Thursday, October 31, 2013

Sedapnya Gandingan Anwar-Azmin Balun Najib Dalam Dewan Rakyat…. Sebenarnya Kita Ada Masalah Besar SINDROM Bisu Pimpinan UMNO


UMNO ketandusan pimpinan yang benar benar outspoken….?

Apabila juak juak murahan Pembangkang melanyak, menempelak pimpinan utama UMNO, khususnya fokus mereka kepada YAB Datuk Sri Najib, ditambah pula cara mereka  berhujah kunuuuunnya merujuk kepada data dan angka, maka diam berjuta bahasa nampaknya pimpinan UMNO tunduk membisu!

Malah belum lagi kedengaran mana mana pimpinan utama, samada Ahli MT, mahupun mana mana pimpinan Pergerakan Pemuda yang sepatutnya menjadi benteng utama parti menjawab dan mempertahankan YAB Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO…

Kalau dilihat dari gerak kerja berkempen sewaktu bertanding merebut jawatan MT dan Exco Pemuda bukan main bagai nak rak! Kerja mereka jauh jauh jauh lebih hebat dari bekerja sewaktu berkempen PRU 13. Kini sudah berjawatan secara sah, tunggu apa lagi…? Boss dah kena serang secara sopan dalam Dewan Rakyat, kenapa tidak ada mana mana pimpinan khususnya yang ‘baru’ tampil dan tunjukkanlah bakat anda…

Bangkit dan pertahankanlah Najib dengan data, fakta, dan hujah. Untuk lebih efektif lagi ranjaulah seantero Malaya mahupun ke Sabah dan Sarawak untuk berikan penjelasan kenapa perlu sokong apa yang telah diputuskan oleh Najib itu suatu keputusan yang bijak! Jangan biarkan juak juak Pembangkang berjaya hasut rakyat… Please be offensive and always one step ahead than them!

Iya, maksud Blog MIK dalam isu GST, anda lihat sendiri bagaimana Azmin Ali memulakan permainan mereka untuk pesongkan pemikiran rakyat. Juak juak Pembangkang berjaya menghujahkan bahawa Najib pernah berjanji untuk tidak melaksanakan GST.

“Tetapi itu semua janji sebelum PRU 13, Najib membuat janji pada bulan Mei 2013” ujar Azmin.

Secara kemas berhujah, Timbalan Presiden PKR itu dalam sidang Dewan Rakyat menyatakan keputusan YAB Perdana Menteri mahu laksanakan GST adalah sebagai galang ganti kepada hutang negara kini sudah semakin membengkak! Najib tidak ada pilihan selain daripada membebankan rakyat untuk menutup ruang kesilapan Menteri Kewangan yang gagal mengawal penambahan hutang negara.

Dalam hujah Azmin, beliau menyebut bahawa International Rating Agency iaitu Fitch Ratings tidak pernah mempercayai jaminan Najib buat pada bulan Mei 2013 iaitu negara kita tidak akan melaksanakan GST. Ini adalah kerana kegagalan kerajaan BN untuk menurunkan beban hutang negara. Setiap tahun hutang negara terus meningkat dan membengkak!

Bijak pula cara Azmin berbicara apabila beliau mengajukan soalan ini kepada Anwar Ibrahim untuk ‘sekolahkan’ Najib… Apa tidaknya? Bukankah Anwar mantan Menteri Kewangan…?

“Sewaktu Permatang Pauh [Anwar] menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1991 hutang negara ketika itu adalah RM98 Billion. Apabila Permatang Pauh direhatkan di Sungai Buloh pada tahun 1998, hutang negara sudah berjaya dikurangkan kepada RM80 Billion” jelas Azmin Ali.

“Dalam tempoh 8 tahun hutang negara berjaya dikurangkan sebanyak 18 Billion oleh Permatang Pauh. Tetapi apabila Dr Mahathir mengambil alih, hutang negara meningkat kepada RM200 Billion, datang Abdullah Badawi membengkak lagi kepada RM300 Billion, dan kini sudah menjadi RM519 Billion” tegasnya lagi.

