Tuesday, April 30, 2013

Berkopiah Ustaz Man Sekolah Agama Yayasan Khairah Kg Pisang Kupang BELASAH Murid Ala Ala TOMOI. Video Klip Ini BUKTI

Inilah nilai nilai murni seorang ahli PAS di Kedah yang bertugas sebagai pengajar di sebuah sekolah agama disana....

Saksikanlah video klip dibawah ini sebagai bukti tahap mentaliti ahlol ahlol tolol PAS. Blogger MIK hanya ada satu soalan; Bila Pihak Polis Nak Ambil Tindakan...?


Anwar Macam Cacing Kepanasan...! Upah Gangster UGUT Bunuh Minta Nalla Jangan Ceramah Belasah Anwar.....

Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP), Senator Dato' S. Nallakaruppan bimbang keselamatannya terancam ekoran ugutan bunuh yang diterima melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.
 
Beliau yang juga bekas rakan karib Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya, ugutan itu ada kaitan dengan pembabitannya membantu kempen Barisan Nasional (BN) di seluruh negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Selepas menghadiri ceramah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya malam kelmarin, ada pihak cuba menghubungi saya sebanyak dua kali tetapi saya tidak jawab.

"Tengah malam tadi, saya menerima SMS daripada nombor telefon yang tidak dikenali mengugut mahu menembak saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berhubung ugutan tersebut di Balai Polis Sentul di sini hari ini.

Nallakaruppan tiba di Balai Polis Sentul kira-kira pukul 3 petang bersama peguamnya, Hasnal Rezua Merican.

Beliau menambah, ugutan itu dipercayai ada kaitan dengan strategi kotor pembangkang yang tidak senang berikutan pendedahannya berhubung skandal moral Anwar dalam siri ceramah di seluruh negara.

"Mereka tidak suka saya cakap Anwar seorang biseksual tetapi saya berani cakap Anwar biseksual.

"Dia boleh tipu rakyat Malaysia tetapi dia tidak boleh tipu saya," ujarnya.

Menurut Nallakaruppan, ugutan serupa pernah diterima beliau semasa berkempen untuk BN di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 2008.

Dalam masa sama, beliau turut mencabar Anwar berdebat secara terbuka dengannya bagi menjawab segala dakwaan dalam masa terdekat.

Utusan Online...

5 Mei 2013 - Ini Dia Bukti Ada Rancangan Anwar Mahukan Huru Hara Kalau Mereka Kalah PRU

 
Rakyat Malaysia untuk tidak terpedaya dengan rancangan kekacauan yang mahu ditimbulkan oleh Pakatan Pembangkang...

Perhimpunan Bersih 3 yang berlangsung sebelum ini menunjukkan ada anasir-anasir jahat dari luar yang membantu menghuru-harakan negara. Perkara yang sama mungkin berulang sekiranya Pakatan Pembangkang kalah PRU13. 

Mereka mahu mengambilalih kerajaan melalui kaedah keganasan kerana tidak diterima majoriti rakyat. Rakyat harus berhati-hati dan sentiasa mematuhi undang-undang negara. 

Jangan mudah terpedaya dengan laungan Pembangkang

Masihkah anda ingat kerja gila juak juak Pembangkang pada kekecohan Bersih 3...?

Buat kali pertamanya mereka memilih untuk berkumpul dan buat huru hara di depan Tung Shin Hospital. Sebenarnya, pilihan tersebut bertujuan untuk melumpuhkan sistem tarfik secara keseluruhan dan meluas di Kuala Lumpur...!

JOM kita saksikan bukti buktinya dan penjelasannya di sini

SIAL Punya Budak Sekolah...! Tolonglah... Polis Cepat Pergi Cekup Budak Budak Kes Buli Pelajar Sekolah Perempuan Ini...!!

Sumpah...! Demi Allah...!!

Kalau aku dapatlah budak budak yang buat kerja giler nie, aku belasah lumat..! Sial punya budak budak tak ada langsung nilai kemanusiaan.

Boleh mendidih darah bila menonton video klip dibawah ini dimana seorang pelajar perempuan ini telah dibuli sakan, mulutnya disumbat stokin busok, rambutnya dikerat-kerat... Tanpa memperdulikan tangisan pelajar perempuan ini.


Ahaaksz..! Mak Tak Kuasa Nyaah Ooii..... Bukti Rafizi Gay Ada Anak Ikan Didedahkan. Aaauuuww....!

JENG JENG JENGGG....!

Like Father Like Son la nampaknya.... Kemana tumpahnya kuah Anwar kalau bukan ke pinggan penjilat penjilat tegarnya.


Monday, April 29, 2013

Ku Nan Mengamuk Di Putrajaya...! Husam Kambing Sudah Terkincit..., Cirit Birit...!!






Kaji Selidik UMCEDEL Berat Sebelah.., Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman Kawan Baik Anwar...!

Utusan Online

Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) disifatkan sebagai hasil kajian yang mempunyai kecenderungan memihak kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kenalan pembentangnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman.

Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Dr. Wan Muhammad Adam berkata, hasil kajian Mohamad Redzuan itu boleh diragui kesahihannya ekoran beliau seorang kenalan kepada Anwar.

"Apabila mengetahui Mohamad Redzuan membuat kajian tersebut, sudah pasti statistik kecenderungan akan berpihak kepada Anwar kerana kita tahu macam mana rapatnya mereka.

"Analisis yang dikeluarkan atau dibentangkan juga pasti akan memihak kepada seorang individu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas hasil kajian UMCEDEL bertajuk Pilihan Pengundi Menjelang Hari Mengundi Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan oleh pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman di Universiti Malaya di sini semalam.

Wan Muhammad menambah, hasil kajian itu juga akan mengambil kira sentimen persahabatan di antara orang yang dikaji dengan pengkaji.

Jelasnya, sebagai pelaksana (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan diukur dan pengkaji akan mencari apa kekurangan yang dibawa berbanding individu yang beliau lagi menjadi pelaksana (Anwar).

