Friday, May 31, 2013

Apakah Video Klip Ini Membawa Maksud Mantan Menteri KDN Tak Buat Kerja...?

Selamat menonton video klip dibawah ini...

Setelah menonton anda buatlah penilaiannya, siapakah yang harus dipersalahkan..? Apakah kegagalan pihak War Room PRU 13 PWTC atau beban kesalahan ini dibahu mantan Menteri KDN...?


Persidangan Agung UMNO 2013 – Jangan Adakan Pertandingan Jawatan Presiden, Timbalan Presiden, 3 Naib Presiden. Anda SETUJU…?



BN yang diterajui oleh UMNO tidak berjaya menang besar pada Pilihanraya Umum ke 13 [PRU 13].

Itu adalah hakikatnya, walaupun pahit namun sebagai Ketua Perang, maka YAB Datuk Sri Najib kena telan jua… BN tak berjaya menang 2/3 majoriti. BN tak berjaya rampas semula Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

BN juga tidak berjaya meraih undi golongan muda dan paling dahsyat apabila BN menerima “pengkhianatan” daripada 80% pengundi pengundi cina…!

Namun begitu apabila disusun atur secara terperinci pula, calon calon UMNO nampaknya berjaya menambahkan kerusi di Parlimen khususnya di semenanjung tanahair.

Cuma yang masih belum berjaya membuat come-back adalah calon calon MIC. MCA, PPP dan Gerakan mereka semua terus meruyup dan dimandikan oleh pengundi pengundi yang lebih cenderung untuk memilih calon calon DAP, PKR dan PAS.


Parti keramat untuk kaum melayu, UMNO akan bersidang tak lama lagi. Tahun ini akan diadakan pemilihan parti.

BN sudah dapat dilihat kelemahannya…. Maka sekarang ini tumpuan mata semua sudah tentulah melihat kepada UMNO.

Bagaimana pula dengan UMNO…? Apabila ada pertandingan merebut jawatan, maka akan berlakulah senggol menyenggol, siku menyiku, tolak menolak, bentes dan membentes…. Siapa yang tak mahu menang…?

Apatah lagi sudah menjadi tradisi apabila setiap kali diadakan pertandingan dalam mana mana parti sekalipun yang pasti akan kelihatan ahli ahli mula berpuak-puak. Masing masing akan mengikuti war lord yang mereka pilih…..

Ada desas desus, berbunyi juga sok-sek sana sini bahawa ramai Ketua Bahagian UMNO “kemut” duit perbelanjaan PRU 13 kerana dijadikan simpanan untuk “berbelanja” sewaktu pemilihan parti tahun 2013 ini.

Ini adalah antara keluhan beberapa PDM dan juga terkesan buat jentera jentera calon UMNO yang bukan ‘kabilah’ Ketua Bahagian…

Tak lama lagi seluruh ahli ahli akar umbi UMNO dari Perlis sampailah ke Sabah akan mendepani satu lagi Pilihanraya iaitu Pilihanraya UMNO.

Apakah perlu diadakan pertandingan untuk 5 jawatan teratas parti itu…? Ada yang berpendapat untuk mengelakkan daripada berlakunya perpecahan parti, sebaik-baiknya janganlah dipertandingkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan 3 Naib Presiden.

Kesan daripada perpecahan masih boleh dirasai jika kita singkap sejarah lalu… Sewaktu pertembungan Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh. Sampai ke hari ini masih ada lagi label Team A dan Team B Semangat 46.

Apabila berlaku pertembungan antara Muhyiddin Yasin dengan Tan Sri Muhammad Taib merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan yang lepas, kesannya menyaksikan Mike Tyson ‘mufarakah’ seterusnya beliau memilih untuk menjadi ahli PAS kerana mahu jaminan masuk syurga….

Malah di Selangor masih lagi saki baki ‘orang orang Mike Tyson’ yang menimbulkan masalah kepada pucuk pimpinan parti.


Akhir kalam, sekadar mahu menerima pandangan, respon dan komen dari anda para pembaca sekelian….. Apakah wajar untuk TIDAK diadakan sebarang pertandingan merebut jawatan utama dalam UMNO, iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan 3 Naib Presiden…?

Apakah benar sekiranya diadakan juga pertandingan untuk 5 jawatan tersebut akan menyaksikan UMNO berpecah teruk menjerumus kearah kehancuran dan parti ini akan menemui ajal menjelang PRU 15…?