Menurut Azmin lagi, kerajaan BN telah mengamalkan bajet defisit sepanjang 16 tahun. Kegagalan seperti ini mereka sifatkan sebagai “jenayah” kepada rakyat kerana kerajaan BN mengamalkan pembaziran! Rakyat kena tanggung beban akibat kerajaan yang tidak efisyen, Menteri Kewangan gagal untuk jalankan tanggungjawab untuk kurangkan hutang negara….

Persoalannya disini ialah ikrar juak juak Pembangkang yang akan buat jelajah Road Show untuk menghasut dan memesongkan pemikiran rakyat dalam isu GST. Blogger MIK yakin, ada segelintir pimpinan UMNO kurang senang dengan posting dan artikel ini. Jalan paling mudah mereka akan masuk ke ruangan komen disini dan katakan ‘persetanlah dengan road show Pembangkang, siapa nak percaya klentong Anwar..”

Jangan kita under estimate dalam isu yang membabitkan poket rakyat! Kita harus peka dalam isu ‘miskin bandar’. Kita harus ada ‘kepedulian’ pada golongan golongan non-partisan, fence sitters, gen Y yang akan berikan tumpuan kepada apa sahaja hujah yang membabitkan poket mereka.

Kalaulah dalam sidang Dewan Rakyat pun kita dah lihat tidak ada mana mana wakil rakyat UMNO berani bangkit dan patahkan hujah Azmin dan Anwar, apa nak diharapkan pada yang lain…?

Inilah dia masalah besar dalam pimpinan UMNO! Parti yang ketandusan pimpinan boleh berhujah dengan baik, berbahas dengan lancar, berceramah dengan cemerlang…. Sedangkan inilah yang diperlukan untuk mendekati ‘out reached’ rakyat agar mereka faham dengan keadaan sebenar, bukan mempercayai klentong juak juak murahan Pembangkang.

Mohon jasa baik anda untuk tonton video klip dibawah ini dengan hati yang terbuka, lihat bagaimana lancar dan kemas cara kupasan Azmin-Anwar dalam Dewan Rakyat pada 28 Oktober 2013; 


Wednesday, October 30, 2013

Benarkah Anwar Mengamuk Sakan Apabila Video Klip 4;03;00 Minit Ini Dah Mula Tersebar Di Sg Limau...?







DEYY Tambi Kamalanathan...! Bila Lu Mau Mintak Maaf Laa Tambi Wei....?? Lu Betul Punya Tambi Laaa

Kementerian Pendidikan tidak perlu mengeluarkan garis panduan baharu mengenai kegiatan yang hendak dijalankan di sekolah termasuk ibadah penyembelihan korban kerana panduan serta pekeliling yang sedia ada sudah mencukupi.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, berdasarkan pekeliling sedia ada sebarang aktiviti boleh dijalankan di sekolah termasuk ibadah korban walaupun terdapat pelajar bukan Islam, asalkan ia dijalankan mengikut garis panduan ditetapkan dan mengambil kira sensitiviti antara kaum.

Justeru, kata beliau, isu penyembelihan korban di Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Jaya semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini tidak perlu diperbesarkan kerana diyakini ia dijalankan mengikut garis panduan yang betul dan pihak sekolah juga telah memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

"Tidak ada isu sebenarnya, kementerian sememangnya tidak pernah memberi halangan kepada sekolah-sekolah mengadakan penyembelihan korban, cuma di dalam konteks adanya pelajar-pelajar bangsa lain, kita perlu menjalankan dengan pendekatan yang lebih berhemah dan saling menghormati.