"Apa pun hasil kaji, rakyat Malaysia tahu untuk menilai dan membuat keputusan pada 5 Mei ini. Sama-sama kita nantikan," katanya.

Mengulas isu sama, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Azril Mohd. Amin, hasil kajian itu dianggap berat sebelah kerana Mohamad Redzuan dilihat rakan kepada Anwar.

Selain itu, katanya, Mohamad Redzuan yang merupakan bekas pemimpin ABIM yang kini menerajui Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dilihat banyak menyebelahi Anwar.

"Kajian itu tidak mewakili pandangan menyeluruh dan kita melihat ia lebih kepada sentimen persahabatan," katanya.

Kalau Kit Siang Dapat Kuasa.... Negara Kita Konfirm HANCUR

Dalam kempen Pembangkang akhir-akhir ini, menyaksikan pemimpin mereka semakin tidak dapat mengawal diri.   Rata-rata ceramah mereka menyerlahkan kemarahan, dendam kesumat dan dengki khianat yang parah terhadap Barisan Nasional.

Keinginan yang menggila untuk berkuasa menyebabkan mereka tidak mampu lagi berlakon sebagai seorang pemimpin yang rasional dan matang. 

Sebaliknya, mereka menghamun dan mengutuk pemimpin BN semahu-mahunya dalam ceramah mereka bagi mencapai kepuasan.   Apa yang menarik ialah sasaran yang paling mereka gemari ialah Tun Dr Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri yang amat kita kasihi. 

Mahathir begitu giat membantu Perdana Menteri dan Barisan Nasional berkempen dalam PRU kali ini.  Rata-rata program yang menampilkan Tun M pasti menyaksikan sambutan yang hebat sedangkan beliau sudah lama bersara.

Kata-kata Tun M diambil sebagai amanat dan pedoman oleh segenap rakyat berbilang kaum. Dalam setiap program, beliau tidak putus-putus mengingatkan rakyat agar membuat pilihan tepat. 

Tokoh Negarawan itu tidak perlu bercakap berdegar-degar memaki hamun pembangkang sepertimana Anwar menyuruhnya pergi mati.  Tetapi, Tun Mahathir hanya perlu berkata benar dalam setiap ceramahnya, itu saja.  Itu pun sudah cukup untuk membuat Pembangkang separuh gila.  

Selain Anwar, antara yang separuh gila dengan usaha Tun M ini ialah Lim Kit Siang.   Susah hati sungguh si Kit Siang bila Tun membantu BN.  Justeru, jenuhlah dikerah tentera kacang merahnya (Red Bean Army) menghentam Tun Mahathir kononnya sebagai manusia paling berkuasa, kuku besi dan ditakuti di segenap peringkat. 


Namun, dalam pada itu juga, berduyun-duyun anggota dan pemimpin DAP keluar parti. 


Alasan mereka pula adalah konsisten iaitu Lim Kit Siang anak beranak bersifat kuku besi, terlalu berkuasa dan amat ditakuti di dalam DAP!  

Kata mereka, dalam meletakkan calon Pilihanraya, Kit Siang langsung tidak mengambil-kira suara pemimpin bawahan.....   Mereka yang telah lama berjuang di dalam parti diketepikan dan rungutan mereka disambut dengan tempelak serta ugutan.  

Sudahlah pemilihan CEC juga tidak telus yang mana penipuan dilakukan secara terang-terangan, Lim Kit Siang sedikit pun tidak menunjukkan kekesalan atas ‘kebobrokan’ anaknya dalam kes itu, hatta merestuinya pula.  

Sehingga hari ini, tiada siapa di dalam DAP yang boleh mempersoalkan perihal kes CEC, atau akan diberi tekanan oleh kepimpinan atasan. 

Sumber juga menyatakan Kit Siang begitu terdesak kini dan meningkatkan lagi kempen dengan cara mengugut.  Ini sebenarnya, tidaklah mengejutkan kerana sejak dahulu lagi, DAP amat sinonim dengan kes ‘menerima peluru dalam sampul’. Parti ini juga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan kongsi gelap bawah tanah.

Sesiapa yang melanggar perintah Lim Kit Siang, akan menghadapi ancaman ugut dan keluarga mereka juga berada dalam bahaya.  Kerana itu di dalam DAP sendiri mereka merujuk kepada pemerintahan DAP sebagai sistem ‘kilas tangan’.  Malah gelaran Tokong terhadap Lim Guan Eng juga dimulakan oleh orang DAP sendiri....! 

Oleh itu tidak hairanlah Teoh Beng Hock mengambil keputusan membunuh diri apabila menjadi ‘liabiliti’ kepada DAP.  

Berdasarkan semua ini, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk meneka bahawa kejadian bom dan letupan mempunyai kaitan dengan DAP. 

Selain Kit Siang, pemimpin DAP yang rapat dengannya juga tidak segan silu menunjukkan sikap samseng mereka kepada rakyat, mungkin untuk membangkitkan rasa gerun terhadap parti itu.

Antaranya, Tony Pua ketika menjawab soalan Malaysiakini mengenai Red Bean Army, beliau berkata tugas kumpulan itu adalah untuk ‘membunuh orang’.  Benar, ia adalah satu perumpamaan, namun perlukah menggunakan perumpamaan yang begitu ‘ganas’ dalam politik...? 

Jenice Lee, Shen Yee Aun, Tunku Aziz adalah antara segelintir nama-nama yang sanggup tampil ke hadapan dan menelan segala ugutan demi untuk mendedahkan sikap DAP yang kukubesi, kejam, korup dan kotor....!

Selebihnya, hanya menentang Kit Siang secara senyap-senyap kerana bimbang tindakan parti terhadap diri dan keluarga mereka. 

Beliau sebenarnya amat sedar akan persepsi ramai terhadapnya, kerana itulah beliau bersungguh-sungguh cuba membalikkan persepsi itu kepada Tun Dr Mahathir, iaitu sasaran paling ‘besar’ dan paling mudah. 

Namun, taktik Kit Siang tidak laku kerana rakyat tahu siapa Tun M iaitu pemimpin yang berhati mulia yang tidak jemu-jemu berusaha merealisasikan sebuah dunia yang lebih baik untuk manusia sejagat....

