. Pas di bawah Salleh Man minta 4 benda kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang :

(1) Jangan masuk campur dalam urusan keputusan MAIP.
(2) Tambahkan Ahli Majlis PBT dari kalangan orang Pas.
(3) Beri hak untuk Pas menentukan siapa patut jadi JKK dikampong2 yang ahli Pas dominan.
(4) Tambahkan kouta Ahli Lembaga Pengarah dari kalangan orang Pas dalam agensi atau anak syarikat kerajaan negeri.

Kemuncaknya, Pas di bawah Salleh Man mengugut akan melepaskan semua jawatan dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang jika 4 benda itu tidak ditunaikan.

SEPATUTNYA. Jika Pas benar2 ada maruah, jika Hadi Awang benar2 ada maruah, jika Hadi Awang benar2 seorang yang berani. Pas atau Hadi Awang seharusnya mendesak dan beri kata dua kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang, " Penuhi tuntutan Pas Pulau Pinang atau Pas akan mengkaji semula kerjasama Pas-DAP ".

TETAPI. Hadi Awang telah bertindak " jantan " dengan mengorbankan Salleh Man. Sekarang kita nak tanya, siapa yang tidak mahu kepada Salleh Man, adakah Hadi Awang yang tak mahu Salleh Man atau Lim Guan Eng yang tak mahu Salleh Man ?

JELAS. Jelas sejelas2nya. Memang sah Hadi Awang takut kepada Lim Guan Eng. Memang confirmed Pas is being controlled by DAP.

HARAPAN. Hendaknya akan ada lah pelawat blog ini yang mungkin orang Pas atau pro Pas, yang mampu untuk mengemukakan hujah bagi menafikan dakwaan saya " BAHAWA PAS SESUNGGUHNYA DIKAWAL (CONTROLLED) OLEH DAP " bersandarkan insiden Mat Sabu Ganti Salleh Man.

Ana Muslimah

Anonymous said...

Wahid tak bodoh. Wahid ada vision.

Wahid mahu menolong Najib dan BN, dan pada masa yang sama Wahid juga sedang berusaha untuk mempermudahkan matlamat satu pihak lagi.

Wahid tolong Najib dan BN ... tolong supaya rakyat TOLAK mereka pada PRU 14 nanti.

Wahid juga bekerja keras membantu kepada DAP(PR) untuk mendapat SOKONGAN rakyat pada PRU 14 nanti.

Bukan Wahid sorang saja, lain2 menteri yang menyokong Isu Kenaikan ini juga sebenarnya sedang menolong Najib dan BN untuk berdepan dengan PRU 14.

Saya nampak macam itu lah. Saya tidak tahu macam mana pulak orang lain nampak.

Kalau semasa PRU 13, rakyat melayu/bumiputra mendekatkan diri mereka kepada UMNO(BN), tidak pelek pada PRU 14 nanti DAP(PR) pula dekat kepada mereka.

Hati ini masih sayangkan kerajaan UMNO(BN) kerana hati ini juga belum boleh menerima kerajaan DAP(PR).

Sedarlah wahai Najib. Isu Kenaikan ini menjadi TUBA kepada Kerajaan UMNO(BN) dan dalam masa yang sama menjadi PENAWAR kepada DAP(PR) yang bercita2 membentuk kerjaan.

Ana Muslimah

Anonymous said...

Nampaknya pakatan DAP(PR) telah mendapat durian runtuh daripada kerajaan UMNO(BN). Sebab itu kita nampak DAP membisu, PKR mendiam dan PAS menyepi ... rupa2nya mereka sudah mendapat Durian Runtuh sebagai bekalan untuk dimakan semasa PRU 14 nanti.

Tak apa Datok Najib, naik lah apa saja yang Datok rasa patut naik. Pembangkang pun dah tak ada modal lagi dah nak bantah kenaikan.

Ana Muslimah

Anonymous said...

memang najib dah lingkup kat selangor...negeri lain ok jer..

Anonymous said...

Rakyat pilih BN pun kerana tiada pilihan........pilih yg kurang mudarat dari lebih memudaratkan

Anonymous said...