"Tidak perlu satu garis panduan lain, kerana garis panduan yang ada sudah mencukupi cuma saya berharap, budaya diantara kaum di Malaysia ini sentiasa dipratikkan bukan sahaja di sekolah, malah dimana-mana tempat sekalipun," katanya

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesenian dan Keusahawanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan seorang individu yang mempersoalkan hukum penyembelihan lembu bagi ibadah korban yang dijalankan di Sekolah SK Puchong Jaya, Selangor baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

Mulot Mahfuz Omar LCE Busok Bau Jamban Laa... Itu La Pasal Mamat Lulusan LCE Ni Suka Buat FITNAH

Kenyataan Akhbar 
YB Datuk Hj Abdul Azeez Abdul Rahim 
Ketua Umno Bahagian Baling 
Ahli Parlimen Baling 


Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian Susu Tamat Tempoh adalah merupakan satu pendekatan terdesak parti itu dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari pengundian pada 4 November ini. 

Ia merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen kebencian pengundi. Ini kerana saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh. 

Saya turut dimaklumkan aduan tersebut datangnya dari mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media Pembangkang, Harakahdaily. 

Di dalam pilihan raya macam-macam perkara boleh terjadi. Perkara yang tak ada pun boleh diadakan. 

Contohnya gambar-gambar ‘superimposed’menggunakan teknik ‘Photoshop’ di antara calon Pas dengan Allahyarham 

Tan Sri Azizan. Ia dimainkan oleh jentera parti itu bagi menunjukkan kononnya mereka ingin membawa legasi Allahyarham Tan Sri Azizan. 

Tambahan pula Pas yang kononnya memperjuang Islam, sekali lagi di dapati berbohong apabila menggunakan isu, bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong calon Pas. Sedangkan apabila saya bertemu dan bertanya sendiri kepada beliau, Pakcik Baharom menafikan dakwaan tersebut. 

Saya merasakan, Mahfuz mungkin sedikit kecewa dengan pendedahan yang saya lakukan ketika membahaskan Belanjawan 2013 semalam, berhubung sikap segelintir pemimpin Pas yang sukar berbohong dan gemar memperalatkan ayat-ayat suci Al-Quran demi kepentingan politik. 

Amat memalukan juga, apabila Mahfuz selaku Naib Presiden Pas hanyamampu menggunakan isu ‘Susu Tamat Tempoh’ bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu-isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh Pas di Sungai Limau. 

Monday, October 28, 2013

PRK DUN Sg Limau - PAS Bertanding Hanya Demi Politik Jer....


Sememangnya dari segi demokrasi, tidak ada apa salahnya untuk Pas bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pilihan raya kecil pada 4 November ini, tambahan pula kerusi itu kononnya adalah kubu kuat mereka.

Tetapi biarlah hasrat untuk bertanding tersebut dibuat atas niat untuk membela nasib rakyat dan membawa kesejahteraan kepada mereka. Bagaimanapun masuk hari kelima kempen pilihan raya kecil itu ternyata Pas hanya bertanding semata-mata untuk tujuan politik.

Pas memahami mereka bukan lagi sebuah parti yang menerajui kerajaan negeri Kedah dan mereka juga mengerti bahawa tidak banyak yang boleh mereka lakukan bagi membela nasib penduduk Sungai Limau.

Malah mereka juga mengetahui tidak lagi mempunyai pemimpin sehebat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang mempunyai kekuatan tersendiri menarik orang ramai menyokong Pas dan sudah pasti pemimpin-pemimpin Pas Kedah juga mengetahui siapa yang menyebabkan Allahyarham hanya mampu bertahan sepenggal sahaja sebagai Menteri Besar.

Namun Pas tetap mahu menguasai kerusi DUN Sungai Limau. Mereka akan melaksanakan 'politik air liur' dengan membuat janji yang mereka sendiri amat memahami tidak mampu ditunaikan dan mengamalkan 'politik tin kosong' dengan menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah merekalah yang terbaik di muka bumi Allah ini.

BN pula masuk ke gelanggang di DUN Sungai Limau bukan semata-mata untuk memperkukuhkan kuasa, BN tidak berada dalam kedudukan amat memerlukan kerusi tersebut untuk terus memerintah tetapi niat BN di bawah kepimpinan Datuk Mukhriz Tun Mahathir hanya satu iaitu merangkul penduduk Sungai Limau untuk sama-sama menikmati kesejahteraan melalui arus pembangunan yang akan dilaksanakan.