Mantan Perdana Menteri itu terkenal dengan sifat penyayang dan ia boleh dilihat jelas dalam hubungan beliau dengan Tun Siti Hasmah. 

Tun Mahathir tidak pernah hilang kawalan atau menggila dan menghamun sesiapa sepanjang hidupnya.... Biarpun beliau paling marah kepada George Soros suatu ketika dahulu kerana hampir memusnahkan negara ini, beliau telah meluahkan kemarahan itu dengan cara yang amat tenang, dalam ayat yang cukup tajam tanpa perlu terjerit-jerit mencerca seperti Lim Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim yang ingin melepaskan geram. 

Justeru, Kit Siang tidak mungkin mampu mencipta gambaran ‘raksaksa’ terhadap Tun Mahathir kerana semua orang tahu, terutama orang-orang DAP sendiri, bahawa Kit Sianglah raksaksa yang sebenarnya.....

Raksaksa yang bernama Kit Siang ini tidak sanggup bersara seperti Tun Mahathir, tetapi beliau perlu berada di dalam hierarki kepimpinan bagi memastikan kepentingan beliau dan anak-beranaknya sentiasa diutamakan. 

Apapun kita ucapkan ‘Selamat Berjaya’ kepada tentera kacang merah di Komtar dan Concorde untuk memulihkan imej Kit Siang dalam masa 7 hari ini.  

Apa yang pasti, beribu-ribu tentera ini tidak mungkin mampu mencipta persepsi bahawa Kit Siang adalah seorang pemimpin yang penyayang dan prihatin dalam masa 7 hari mahupun 70 tahun lagi. 

Pemimpin PAS Semua Penakut.... Takder Telor

"Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja...?

"Komunis diharamkan di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan Pakatan Rakyat, tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR," demikian penjelasan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu pertindihan kerusi sesama PR dalam PRU-13.

Kenyataan Presiden PAS itu secara langsung merujuk kepada pertindihan kerusi di kawasan DUN Kota Damansara di mana PAS telah menghantar calonnya menyebabkan pertembungan dengan calon PR iaitu Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR.

Walau dibaca berkali-kali kenyataan Hadi itu, maksudnya tetap sama di mana PAS sama sekali tidak akan redha dengan pencalonan tokoh politik yang berfahaman sosialis dan komunis.

Itu pendirian PAS seminggu yang lalu yang sewajarnya dipertahankan kebenarannya....

Kini selepas menerima tekanan demi tekanan yang diterima dari PKR dan DAP, lain pula yang berlaku apabila PAS akhirnya mengalah memberi laluan kepada calon PSM yang seminggu lalu dipandang keji dek kerana Dr Nasir berfahaman sosialis, bab kata Nik Aziz ideologi itu ibarat adik kepada komunis.

Mengikut kata Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali, keputusan PAS menarik diri di DUN Kota Damansara adalah untuk mengekalkan status quo kerana kerusi itu sememangnya kuota PKR. Baru sekarang mahu sedar, maksudnya memang parah benar masalah kesepakatan dalam Pembangkang.

Perubahan mendadak pendirian PAS ini secara umumnya dialu-alukan oleh penyokong Pembangkang khususnya dari DAP dan PKR, tapi di hati kecil penyokong PAS wujud perasaan menggelodak amarah dan malu kerana terpaksa menyokong calon yang berideologi sosialis.

Patutlah dulu beria-ia benar Mat Sabu memuja kezaliman yang dilakukan oleh Mat Indera Komunis di Bukit Kepong, agaknya tahu suatu hari nanti PAS akan bekerjasama untuk menjayakan golongan yang sealiran dengan Mat Indera rupanya.

Apa pun, dengan perkembangan terbaru ini, sahihlah betapa rapuhnya PAS dalam mempertahankan pendirian dan prinsipnya, itulah puncanya kenapa dalam banyak isu misalnya kalimah Allah S.W.T, hudud, negara Islam dan kemurtadan, mudah benar PAS tewas dan tunduk kepada DAP dan PKR.

Jati diri PAS zaman sekarang jauh sangat bezanya berbanding dulu, prinsipnya rapuh sampaikan sanggup digadaikan segalanya demi menuju puncak kuasa yang tak ketahuan.

Jenis parti sebegini memang tak layak untuk menjadi pengganti kepada UMNO. Bahaya kepada masa depan agama, bangsa dan negara.

Justeru itu, eloklah pada PRU-13 5 Mei 2013 ini nanti, para penyokong PAS yang menyedari hakikat ini bergabung tenaga dengan rakyat Malaysia yang lain untuk sama-sama talkinkan saja PAS. Demi masa depan, itulah yang sepatutnya.

Nurul Izzah Tangkap Stim Sudaah..... Meracau-racau Sebut Nama Papa Gomo






Sunday, April 28, 2013

Kepada Pengundi Pengundi Putrajaya.... Sebarkan Video Klip 'Aksi' Ku Nan Ini






WAJIB Baca..! Tun Dr M "Saya Datang Sebab Saya Tak Mahu Putrajaya Jatuh Kepada Orang Yang Tak Sepatutnya..."

Saya diberitahu Husam datang ke sini untuk bertanding. Semalam Nik Aziz datang ke sini. Saya sedih mereka yang dianggap ulama kerap berbohong....!

Husam ini dihantar ke sini kerana percaya saya akan bertanding di Putrajaya. Semua orang tahu saya sudah bersara. Saya tidak mahu bertanding. Seluruh dunia tahu saya tidak berniat untuk bertanding.

Ini alasan untuk Husam bertanding di sini. Ini satu lagi penipuan yang datang daripada mulut orang bergelar ulama, mulut berbohong. Kononnya PAS itu Islam, Islam itu PAS...

Maka tempat tak ada PAS tidak adalah Islam. Apakah 1.6 bilion orang Islam sudah tidak Islam...? Sudah jadi kafir...?

Niat Nik Aziz kafirkan semua orang Islam supaya dia seorang Islam. Ini sikap bongkak. Apa hak dia nak kafirkan orang UMNO..? Tanpa usul periksa dia dengan mudah menuduh orang UMNO kafir.