"Sebelum ni tol Kerajaan Selangor dengan subsidi Persekutuan RM1 (harga asal RM1.50)
Bila subsidi ditarik, tol baharu berkadar RM 1.50.

Tang mena menguntungkan bro.. sama je, cuma kali ni pembayar hanya pengguna".. 'kata Bos Tol kroni Kerajaan Selangor'.. 'nak tol murah, guna Tol PLUS la', tambahnya lagi.

Anonymous said...

Najib telah serahkan pentadbiran negara kepada CONsultant yang hanya mengutamakan keuntungan mereka... penggunaan bahasa yang bombastic dalam sidang media sekaligus mencerminkan bezanya darjat beliau dengan rakyat... jauh sekali beza dengan Tun M yang lebih bijak untuk bercakap dgn bahasa yang lebih mudah difahami... pada pandangan saya, Najib tiada usaha untuk memahami kehendak rakyat, gagal mempamerkan kewibawaan.

Anonymous said...

Rakyat pilih BN pun kerana tiada pilihan........pilih yg kurang mudarat dari lebih memudaratkan...kalau la PAS x dengan join mana-mana parti PR...aku confirm BN (UMNO) akan jatuh buat kali pertama nyer dalam sejarah negara.

Anonymous said...

Rakyat pilih BN pun kerana tiada pilihan........pilih yg kurang mudarat dari lebih memudaratkan...kalau la PAS x dengan join mana-mana parti PR...aku confirm BN (UMNO) akan jatuh buat kali pertama nyer dalam sejarah negara.

Anonymous said...

Selangor kan ker bawah PR. Mintaklah tolong daripada Wakil Rakyat yang korang pilih tu. Gaji diaorg boleh naik, takkan tak boleh bagi subsidi tol.
kalau nak suruh aku turun demo sorry, suruh la PR panggil monyet buat demonstrasi. baik aku kerja lagi kuat tambahkan pendapatan, buat OT, duit pun masyuk.
BN nak guna duit bangunkan luar bandar, kampung mak bapak korang yang undi BN. Bangunkan kawasan orang melayu yang mengundi BN. korang tak undi BN tanggung la sendiri.

Anonymous said...

dude...tak penah tengok google map ka nak ikut jalan dari shah alam ke klia takde tol?

Anonymous said...

langkah kerajaan menaikkan kadar tol, petrol, gula, letrik dan lain-lain adalah tepat sekali kearah menjadikan malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. ini adalah jalan mudah bg najib atas nasihat consetannya utk mencapai wawasan 2020 acuan rosmah. apa taknye..2020 tinggal 7 tahun je lagi. nak tak nak kena cari juga jalan utk mencapai negara berpendapatan tinggi. cara senang adalah memeras duit rakyat.

Anonymous said...

Bagi sesiapa yang masih sayangkan UMNO dan masih mengharapkan teraju pemerintahan terus berada di tangan UMNO selepas PRU 14 berusahalah BETULKAN NAJIB ATAU TUMBANGKAN DIA SEKIRANYA DIA TERUS GAGAL. DIA TIDAK MENEPATI JANJI.

Anonymous said...

TOL, TOL, TOL PALING SENANG SURUH KERAJAAN AUDIT SYARIKAT TOL. BERAPA KOS BINA LEBUH RAYA NI? DAH BERAPA BILLION UNTUNG TOL? TAK CUKUPKAH ITU? KALAU SYARIKAT TOL DAH UNTUNG BANYAK. AMBIL SAHAJA PENGURUSAN SYARIKAT TOL DAN BERI KEPADA RAKYAT UNTUK DIGUNA SECARA PERCUMA. INI PANDANGAN SAYA.