Bagi BN, sudah sampai masanya nasib penduduk Sungai Limau dibela secara ikhlas tanpa mengira fahaman politik yang mereka pegang. BN boleh sahaja membiarkan DUN Sungai Limau di bawah Pas dan BN juga sudah boleh merelakan sahaja penduduk kawasan itu terus terpedaya dengan mainan politik Pas.

Tetapi BN adalah parti yang bertanggungjawab dan mahu melaksanakan amanah bagi membela nasib rakyat sebab itulah BN bersedia bertarung di DUN Sungai Limau.

BN tidak boleh membiarkan penduduk Sungai Limau hanya sekadar pemerhati arus pembangunan yang melanda kawasan lain. Apatah lagi majoriti penduduk kawasan itu adalah orang Melayu dan beragama Islam.

BN mahu memastikan kelompok itu dibela dan mendapat manfaat sama ada demi pembangunan fizikal mahupun spiritual. Sebab itulah BN tidak boleh membenarkan penduduk Sungai Limau terus terpedaya dengan mainan politik Pas.

Pas berhujah, pertama, menyatakan penambahan kerusi BN di Sungai Limau tidak akan mengubah status pentadbiran parti itu, sebaliknya kemenangan BN akan menyebabkan parti tersebut menjadi angkuh, kedua, mereka mahu mengekalkan kerusi tersebut kerana ingin menjadi pemantau kepada kerajaan demi kebaikan rakyat.


Ketiga, jika Sungai Limau berada di tangan pembangkang, BN sebagai kerajaan akan berusaha merampasnya untuk Pilihan Raya Umum Ke-14, maka rakyat akan mendapat pelbagai nikmat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memenangi hati rakyat.

Keempat, kemenangan Pas akan menghantar mesej kepada kerajaan BN di pusat supaya jangan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang kononnya bagi mereka merugikan rakyat dan kelima, UMNO sudah diberi sebuah negeri, maka wajar sangatlah Sungai Limau (cuma sebuah DUN) diberi kepada Pas.

Kesemua alasan ini membuktikan, Pas tidak mempunyai apa-apa agenda yang bertujuan mensejahterakan rakyat sebaliknya ia bermotif politik semata-mata. Memang benar, keputusan di Sungai Limau tidak akan mengubah status pentadbiran kerajaan negeri tetapi apakah ini bermaksud Pas mahu membiarkan sahaja penduduk Sungai Limau berada dalam kedudukan sekarang yang dilihat ketinggalan dari segi arus pembangunan?

Apakah Islam mengajar umatnya berada dalam keadaan sebegitu? Benarkah Pas boleh menjadi pemantau kepada kerajaan negeri sedangkan apa yang kita saksikan selama ini bukan sahaja di Kedah malah di seluruh negara, Pas dan pembangkang sentiasa sahaja mencari alasan untuk memburuk-burukkan kerajaan BN. 

Biarpun apa yang dilakukan oleh BN demi kebaikan rakyat, Pas dan pakatan pembangkang akan memutarbelitkan usaha itu demi meraih sokongan politik.

Sekarang ini pun dalam kempen pilihan raya di Sungai Limau, pelbagai tuduhan mereka lemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri tanpa mengkaji apakah dakwaan mereka benar atau tidak, adakah ini pemantau yang dikehendaki dalam Islam?

Alasan jika Sungai Limau terus berada dalam Pas ia akan membolehkan rakyat menikmati pembangunan kerana BN akan berusaha merampasnya dalam pilihan raya umum akan datang adalah hujah paling dangkal. 

Ini membuktikan Pas tidak berupaya melakukan apa-apa sebaliknya mengiktiraf keupayaan BN untuk melaksanakan pembangunan tetapi akhirnya Pas akan mengamalkan sikap 'lembu punya susu sapi dapat nama' dengan mendabik dada apa yang BN lakukan adalah hasil tekanan dan desakan mereka.