Saya dilahir sebagai Islam membesar sebagai Islam. Saya sembahyang, puasa, zakat, menunaikan haji dan umrah.

Kalau dia nak tanya saya sembah selain Allah, kalau saya kata ya, maka saya kafirlah. Dia tak tanya pun....!

Ini satu kezaliman. Islam melarang kira melakukan zalim....

Al-Quran menyuruh kita menghakimi dengan adil. Adilkan kaki pembohong ini, kononya senbahyang orang UMNO tak dapat pahala...? Dia pergi sembahyang pun di masjid dibuat UMNO.

Putrajaya kononnya meniru orang asing sebab ada perkataan Presint. Dia ada Manifesto. Manifesto tu cakap Melayu ke...? Dia tak tiru orang asing....?

Sebab tu jalan-jalan di Kelantan tidak ada tar. Kita yang bubuh tar. Dia tak pernah tengok kot orang bubuh tar atas jalan.


Kita dirikan Putrajaya kerana Kuala Lumpur begitu sesak untuk pegawai kerajaan menjalankan pentadbiran negara.

Kita awal-awal sedar. Nik Aziz tak kata apa... PAS tak kata apa...

Kita sedar kesesakan akan datang. Itu persedian memindahkan pegawai-pegawai di kawasan yang baik.

Kalau tak ada Putarjaya KL tak boleh bergerak.

Kereta banyak sebab orang banyak duit. Pegawai kerajaan gaji dinaikan berkali-kali. Masa saya dulu tak naik gaji. Itulah nikmat diterima.

Kita bangga orang mengunakan kereta dan banyak. Walaupun kononnya harga kereta mahal.

Pembangkang nak turun kereta sehingga RM20 ribu. Ada kereta di Malaysia harga begitu,  dah ada...! Kereta edar ada. Pi la beli....

Nak kereta besar harga RM25,000. Bila harga murah banyak kereta atas jalan sehingga kereta tidak bergerak. Inilah orang yang tak buat kira-kira.

Pada tahun 1981 lagi kita tahu bahawa kesesakan akan berlaku di KL. Justeru kita bina Putrajaya.

Mereka kata membazir duit kerajaan. Nik Aziz kata nak lelong Putrajaya... Saya dah beli loceng supaya dia duduk depan masjid agar dia lelong masjid. 

Sekarang tak mahu lelong. Sekarang nak mai nak dirikan kerajaan.

Putrajaya bukan untuk Nik Aziz, Hadi dan sudah tentu bukan untuk Anwar.

Anwar sudah tidak ada modal....!

Baru ni buat ucapan minta saya mati. Inilah kempen PKR....

Itu bukan kuasa dia, kuasa tuhan. Niat buruk. Dia bolen niat, yang tentukan bukan Anwar . Dia boleh pergi ke Mahkamah minta saya mati cepat.

Putrajaya bukan pembaziran ia kemudahan untuk negara yang kian maju. 

Kenapa Malaysia kian maju...? Kerana PAS? Tengok Kelantan serambi Mekah. Malu kita, air dia tak boleh minum.

Inikah Serambi Mekah....? Janganlah menjatuhkan maruah Mekah....

Banyak orang Arab Islam datang ke Malaysia sebab dengar Malaysia sudah maju. Negara contoh bagi negara Islam di dunia. Apakah mereka pergi ke Kelantan...?

Mereka datang ke KL, Putrajaya. Kagum bagaimana negara yang diperintah orang Islam dapat membangunkan.


Orang Kelantan nak dapat pekerjaan sampai mati kebuluran. Sebab itu mereka berhijrah ke negeri lain yang diperintah BN.

Kenapa tidak di Kelantan...? Tak ada peluang kerja sebab kerajaan PAS tidak tahu mewujudkan pelung kerja.

Pemerintahaan di Kelantan yang mundur salah kumpulan yang kononnya tuan guru, tetapi banyak berbohong, fatwa bohong... Saya ingat dia dah nyanyuk...!

Saya ni umur 87. Dia 82 nak berdiri tak boleh, tapi nak bertanding sampai bila-bila. Suruh kita tukar, tukarlah diri kau dulu....!

Saya dengar kononnya calon PAS,Husam nak berdebat dengan saya. Siapa dia Husam...?

Umur saya dengan dia, dia masih lagi budak-budak berdebatlah dengan kawan-kawan kau yang sama umur....

Jangan cabar-cabar, nak jawab saya pun tak boleh....!

Kita telah bangunkan Putrajaya bagi pemerintahan negara. Ramai yang mahu meniru, membina bandar-bandar pentadbiran. Bukan kita tiru orang. Orang tiru kita.

Dulu Singapura takda F1 dia tiru kita. Semua kita buat orang tiru...!

Kelantan nak tiru kita tapi tak mampu.... Besar niat nak jadi kerajaan Federal. Perintahlah Kelantan baik-baik barulah ada angan-angan nak perintah.

Bagi 5 tahun di Kedah tak ada apa-apa di Kedah. Cakap sahaja tapi tak buat apa-apa. Berkelahi sesama mereka.

Yang mula buat Pakatan ialah Anwar dia mahu jadi PM. Penipu besar....! Hadi pun nak jadi PM.

Anwar kaki tipu. Dia tipu saya....

Saya nampak dia warak boleh jadi imam. Khutbah dalam mesjid. Kita ingat betullah dia baik. Masuk UMNO boleh bawa unsur Islam. Saya pun bodoh sikit. Saya nampak permukaan sahaja.



Nampak jangut sikit.... Kaki penipu besar.....!!

Dia sepatutnya masuk PAS. Cakap macam PAS.... Kawan dengan Fadhil. 1982 saya dapat maklumat Anwar nak masuk UMNO, saya teruja jugak, bagus.

Saya terima, 10 tahun kemudian baru saya sedar kalau dia masuk PAS tak boleh jadi PM. Yang biasa jadi PM ialah UMNO. Kalau masuk PAS tak adalah peluang.