Anonymous said...

rakyat patut mendesak kerajaan supaya kembalikan semula kepada rakyat subsidi elaun cola yang diberi kepada kakitangan kerajaan. apalah sangat bantuan brim RM500.00 setahun (yang juga dinikmati sebahagian kakitangan kerajaan ) dgn elaun cola. Gaji kakitangan kerajan telah naik berkali kali, jadi elaun cola haruslah dikembalikan semula kepada rakyat. Atas pengiraan jumlah kakitangan kerajaan sebanyak 1.4juta maka tiap satu ringgit sebulan pun kerajaan terpaksa keluar RM1.4juta.Ambil jumlah elaun cola purata RM250.00 sebulan,maka sebulan jumlah RM350juta,satu tahun RM4.2billion.Jadi, hentikan pembeian subsidi cola,rakyat didahulukan dan dgn RM4.2 billion, tak perlu pening harga tol naik,subsidi gula,petrol,minyak masa,semuanya dapat diatasi.WOW,boleh buat jambatan penang 2 kali dan boleh bagi 60,000.00 rumah rakyat percuma setahun dan dalam tempoh 10 tahun,720,000 rumah percuma dapat doberi pada rakyat.Jadi, pulangkan semula hak rakyat.jumlah pengundi adalah 13juta dan kakitangan kerajaan hanya 1.4juta, itupun hanya 60% sahaja yang sokong kerajaan.cukup cukuplah

Anonymous said...

rakyat patut mendesak kerajaan supaya kembalikan semula kepada rakyat subsidi elaun cola yang diberi kepada kakitangan kerajaan. apalah sangat bantuan brim RM500.00 setahun (yang juga dinikmati sebahagian kakitangan kerajaan ) dgn elaun cola. Gaji kakitangan kerajan telah naik berkali kali, jadi elaun cola haruslah dikembalikan semula kepada rakyat. Atas pengiraan jumlah kakitangan kerajaan sebanyak 1.4juta maka tiap satu ringgit sebulan pun kerajaan terpaksa keluar RM1.4juta.Ambil jumlah elaun cola purata RM250.00 sebulan,maka sebulan jumlah RM350juta,satu tahun RM4.2billion.Jadi, hentikan pembeian subsidi cola,rakyat didahulukan dan dgn RM4.2 billion, tak perlu pening harga tol naik,subsidi gula,petrol,minyak masa,semuanya dapat diatasi.WOW,boleh buat jambatan penang 2 kali dan boleh bagi 60,000.00 rumah rakyat percuma setahun dan dalam tempoh 10 tahun,720,000 rumah percuma dapat doberi pada rakyat.Jadi, pulangkan semula hak rakyat.jumlah pengundi adalah 13juta dan kakitangan kerajaan hanya 1.4juta, itupun hanya 60% sahaja yang sokong kerajaan.cukup cukuplah

Anonymous said...

rakyat patut mendesak kerajaan supaya kembalikan semula kepada rakyat subsidi elaun cola yang diberi kepada kakitangan kerajaan. apalah sangat bantuan brim RM500.00 setahun (yang juga dinikmati sebahagian kakitangan kerajaan ) dgn elaun cola. Gaji kakitangan kerajan telah naik berkali kali, jadi elaun cola haruslah dikembalikan semula kepada rakyat. Atas pengiraan jumlah kakitangan kerajaan sebanyak 1.4juta maka tiap satu ringgit sebulan pun kerajaan terpaksa keluar RM1.4juta.Ambil jumlah elaun cola purata RM250.00 sebulan,maka sebulan jumlah RM350juta,satu tahun RM4.2billion.Jadi, hentikan pembeian subsidi cola,rakyat didahulukan dan dgn RM4.2 billion, tak perlu pening harga tol naik,subsidi gula,petrol,minyak masa,semuanya dapat diatasi.WOW,boleh buat jambatan penang 2 kali dan boleh bagi 60,000.00 rumah rakyat percuma setahun dan dalam tempoh 10 tahun,720,000 rumah percuma dapat doberi pada rakyat.Jadi, pulangkan semula hak rakyat.jumlah pengundi adalah 13juta dan kakitangan kerajaan hanya 1.4juta, itupun hanya 60% sahaja yang sokong kerajaan.cukup cukuplah

Anonymous said...

Tak habis-habis nak perah duit rakyat. Cubalah buat kerja susah sikit, untuk tarik pelabur masuk Malaysia ke, supaya ada peluang pekerjaan. Tarik Pelabur yer, bukan tarik Pelancong Bangla dan China Doll. Ni nak fikir senang. Rakyat dah la terbeban dengan kos sara hidup tinggi, harga rumah pun melambung-lambung. Siapa nak fikir untuk rakyat ni?