Ataupun ahli akar umbi mahu tetap diadakan pertandingan sebab ada beberapa wajah diantara 5 jawatan utama UMNO itu sudah tidak boleh diangkat lagi sebagai pemimpin….

Siapa Kata Kalau Bertudung Tak Boleh Jadi Jalang...?

Rbf Online....

Nurul Izzah ditahan daripada memasuki Sabah petang tadi dan telah dihantar pulang ke semenanjung malam ini 

Si anak puaka tersebut membantah tindakan Imigresen Sabah di FB dan twitter....

Macam-macam tuduhan yang dihemburkannya terhadap Kerajaan Sabah....

Malang sungguh nasib orang Lembah Pantai kerana mendapat wakil rakyat yang otaknya terputus wayar bumi. Dah lah si bapanya bodoh hinggakan sistem Pilihanraya di Malaysia pun tak faham, si anak pula bebal kerana tak faham undang-undang negeri Sabah sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Benarlah kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi....

Sebanyak 20 perjanjian yang telah dicapai antara Sabah dan Sarawak dengan Tunku Abdul Rahman sewaktu Sabah hendak menyertai Persekutuan Malaysia. Apabila semua pihak telah bersetuju, maka terbentuklah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Salah satu perkara (perkara 6) yang dipersetujui adalah kawalan imigresen. Di mana dalam perjanjian itu telah dinyatakan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa imigresen sendiri untuk menghalang atau membenarkan orang dari negeri luar daripada memasuki negeri mereka. 

Perkara ini sudah berjalan 50 tahun dan Kerajaan Persekutuan tidak pernah cuba untuk menghalang atau membatalkan perkara tersebut. Kerana itu adalah perjanjian dan hak Sabah.

Jadi kerajaan pusat kena hormat walaupun gaji kakitangan Imigresen itu dibayar oleh kerajaan pusat. 

Hari ini apabila si anak puaka tidak dapat memasuki Sabah dia melalak menyalahkan Kerajaan Sabah. Itu hak Sabah...., itu kuasa mereka...., siapa kau yang nak melalak-lalak.....? Hormatlah sikit hak rakyat Sabah. 

Rakyat Sabah telah memilih BN sebagai kerajaan untuk memimpin mereka. BN menang 48 kerusi daripada 60 kerusi yang ada. Maknanya rakyat Sabah bersetuju dengan peraturan atau perjanjian yang ada. Jadi kalau Kerajaan Sabah bertindak, kau terima sajalah. Jangan nak jadi anjing gila pula...

Tak perlu untuk kita nak bincang jauh-jauh sebab apa dia dihalang masuk Sabah atau sebagainya. Cukup itu sahaja....

Itu hak Sabah dan itu undang-undang mereka. Mereka boleh halang sesiapa dan mereka boleh benarkan sesiapa sahaja orang luar dari memasuki negeri mereka.

Tolong belajar hormati hak orang....! Jangan hanya fikirkan hak kamu sahaja. Yang penting jangan jadi macam babi hutan yang main sondol ikut suka hati sahaja. 

Thursday, May 30, 2013

Watak Utama Yang Boleh Menjahankan Karier Politik Najib....? Anda Kenal Siapa Alies Nor...?

Kita tidak pernah lupa dengan watak yang dimainkan oleh pelakon veteran Allahyarham Salleh Kamil...

Dalam filem komedi arahan Tan Sri P Ramlee yang berjudul 3 Abdul. Salleh Kamil menjadi Tuan Penasihat 25% yang akhirnya melingkupkan bossnya Tuan Sadiq Segaraga.

Apakah benar dalam pejabat YAB Perdana Menteri juga ada seorang Tuan Penasihat yang boleh menjahanamkan karier Datuk Sri Najib...?

Jawapannya, ada di SINI

Pihak Istana Selangor TOLAK Nama Dr Xavier Sebab Kes Pukul Sewaktu Mesyuarat Agung PKR Cabang Kota Raja

Senarai nama nama Ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor sudah pun terjawab semalam...

Nama seorang gangster taik kucing keturunan estet nampaknya tidak tersenarai setelah pihak istana menyatakan mereka tidak mahu mana mana Exco terpalit dengan sebarang kes mahkamah.....

Dr Xavier pernah bertindak luar batasan memalukan nama baik kerajaan negeri Selangor suatu ketika dahulu, menjadi samseng belasah calon yang mencabar beliau bertanding jawatan Ketua PKR Cabang Kota Raja, klik SINI

Rayuan Khir Toyo Ditolak...