Masa Anwar jadi TPM, dia tunggu bila saya nak letak jawatan dia tunggu.... Saya sakit bedah jantung dan sihat. Dia dok tunggu bila saya nak pi....

Dia cucuk orang-orang dia kata saya ada kroni. Selain nak jadi PM, dia ada niat lain yang kita tak boleh benarkan. Orang macam ni tak boleh jadi PM. 

Bilik PM tu besar. Ada pegawai-pegawai masuk. Pegawai muda, saya takut apa akan jadi pada pegawai dia. Driver dia pun tak selamat....!

Ada pegawai-pegawai yang comel. Bukan sahaja wanita, lelaki pun ada. Kalau dia jadi PM habis rosak....!

Sebab tu saya tanya kawan dalam UMNO dan mereka kata buang sahaja Anwar.

Inilah Anwar yang mahu saya mati. Cari la jalan lain. Ada cara lain. Ini niat tak baik.... Inilah orang yang bercita-cita nak jadi PM.

Nak jadi PM tak perlu berhempas pulas pun boleh jadi PM. Tunku pun tak tahu. Tiba-tiba jadi Preisden UMNO dan jadi PM.

Saya pun tak ada harapan nak jadi PM. Fikirkanlah, saya dulu jual goreng pisang. Tak mungkin jadi PM tapi akhirnya jadi....

Ini dia hentam semua orang, sebab nak jadi PM. Orang seperti ini tidak layak jadi PM.

Masa dia jadi TPM rosak semua. Ini satu-satunya orang yang gila-gila nak jadi PM.

Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali....!

Apakah sumbangan Husam, Nik Aziz, Pas kepada Putrajaya..? Orang buat elok-elok baru bak balaih.

Kita tak boleh percaya orang macam ini. Balik betulkan Kelantan. Kalau dah berjaya di Kelantan, minta izin dengan kita supaya boleh bekerja di Putrajaya. 

Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan yang terbaik untuk jadi PM. Bagi kual ninyak kelapa dah pandai barulah jadi PM.

Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan itu tempat kamu. Betulkan dulu tempat kamu....!

Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-pejabat dan rumah yang baik di Kelantan, selepas itu baru boleh minta kerja di Putrajaya. Sikit demi sikit boleh naik pangkat.

Saya tahu rata-rata penduduk Putarajaya mahu kekalkan tempat ini ditadbir oleh kerajaan yang bersih, cekap dan amanah....

Kredit : Utusan Online

Petugas PKR DUN Hutan Melintang BIADAP...! Mereka Lupa Zahid Hamidi Pernah Pimpin Tangan Calon PKR....

Budaya samseng seperti ini hanya subur dalam PKR dan juak juak murahan penyokong Pembangkang...!

Marah menyaksikan sokongan dan dokongan rakyat terlalu kuat mahukan kerajaan BN kekal memerintah, maka mereka tidak ada pilihan lain.... Insiden ini dirakam di kawasan DUN Hutan Melintang dalam kawasan Parlimen Bagan Datoh.

Mungkin mereka yang membuat onar ini tidak berpeluang menyaksikan rakaman foto dibawah ini


Himpunan Nik Aziz Di Putrajaya BUKTI Kerajaan Najib Paling Demokratik...!

 
Sebagai rakyat Malaysia yang bijak berfikir, kita pasti setuju bahawa sifat "genteleman' YAB Datuk Sri Najib dalam membenarkan pesta demokrasi berlangsung dengan baik wajib kita puji...

Mursyidul AM PAS, Wali Selipar Nicky Ajees bekerja keras membantu anak emas kesayangannya Husam Kambing, dengan mengadakan kempen Pilihanraya di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya dan Ceramah Perdana di Precint 3, Putrajaya. 
  
Mengikut laporan juak juak penjilat Pembangkang dianggarkan 10,000 orang hadir di Masjid Sultan Mizan dan pada sebelah malam pula di Precint 3  kata mereka 100,000 orang hadir...!
 
Tempat boleh isi tak sampai 5 ribu dia kata datang berpuluh ribu. Hendak menipu pun agak agaklah sikit...… 

Banyak juga belanja Husam Kambing kena upah ahlol ahlol tolol PAS dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan datang membanjiri dan buat semak sesak Putrajaya. Mereka bukan pengundi di Putrajaya tetapi inilah taktik kotor Husam Kambing. Calon PAS ini nak psywar warga Putrajaya supaya mereka teruja melihat limpahan lautan manusia, dengan cara ini boleh mempengaruhi pengundi Putrajaya untuk tidak undi calon BN, Tengku Adnan.

Akan tetapi kita lihatlah dan buatlah perbandingan.... Walaupun Husam Kambing terpaksa import Nicky Ajees, seterusnya dah habis kerahkan jentera dari seluruh Lembah Klang pun hanya 5,000 sahaja yang datang..... Itulah angka sebenar!

Apa barang....! YAB Datuk Sri Najib baru baru ini turun Klang menyaksikan 60,000 pengundi sana datang meraikan PM kita...

Kempen Pilihanraya pun patut kenalah jaga adab sikit..., sampai dalam masjid pun hendak tunjuk kekuatan sokongan dan susahkan anak qariah hendak solat Jumaat. apa hal...?
  
Yang datang dari luar Putrajaya hanya untuk menunjukkan sokongan kepada Nik Aziz waktu solat Jumaat ini tak takut Allah ker bro...? Korang semua datang hendak solat Jumaat kerana Allah atau kerana Nicky Ajees yang setuju kalimah Allah boleh gadai...??

Saturday, April 27, 2013

PENTING...!! Tolong Sebaaarkan Kepada Semua Pengundi

Pembangkang sudah mula sedar mereka tidak mungkin mampu untuk memenangi Pilihanraya kali ini.....! Oleh sebab itu mereka kini sedang rancak merancang untuk menimbulkan suasana tegang sebaiknya sahaja mereka diumumkan tewas.