Apabila Pas menyatakan mahu menjadikan kemenangan di Sungai Limau sebagai mesej rakyat kepada kerajaan BN di pusat, ia sekali gus menunjukkan parti itu terus dengan pendekatan politik ketinggalan zaman dan hakikatnya tidak mempunyai apa-apa agenda untuk membela nasib penduduk Sungai Limau. Sebaliknya mereka mahu 'memperalatkan' pengundi Sungai Limau demi kepentingan politik pakatan pembangkang.

Hujah biarlah Pas terus menguasai kerusi DUN Sungai Limau memandangkan UMNO sudah menjadi kerajaan negeri menunjukkan Pas hanya mahukan kerusi itu semata-mata kerana politik tidak lebih daripada itu.

Demikianlah sikap Pas, mereka mahu mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau atas tujuan politik dan bukan untuk membela nasib rakyat di situ. Atas sebab itulah pengundi-pengundi Sungai Limau harus memahami mainan politik Pas ini.

Tidak salah untuk mereka terus memberi sokongan kepada gerakan politik Pas tetapi dalam soal pilihan raya bagi menentukan pemilihan seorang wakil rakyat bukan soal politik semata-mata yang harus diberi pertimbangan. Sebaliknya banyak sudut lain harus dipertimbangkan khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan dalam hidup.

BN yang dipimpin oleh Mukhriz dengan ikhlas hadir menawarkan khidmat demi mengubah nasib rakyat Sungai Limau, oleh itu BN mengharapkan keikhlasan itu akan diterima dan disambut oleh penduduk kawasan berkenaan melalui tagline 'Berani Berhijrah'.

Dalam Islam Allah sudah mengingatkan dalam surah Ar-Ra'd bahawa, Dia tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka

Oleh itu penduduk Sungai Limau khususnya mereka yang masih berhasrat untuk mengekalkan Pas di kawasan itu ketepikanlah ketaksuban, hapuskanlah kebencian sebaliknya berfikiran terbukalah untuk menerima tawaran BN bagi mengubah nasib mereka.

Pimpinan PAS Tak Faham Pasal Ekonomi....



PRK DUN Sg Limau - Ahli PAS Sendiri Kata Pimpinan PAS Tak Amanah







Muhaa Haaa Haaaa....!! Mukhriz Ada Soalan CEPUMAS Untuk Pimpinan PAS Yang Tengah Berkempen Di Sg Limau


Sunday, October 27, 2013

Siapakah Yang Patut Disalahkan....? Kes Kematian Pegawai Ambank Norazita Abu Talib

Allahyarhamah Norazita Abu Talib merupakan mangsa kepada kelekaan dan kelalaian beberapa agensi-agensi yang berkaitan dengan 'kebanjira' Pendatang Asing Tanpa Izin di Malaysia.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga telah menjadi mangsa kepada "kemewahan dan kemakmuran" serta mudahnya  pendatang asing berada di negara ini.

Malah lebih tepat lagi, Norazita sebenarnya telah menjadi 'mangsa' kepada sikap kita yang tersangat 'ambil mudah dengan percambahan segar perkampungan perkampungan warga asing di sekeliling kita...!

Baca seterusnya..., klik SINI.

BAJET 2014 Tak Ada Lagi "Gula Gula" Untuk CINABENG....!!

Kupasan yang baik...! Baca di SINI

Saturday, October 26, 2013

DEYY TAMBI KAMALANATHAN....!! Lu Apa Punya Timbalan Menteri Laa Tambi

Bila kaum india bergama hindu sambut perayaan Thaipusam, banyak jalan jalan ditutup....

Hakikatnya kita terpaksa melalui sedikit kepayahan, perjalanan terkandas, ada kala menjadi lambat. Pergerakan kita akan terganggu. Tetapi sebagai warga negara yang faham erti toleransi, kita tak pernah pun mempertikai upacara sambutan keagamaan sahabat handai, kita semua faham maksud negara berbilang kaum berbeza agama!