Ketiga tiga Hakim Rayuan telah sebulat suara menolak rayuan Datuk Seri Dr Khir Toyo sebentar tadi...

Berita penuh menyusul nanti

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Owh Rafidah... Uncle Chin's Chicken Rice Air Asia Guna Ayam Sembelih Atau Tidak...?

Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa agama Islam sangat menitik beratkan konsep kebersihan sama ada dalaman atau luaran diri seseorang individu itu, maka Islam mewajibkan umatnya mengambil makanan yang halal lagi baik demi menjaga kemaslahan (kepentingan) hidup.

Maka sudah pasti cara sembelihan juga sangat berkait rapat dengan faktor makanan dan kebersihan jika kita sedari. Sebab itu kalau kita prihatin mengenai sejarah, umat Islam pada zaman awalnya sangat sukar untuk menemui orang yang mempunyai penyakit disebabkan tidak menjaga makanan atau kebersihan.

Hal ini kerana mereka  benar-benar faham dan mengimani firman Allah swt yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Al-Baqaroh:168)
Perkara ini juga telah dibuktikan oleh kebanyakan pakar-pakar sains pemakanan yang menyatakan bahawa sembelihan cara Islam adalah sembelihan yang paling terbaik di dunia.

Justeru, kenapa Islam membenarkan orang Islam memakan sembelihan orang Kristian atau Yahudi...? Kerana sembelihan mereka sama konsepnya dengan sembelihan yang dilakukan oleh orang Islam.

Apabila kita berada di dalam negara yang majoritinya Islam seperti di Malaysia dan negara lain seumpamanya, maka kita sangat digalakkan untuk membeli daging-daging sembelihan dari orang Islam.

Cuba lihat satu contoh kejadian yang disebut oleh Berita Hanan dalam keluarannya Selasa 19/10/2004 di bawah tajuk: 'Pengusaha Bukan Islam Kurang Faham Isu Halal'.

Antara lain ia menyebut: "Kisah sebuah kilang penyembelihan tanpa lesen di Kawasan Perindustrian Bukit Serdang mencampuradukkan daging ayam dan itik dengan ketulan anak babi siap diproses memang menggemparkan, lebih-lebih lagi apabila ayam dan itik ini yang dibungkus dengan logo 'Halal' dibekalkan kepada penjual di kawasan majoriti Islam, peniaga sate dan pasar raya besar terkemuka di sekitar Lembah Klang."

Inilah pengalaman negara kita sendiri, juga turut mempunyai cerita-cerita yang berbagai-bagai mengenai makanan yang dicampur dengan daging babi, ayam dan itik yang dimasukkan tanpa permit dan lain-lain.

Tidaklah mustahil ayam dan itik yang dimasukkan tanpa permit itu turut sampai ke tangan orang-orang Islam selain bukan Islam....

Apakah pihak pengurusan Air Asia walaupun ada orang orang "melayu" mereka akan peka akan permasalahan seperti ini...? 

Anwar Pernah "Offer" Pada Najib, Tak Akan Buat Demonstrasi Bantah PRU 13 Kalau Dia Dilepaskan Dari Tuduhan Insiden Lahad Datu.

Pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai satu  usaha mengadakan perjanjian yang melibatkan Dato’ Seri Najib dengan Anwar Ibrahim benar-benar membuat Anwar gubra.....

Dalam ‘kegubraan’ itu, Anwar mengakui bahawa beliau ada menawarkan satu perjanjian dengan Dato’ Seri Najib melalui Jusuf Kalla tetapi telah tidak dipersetujui oleh YAB Dato’ Seri PM kita itu. 

Setelah tersedar bahawa kenyataannya adalah ‘politically-incorrect’, maka Anwar cuba menjelaskan bahawa penawarannya kepada Najib adalah agar BN menerima kekalahan dengan baik dalam PRU-13 dan tidak membuat demonstrasi.

Kononnya, beliau sudah tahu yang PR akan menang..... 

Mana-mana rakyat Malaysia juga tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk mengesan pembohongan Anwar dalam kenyataan tersebut.

Kita cukup maklum bahawa BN bukanlah parti yang terkenal dengan demonstrasi dan BN tidak pernah mempersoalkan kekalahannya di beberapa negeri.