Dengan hari mengundi yang akan berlangsung tidak lama lagi, pembangkang kini giat mencipta momentum untuk mencetuskan huru-hara. Bukan sahaja mereka secara konsisten sekarang ini menyerang SPR yang didakwa mereka tidak bersih, malah mereka sudah bertindak lebih agresif lagi.

Dua kejadian pusat kempen BN yang disabotaj dengan letupan bom buatan sendiri amat membimbangkan kerana penyokong-penyokong pembangkang mula bertindak ganas di luar batasan demokrasi.

Tindakan mereka yang sudah mula menggunakan keganasan menunjukkan mereka telah mengaku kalah sebelum bertanding. Mereka menggunakan sentimen untuk menakut-nakutkan rakyat kerana mereka kini sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada pengundi.

Pembangkang telah menaja kumpulan pengganas politik di negara ini dengan membuat provokasi dan menimbulkan huru-hara. Provokasi ini dijangka akan terus berlarutan sehingga pilihan raya dan SPR akan dijadikan kambing hitam untuk meyakinkan rakyat mereka telah ditipu.

Bayangkan apa yang mereka mampu lakukan sekiranya keputusan PRU13 kali ini tidak memihak kepada mereka. Keamanan negara akan tergugat sekiranya pihak yang bertanggungjawab tidak dibawa ke muka pengadilan.

Tindakan pembangkang menuduh letupan-letupan bom ini sebagai sandiwara BN sama seperti tindakan mereka menuduh tragedi pencerobohan Lahad Datu sebagai konspirasi BN dan UMNO.

Sikap taksub dan buta hati yang ditunjukkan oleh penyokong pembangkang bakal memusnahkan negara ini sekiranya Pakatan berjaya ke Putrajaya.

Pengundi Ampang Lebih Yakin Calon BN Dr Rozaidah Jauh Lebih Baik Dari Mak Lampir...!



Parlimen Ampang, bakal menyaksikan pertembungan dua wanita, iaitu Dr. Rozaidah Talib (BN)  dengan Zuraida Kamaruddin (PKR).   Sekali pandang, dari segi mata kasar, Dr. Rozaidah dengan Zuraidah umpama langit dengan bumi jika dinilai dari segi gaya dan karisma. 

Dr. Rozaidah sebelum ini pernah memenangi kerusi Ampang dalam PRU 2004, namun telah digugurkan dalam PRU 2008 akibat krisis yang melanda rumahtangganya yang kemudiannya bertukar menjadi fitnah.  

Fitnah tersebut terjadi apabila suaminya yang berang telah menjejakinya ke hotel, di mana beliau melarikan diri untuk bertenang seorang diri sementara menunggu suaminya turut bertenang akibat perselisihan faham.  

Oleh kerana beliau enggan membuka pintu kerana takut dengan amukan suaminya, maka suaminya telah bertindak membuat laporan polis sambil membayangkan 'kemungkinan' beliau berduaan dengan lelaki lain. 

Namun, ternyata beliau tidak pernah berkelakuan sumbang sepertimana segelintir isteri orang PAS yang gemar berduaan dengan pemimpin yang juga merupakan rakan suami mereka. 

Oleh itu, setelah fitnah tersebut terjawab dan namanya dibersihkan, BN tidak ragu-ragu untuk mencalonkan beliau kembali di kerusi Ampang kerana khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat kawasannya sudah terbukti.

Bagi meyakinkan masyarakat akan kebenaran di pihaknya, Dr. Rozaidah telah pun bersumpah tanpa dipaksa atau didesak, tetapi dengan yakin, tegas dan rela bahawa beliau tidak pernah melakukan apa yang dituduh ke atasnya itu. 

Ketegasan dan keberanian Dr. Rozaidah bersemuka dengan masalah silamnya menyebabkan lawannya, Zuraidah mati kutu.....!  Beliau diketahui sebagai bukanlah seorang ahli parlimen yang berkesan.  

Satu-satunya perkara yang menyebabkan Mak Lampir ini dikenali ramai ialah kerana kelantangannya membela Azmin Ali.  Sejak awal memegang jawatan lagi, Zuraidah telah pun memasang kaki di MPAJ.

Re-zoning kontrak pembersihan dilakukan bagi mengaburi mata ramai kononnya ia memberi peluang kepada lebih ramai kontraktor tetapi hakikatnya, semuanya adalah proksi Zuraidah dan Azmin. 

Jika rakyat terhutang budi kepada Dr. Rozaida sebagai seorang doktor yang berjaya dan sebagai wakil mereka suatu ketika dahulu, Zuraida pula sebaliknya terhutang budi kepada rakyat yang memilihnya.

Ini berdasarkan latarbelakang Mak Lampir ini yang merupakan seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya mampu memakai kenderaan Myvi sebelum menjadi Ahli Parlimen, tetapi sejurus menang PRU 2008, iaitu pada 1 July 2008 beliau telah berjaya memiliki sebuah Volvo XC90 WRL575. 



Tidak cukup dengan itu, pada 31 Mei 2010 pula, Zuraidah membeli Toyota Hilux Double Cab WTY1547, pada 3 November 2011, sebuah lagi Totoya Hilux Double Cab WNA276 dan pada 24 Mei 2012, sebuah Mercedez Benz E240 BLR9680.

[untuk baca semula pembongkaran kekayaan Mak Lampir sekelip mata, klik SINI]
Tidak tahu untuk apa dan kenapa Zuraida memerlukan begitu banyak kenderaan, mungkin untuk kegunaan anak-anak atau keluarganya.   Namun, itu bukanlah masalah rakyat. 

Masalah rakyat ialah, berapa banyakkah pendapatan seorang wakil rakyat untuk membolehkan beliau membeli beberapa buah kenderaan mewah dalam jangka masa 4 tahun sahaja sedangkan beliau hanyalah seorang peniaga kecil-kecilan sahaja sebelumnya...?  Beliau juga bukannya datang dari keluarga yang kaya raya. 

Dengan semua kemewahan ini, kita tidak dapat menafikan bahawa Zuraida adalah wanita yang 'berjaya' walaupun beliau bukan seorang wakil rakyat yang baik dan berkesan di kawasannya.  