Tersebar di media sosial kisah rakaman perbualan talipon diantara seorang PARIA yang kunuuunnya dia sedang menetap di luarnegara menalipon seorang Guru Besar di salah sebuah sekolah di Puchong.

Paria dari luar negara ini menyatakan dia tersangatlah tak puas hati kerana sekolah ini membenarkan ibadah qurban dijalankan disana. Namun begitu, jika kita dengar betul betul pada perbualan tersebut, Guru Besar sekolah itu ada menyebut bahawa pihak sekolah sudah pun maklumkan kepada semua guru dan pelajar yang berbangsa india bahawa program qurban akan diadakan.

Tindakan tersebut sebagai pemakluman agar mana mana guru dan pelajar tidak akan tersinggung dan mereka sedia maklum.

Malah Guru Besar tersebut juga ada menyatakan mereka sudah adakan mesyuarat dan guru guru bukan agama bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat. Tetapi si pemanggil talipon iaitu Paria luar negara telah cuba membuat provokasi dengan mengajukan soalan 'apakah kaum cina bole sembelih babi disekolah..?"

Berkokok la pulak Timbalan Menteri yang bernama Kamalanathan untuk menjadi champion dalam isu ini.... Apakah pertandingan merebut jawatan MIC sudah semakin hampir..?

Kita ikuti apa yang disebut oleh Ustaz Maza dalam fbnya "namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat; antaranya jalanraya bukan tempat perarakan agama seperti 'mengangkut berhala' atau menghempas kelapa sehingga mengganggu penggunakan pengguna yang lain atau mengotorkan tempat awam seperti yang dilakukan oleh sesetengah penganut agama tertentu"..

Anda dengar sendiri perbualan talipon tersebut;





Belum Nampak Lagi Muka Muka Baru MENANG Bertanding MT Turun Padang Di PRK Sg Limau.....?


Ada CINABENG Kata Melayu Patut Berterima Kasih Pada CINABENG....!

Akhbar China Press bertarikh 20 Oktober 2013 menyiarkan artikel bagi mengulas kenyataan Dr. Mahathir baru-baru ini bahawa kaum Cina tidak tahu berterima kasih.

Artikel yang ditulis oleh penulis yang menggunakan nama samaran Liang Yuan bertajuk ‘Konsep Model Berterima Kasih Kepada UMNO Adakah Adil?’ disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir yang mahu menarik sokongan puak konservatif kepada anaknya yang bertanding jawatan naib presiden UMNO telah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Cina telah lupa daratan dan tidak tahu berterima kasih.

Bekas Perdana Menteri itu memberikan contoh bagi membuktikan kenyataannya itu dengan menyatakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Najib cuba berbuat baik terhadap orang Cina dengan memberikan mereka pelbagai insentif tetapi kaum itu tidak menyokong BN.


Adakah orang Cina lupa daratan? Diharap Dr. Mahathir janganlah lupa pada satu ketika dahulu pernah berlaku apabila orang Melayu sendiri tidak menyokongnya dan beliau hanya mengharapkan sokongan orang Cina sepenuhnya.

Ketika itu dengan sokongan kaum Cina, Dr. Mahathir dengan mudah dapat meneruskan pemerintahan dan kekal menjadi Perdana Menteri.

Jika beliau yakin apa yang disebutnya itu benar, diharap Dr. Mahathir dapat memperjelaskan satu persatu dengan terang mengenai bab mana yang dikatakannya orang Cina telah lupa daratan?

Jika dibandingkan dengan orang Melayu, sila sebutkan dengan jelas di mana yang dikatakan pemimpin Melayu telah berjasa kepada orang Cina?

Bukankah orang Cina hidup dalam suasana dan keadaan tidak adil? Bukankah orang Cina sentiasa meronta-ronta, mengharungi kepahitan dan bertungkus lumus untuk hidup? Segala hasil usaha sendiri telah dianugerahkan kepada kaum lain.