Dato’ Seri Najib juga telah terlebih dahulu dikhabarkan oleh berbagai pihak bahawa BN berpotensi untuk menang besar.   Namun, biarpun kemenangan BN dalam PRU-13 langsung tidak memuaskan hati, BN tidak pula membantahnya....

Malah, BN mengambil sikap menyalahkan diri sendiri dan antara sesama komponen tanpa menuding jari ke serata arah. 

Justeru, memanglah masuk akal bila Dato’ Seri Najib enggan berbuat apa-apa perjanjian dengan Anwar.   Jelaslah juga bahawa Anwarlah yang tersorong-sorong pipi mengajak kepada satu bentuk ‘tawar-menawar’. 

Persoalan kini menjurus kepada ‘apa sebenarnya yang Anwar minta dari Najib tetapi telah ditolak mentah-mentah itu..?’  Tentu sekali bukan agar BN tidak membantah keputusan PRU kerana YAB PM kita yakin bahawa BN akan menang besar. 

Sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar menawarkan janji yang beliau tidak akan berdemonstrasi membantah keputusan PRU-13 jika kerajaan memberi jaminan yang beliau akan dilepaskan dari sebarang tuduhan dalam insiden Lahad Datu.

Jika ini benar, maka tidak hairanlah Dato’ Sri Najib mengabaikan sahaja permintaan Anwar.

Inilah yang membuatkan Anwar semakin hari semakin gubra sehingga tidak sempat menapis kenyataan sendiri, manakala Najib pula tenang sahaja.  Sudah menjadi kelaziman, orang yang bersalah tidak mungkin akan tenteram kecuali beliau seorang yang kurang waras.

Hari ini, Anwar telah ‘membalas dendam’ dengan meneruskan demonstrasi dan himpunan haram untuk membantah keputusan PRU-13 dan menggulingkan kerajaan pimpinan Najib.  Semuanya kerana YAB PM kita ini langsungtelah tidak mengendahkan tawarannya. 

Sangkanya, ‘biar padan muka BN’ kerana terpaksa melayan karenahnya setiap minggu.

Tetapi apa yang dapat dilihat ialah, yang padan muka adalah dirinya sendiri yang kini ditolak oleh rakyat dan terpaksa pula berhadapan dengan kebenaran dalam isu Lahad Datu.

Anwar juga tahu bahawa lambat laun, rakyat akan letih berhimpun ke sana ke mari saban minggu. 

Pada waktu itu, jangankan padan muka Anwar, tetapi di mana Anwar nak letak muka...?

Wednesday, May 29, 2013

SUMPAH Demi Allah..! Video Klip 7;23 Minit Ini Terbaaeek... Menang Undi Popular TAK Boleh Tubuh Kerajaan Malaysia

Kita ambil kaedah paling mudah....

Sebagai contoh perbandingan, dalam pertandingan badminton, pada set pertama Lee Chong Wei menang tewaskan Lin Dan dengan kiraan mata 21 - 18. Tetapi dalam set kedua pula, Lin Dan berjaya menewaskan Chong Wei dengan kiraan mata 21 - 11. Perlawanan masuk ke set penentuan yang disebut 'rubber set'.

Dalam perlawanan set penentuan ini akhirnya Chong Wei dapat kemenangan tipis sepertimana set pertama tadi dengan kiraan mata 21 - 18.

Mengikut peraturan perlawanan, pemenang mutlak yang sah adalah Lee Chong Wei. Kalau dihitung jumlah pungutan mata Chong Wei hanya dapat 53 mata sahaja berbanding Lin Dan yang berjaya mengumpulkan 57 mata.

Begitulah juga dengan kisahnya Undi Popular yang berjaya dimenangi oleh calon calon juak Pembangkang pada PRU 13.

Saksikan video klip penjelasan yang sangat baik dari Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

  

Rafidah Aziz Mulot Becok Peduli Apa Kalau Sajian Makanan Dalam Pesawat Air Asia TAK Halal...!

YB DATO’ NORHAYATI OMAR
Exco Wanita UMNO Malaysia
merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sembilan
Saya ingin meminta kepada Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X yang dilantik supaya bertanggungjawab memastikan pasukan beliau bertindak selari dengan kerajaan yang mentadbir Malaysia dan sentiasa mendahulukan kepentingan Negara.

Kegagalan beliau untuk memastikan Azran Osman-Rani, CEO Airasia X membuat permohonan maaf secara terbuka membuktikan kegagalan beliau dalam menjalankan amanah sebagai Pengerusi di syarikat penerbangan tersebut.
 