Justeru, 'kejayaannya' itu dilihat sebagai faktor utama yang akan menggagalkan beliau dalam pertembungan dengan Doktor Rozaidah, iaitu seorang wanita yang telah berjaya dalam ertikata sebenar-benarnya....

Pengundi Putrajaya MARAH..! Husam Upah Petugas PAS Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan Datang Buat Kecoh Di Masjid Besi Putrajaya Semalam....

Bodoh sungguh penjilat penjilat tegar ahlol ahlol tolol PAS....

Bukan main riuh rendah berkompang mereka sebar video klip ribuan manusia memenuhi Masjid Besi di Putrajaya semalam datang solat Jumaat.... 

Kunuuuuuuuuuuuunnya sambutan keatas kehadiran Nicky Ajeees itu akan menyaksikan calon BN, Dato Seri Tengku Adnan akan tumbang ditangan Husam Kambing calon PAS sebuah parti yang menjadi tukang basuh berak DAP.

Husam Kambing terpaksa import ribuan ahlol ahlol tolol PAS, kunuuuuuunnya warga Putrajaya sudah bangkit menentang kerajaan BN. Kunuuuuunnya warga Putrajaya tolak calon BN. Kunuuuuuuuuuuuuunnya warga Putrajaya sokong Husam Kambing.

Hakikat sebenarnya, warga Putrajaya marah sebab kawasan mereka telah dibanjiri oleh 'orang luar' yang membuat kecoh...! Inilah dia taktik kotor calon calon Pembangkang berkempen....

Saksikan betapa biadapnya mereka semalam pada video klip dibawah ini;

Bertembung Sewaktu Berkempen.... Khalid Gereja TAK Nak Bersalaman Dengan Zul Noordin...! Sebaarkan Foto Ini.

TENGOK...!

Nah! Saksikanlah sendiri..... Betapa busoknya hati kowduu Khalid Gereja mengalahkan seorang Yahudi. Dia enggan hulurkan tangan menyambut salam dari Zul Noordin.

Aksi ini dirakam sewaktu kedua dua calon yang bertanding kerusi Parlimen Shah Alam bertembung sewaktu pergi bertemu pengundi di tapak pasar malam Padang Jawa dalam DUN Batu 3.

Khalid Gereja memang menanamkan rasa dendam kesumat terhadap Zul Noordin yang membongkar onar Khalid menyokong sepenuhnya tindakan melacurkan kalimah Allah. Seantero Malaya sudah tahu bahawasanya Khalid Gereja dalang kepada kerja kerja membenarkan bukan islam menggunakan kalimah suci Allah...

Kepada jentera jentera UMNO Shah Alam tunggu apa lagi, sebaaaarkanlah foto diatas itu kepada pengundi pengundi di Shah Alam....!



JAWI Dah Buat Laporan Polis Husam FITNAH...! Bila Nak Bertindak...? Senyap Ajer Ker Bro...?


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat laporan polis ke atas calon Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa kerana menyebarkan maklumat palsu (fitnah) bahawa Jabatan tersebut telah memecat seorang AJK surau atas sebab politik.

Husam dalam laman sosialnya mendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah bertindak memecat serta-merta ahli jawatankuasa Surau Abdul Rahman Auf kerana membenarkannya berta’aruf pada 20 April lalu.

Ekoran kenyataan tersebut, para pencacai PAS dan PKR telah bertindak menyebar luaskan kenyataan tersebut di laman-laman media sosial untuk menunjukkan kononnya kerajaan BN/UMNO telah bertindak zalim.

Menyedari akan perkara tersebut, Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali telah meminta pegawainya membuat satu laporan polis terhadap kenyataan tersebut di samping mengemukakan saman terhadap pimpinan PAS itu.

Ini kerana tindakan Husam itu jelas berniat jahat untuk meraih undi simpati masyarakat Islam/Melayu di Putrajaya.

Menurut Che Mat, pihaknya mengakui ada memanggil AJK Surau berkenaan untuk mendapat penjelasan namun tiada sebarang tindakan disiplin diambil apatah lagi memecat mereka.



Dasar Penipu...!

 Itulah perkataan yang paling sesuai dilemparkan kepada Naib Presiden PAS, Husam Musa yang nyata berbohong dan menggunakan pendekatan kotor untuk meraih simpati para pengundi.

Didalam Islam, fitnah merupakan salah satu dari dosa besar, yang mana dosanya lebih besar dari membunuh.

Namun pemimpin yang mendakwa kononya mewakili sebuah parti Islam, telah menjadi perkara itu sebagai salah satu dari pendekatan untuk meraih simpati dan undi.

Mereka secara jelas tidak lagi memandang bahawa fitnah itu suatu dosa malah Husam dengan bangga merasakan bahawa merupakan satu kaedah terbaik untuk menyebarkan fitnah itu yang dianggap sebagai `latest news’.

Apakah Husam terlupa dengan firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Baqarah: 191:
“Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.”

Ini kerana fitnah tersebut boleh memecahkan perpaduan ummah, memutuskan silaturrahim sesama manusia, menyebabkan manusia kehilangan tempat tinggal, harga diri, harta dan sebagainya. Ia adalah merupakan kebohongan yang menghancurkan.

Kesimpulannya, mereka yang mendakwa kononnya mewakili Islam sebenarnya hanya menggunakan agama suci ini sebagai alat untuk menghalalkan cara. Semoga rakyat tidak tertipu lagi dapat menilai perkara yang sebenarnya.

Kempen PRU Cara Paling GAMPANG....! Anwar Mintak Tun M Mati

SEGAMAT:    Anwar Ibrahim on Wednesday called on former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad to “just die” instead of campaigning for Barisan Nasional.
“Sudah mau mati, dah 83 tahun. Berapa la lama lagi? Kalau dah nak mati, mati saja lah (It’s almost time for him to die, at 83 years old. How long more? If you are going to die, just die),” he said at a ceramah in Kampung Abdullah here.
(Dr Mahathir is actually 87 years old.)
Anwar was Dr Mahathir’s deputy when the latter was prime minister but was sacked following allegations of abuse of power and sexual misconduct.

Anwar added in a sarcastic tone that he had forgiven Dr Mahathir, as he knew the latter would not survive a prison term and that there were no prisons wanting to accept him as he was too old.

He also called for the premature death of BN, and its component parties, the MCA and MIC.

Earlier, he had accused BN of trying to prevent DAP from using the party’s “Rocket” symbol for the election.

“When Pakatan said fine, we will use the moon (Pas’s logo) nationwide, BN panicked and pushed to say DAP can use their rocket logo,” claimed Anwar.

Friday, April 26, 2013

Anak Muda Upahan Khalid Gereja Ini GAGAL Malukan Calon BN DUN Batu 3 Shah Alam.....

Tahniah diucapkan buat Dato Hj Ahmad Nawawi M Zin, calon BN untuk DUN Batu 3 Shah Alam....

Dalam satu majlis penerangan sedang diadakan sejajar dengan kempen PRU ke 13, Nawawi telah disoal oleh seorang anak muda yang mengakui dirinya penyokong tegar Pakatan Pembangkang.

Sangat menarik.., terkesan dengan cara penjelasan Nawawi, akhirnya anak muda ini akui BN bukanlah sejahat mana yang selama ini beliau sangkakan. Malah beliau akui dirinya telah tertipu.... Bacalah kisahnya di SINI

Gagap Dah Gabra Beb...! Main Tuduh UMNO Beli Bilik Gerakan PKR Tapi Tak Nak Kasi Bukti


SAKSIKANLAH video klip dibawah ini....

Sejak daripada hari penamaan calon lagi Khalid Gagap gagal mendapat sokongan daripada pengundi pengundi di DUN Pelabuhan Klang. Banyak program ceramah Khalid menyaksikan lebih banyak kerusi dari orang...




Pengundi Putrajaya WAJIB Tolak Husam Kambing.... Ini Bukti, Saksikan Video Klip Husam Mahu Lelong Putrjaya






Mat Taib Masuk PAS Sebagai Trojan Horse UMNO.... Jadi Planted Agent Untuk Gagalkan Kerja Jahat DAP Bersama Anwar

DAP mempertikaikan tindakan Pas menerima kemasukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam parti itu.

 Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Muhamad tidak layak untuk menyertai Pas sekali gus duduk di dalam pembangkang kerana mereka yang mempunyai rekod buruk tidak seharusnya diterima sebagai ahli dalam mana-mana parti.

"Itu pandangan peribadi saya memandangkan Muhamad Taib mempunyai rekod buruk sepanjang bersama Barisan Nasional (BN) dahulu.

"Hanya mereka yang mempunyai rekod baik layak diterima untuk menyertai parti politik tidak kira pembangkang atau BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isnin lalu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib secara rasmi menyertai Pas apabila menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu selepas beberapa tahun menyepikan diri dari arena politik sejak kalah ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan lalu.

Karpal turut menyuarakan rasa curiga terhadap tindakan bekas pemimpin BN itu dan menyifatkan penyertaannya dalam Pas sebagai tidak ikhlas.

"Saya tidak rasa beliau ikhlas kerana mungkin motif sebenarnya menyertai Pas kerana tidak mendapat apa yang dihajati dalam BN," ujarnya.

Utusan Online...

Mari Kita Tengok Siapa Yang Kenaa......!

Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam satu temu bualnya dengan media secara terbuka mengakui PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS menang PRU-13.

Menurut Haron Din, kesediaan DAP untuk menggunakan logo PAS sekiranya keadaan memerlukan merupakan bukti kukuh bahawa DAP menerima dasar PAS terutama sekali dalam perlaksanaan hukum hudud

Entah bagaimana ia akan dilakukan payah nak difikirkan memandangkan dengan sejumlah 73 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS dan hanya 12 sahaja yang putih, sukar sekali untuk PAS mengubah Perlembagaan Negara seterusnya merintis perlaksanaan hudud.

Begitu pun, kenyataan pemimpin PAS itu bagaimana pun agak bertentangan dengan DAP yang mana pada 20 April 2013 lepas, Karpal Singh menyatakan penggunaan logo PAS oleh calon DAP bukanlah bermakna dasar PAS telah diterima tanpa halangan.

Sebaliknya ia hanya menunjukkan betapa mudahnya PAS diperalatkan untuk kepentingan DAP, sama seperti mudahnya PAS tunduk pada kehendak DAP dalam isu kalimah Allah S.W.T yang sehingga kini PR tetap dengan pendirian kalimah suci itu boleh diguna pakai dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

DAP tetap dengan pendirian menolak hudud PAS dan menentang Negara Islam, sebaliknya kerjasama yang dijalin antara DAP dan PAS melalui PR hanyalah untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

Tiada yang menghairankan dengan kenyataan Pengerusi DAP itu kerana sebelum ini pun DAP sering mempertahankan pendiriannya berhubung perkara ini. Malah pada 30 Julai 2012, Setiausaha Agung DAP iaitu Lim Guan Eng juga mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.

Dari satu sudut, jika dilihat pada kenyataan tegas Dr Haron Din, ia seperti memberi bayangan keinginan tersirat PAS untuk mengetepikan peranan DAP seandainya PRU-13 kelak PR berjaya menguasai di peringkat Pusat.

Malah ada kemungkinan juga wujud niat tersirat yang lain di mana PAS akan menerajang keluar DAP dari PR seandainya perjuangan melaksanakan hudud PAS terus dihalang oleh DAP, senario ini nampak mustahil tapi logik.

Andai benar sedemikian, kita boleh jangkakan PR tidak akan kekal lama sebaliknya haru-biru dan kecelaruan pula yang menimpa negara disebabkan pertelingkahan sesama sendiri dalam pakatan yang tak sepakat.

Yang pastinya, percanggahan ketara di antara PAS dan DAP hari ini hakikatnya membuktikan ketidaksepakatan PR, ia mungkin dianggap kecil tapi bagi khalayak bagaimana mungkin sebuah pakatan yang tidur sebantal mimpi lain-lain mampu membawa perubahan yang di war-warkan.