YBHG DATO’ SHARIFAH AZIZAH DATO’ SYED ZAIN
Exco Wanita UMNO Malaysia
Merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Johor

Saya ingin mendesak permohonan maaf secara terbuka oleh anak Melayu bernama Azran Osman-Rani yang merupakan CEO Airasia X dilakukan dengan segera.

Perlantikan Tan Sri Rafidah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X juga perlu dipertimbang semula di atas kegagalan beliau untuk memastikan isu yang ditimbulkan oleh Azran ini diselesaikan.

YAB Presiden UMNO juga perlu melihat semula tindak-tanduk ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO yang merupakan barisan hadapan parti dan sepatutnya selaras dengan perjuangan parti demi memperjuangkan bangsa Melayu di bumi Malaysia ini.

YBHG HJH ZABARIAH WAHAB
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pulau Pinang

Wanita UMNO Pulau Pinang merasa kesal atas kenyataan yang dibuat oleh Azran Osman-Rani mengenai Utusan Malaysia yang dikatakan rasis sedangkan beliau seharusnya mengkaji dan membuat perbandingan dengan akhbar-akhbar berbahasa lain yang sememangnya lebih rasis.

Tan Sri Rafidah Aziz sebagai bekas Menteri dan mantan Ketua Wanita UMNO Malaysia harus lebih peka dalam memastikan individu yang cuba menghalang keharmonian berbilang bangsa di Negara kita harus diambil tindakan.

Justeru itu, Wanita Pulau Pinang menggesa agar Azran Osman-Rani memohon maaf secara terbuka di atas kenyataan yang telah dikeluarkan dan pihak Airasia harus mengambil tindakan tegas terhadap beliau yang cuba menangguk di air yang keruh.

YBHG DATIN RAHIMAH MOHAMED
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kelantan

Saya mewakili Wanita UMNO Negeri Kelantan ingin mendesak Dato’ Tony Fernandes selaku pengasas dan pemegang saham terbesar Airasia untuk menyatakan pendirian beliau terhadap kenyataan CEO Airasia X, Azran Osman-Rani yang menuduh Utusan Malaysia sebagai rasis.

Beliau perlu bertanggungjawab di atas kenyataan yang dibuat oleh Azran memandangkan jumlah pengguna Melayu yang tinggi di syarikat penerbangan ini maka Dato’ Tony Fernandes perlu mengambil kira perasaan dan sensiviti orang Melayu. 

Tan Sri Rafidah Aziz yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X juga perlu bertindak sesuai dengan tuntutan dan desakan dari pelbagai pihak berhubung isu ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta menyiasat semua kemudahan penyajian makanan oleh syarikat-syarikat pembekal kepada syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia terutama di sektor Filipina, Thailand dan Hong Kong.

Sebuah gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Liga Lindungi Perlembagaan (Ligan) dalam satu kenyataan berkata, jabatan agama tersebut perlu mengesahkan status pensijilan halal berhubung kemudahan penyajian makanan dalam sektor penerbangan AirAsia di ketiga-tiga negara tersebut.
"Ligan juga meminta Jakim menyiasat kedudukan pensijilan halal oleh badan yang didakwa tidak diiktiraf.

"Kami meminta AirAsia menyatakan secara terang dan jelas tentang dasar syarikat tersebut berkaitan pensijilan halal di dalam mana-mana aspek operasinya, khusus penyediaan makanan," kata kenyataan berkenaan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut meminta Jakim membuat pemeriksaan ke atas makanan yang disediakan oleh syarikat tersebut yang dipercayai makanan halal dan tidak halal dihidangkan bersama-sama.

NGO itu turut meminta Jakim menyiasat pakej-pakej percutian yang dianjurkan AirAsia yang mereka percaya tidak mengambil kira aspek halal walaupun dijanjikan begitu di dalam promosi tersebut.

Menurut kenyataan itu, selagi AirAsia tidak mengeluarkan jawapan rasmi, Ligan menggesa semua pengguna Islam memboikot makanan yang dijual AirAsia di dalam mana-mana penerbangannya.

"Kami juga mengajak dan menasihatkan orang ramai untuk mencemuh AirAsia dalam kalangan kenalan dan masyarakat sehingga syarikat berkenaan memohon maaf berikutan sikap biadab mereka terhadap semua pengguna terutama yang pernah melalui pengalaman pahit dengan syarikat penerbangan itu," tegasnya.