Begitu tebal muka Dr. Mahathir. Walaupun menyedari akan hakikat itu, beliau masih boleh bertahan lama sebagai Perdana Menteri dan mendakwa melayan semua kaum dengan adil.

Sebenarnya bukan Dr. Mahathir seorang sahaja yang bersikap sedemikian. Ramai pemimpin UMNO lain yang mempunyai sikap dan pemikiran seperti bekas Perdana Menteri itu.

Tidak semena-mena mereka memaksa dan mahu orang bukan Melayu mengucapkan terima kasih dan mendengar cakap mereka. Jika tidak, mereka akan hambat.

Anak Dr. Mahathir sendiri iaitu Mukhriz pernah menyatakan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kedah jangan mengharapkan akan mendapat bantuan dari kerajaan negeri.

Mohd. Ali yang pernah menerajui Melaka juga marahkan orang Cina kerana tidak tahu mengenang budi sehingga menyebabkan beliau tewas dalam PRU-13. Sebenarnya semua orang tahu di kawasan beliau bertanding itu, majoriti pengundi adalah orang Melayu.

Pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) juga sering mengeluarkan kenyataan yang lantang dan bersifat menghasut.

Pengetua Melayu di sekolah menengah pula lantang menyuruh anak-anak Cina balik ke China dan anak orang India berambus balik ke India.

Yang paling menyedihkan adalah politikus yang memegang belantan ini tidak pernah dihadapkan ke muka pengadilan. Sebaliknya mereka ini mendapat jawatan tinggi.

Adakah orang bukan Melayu mahu berterima kasih kepada pemimpin seperti ini dan mengikut model konsep berterima kasih cara UMNO yang dikatakan adil?

Suara Politik
Belantan

BN Tak Akan Tewas PRK DUN Sg Limau

Siapa kata BN akan kalah pada PRK DUN Sg Limau....?

Hakikatnya sekarang ini kerusi DUN tersebut milik PAS. Dalam keadaan tersebut sekali pun BN masih menjadi kerajaan negeri Kedah. Bermakna, bekas calon PAS iaitu Allahyarham Dato Seri Ustaz Azizan adalah 'incumbent' penyandang kerusi DUN tersebut.

PRK ini membuka ruang untuk BN merampas kerusi, seandainya tidak berjaya ia tak akan menjejaskan kerajaan BN di negeri jelapang padi itu. Tetapi sekiranya PAS gagal pertahankan kerusi tersebut, maka kemenangan BN membuktikan perjuangan parti yang bertopengkan islam sudah semakin ditolak oleh warga Kedah untuk lebih mendekati pimpinan UMNO dibawah kepimpinan Datuk Mukhriz Mahathir.....

Selanjutnya, anda bole baca di SINI

Monday, October 21, 2013

MUKHRIZ Memang Cool Beb....!! I Like This Video Clip







SYUKUR ALHAMDULILLAAAAAAH....!! Azeez Menang MT UMNO

Azeez Rahim memang patut menang...! Beliau layak menang...!!!

Perwakilan UMNO telah membuat keputusan yang sangat tepat apabila memilih Azeez Rahim sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi.

Blog MIK sendiri pun telah beberapa kali menerusi kupasan di blog ini menegaskan bahawa calon seperti Azeez wajib duduk dalam saf kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Tahniah diucapkan buat Dato' Abdul Azeez...!!

Wakil UMNO Selangor Bertanding Jawatan MT - Sohaimi Shahadan Berjaya Lepas TAPI Satim Diman Tewas

Tahniah diucapkan buat Dato Sohaimi Shahadan kerana berjaya terpilih mendapat mandat perwakilan UMNO sebagai Ahli Majlis Tertinggi.

Blog MIK sendiri sebelum ini sudah beberapa kali menulis mahukan tokoh muda berusia 45 tahun ini duduk dalam saf kepimpinan UMNO. Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada Sohaimi.....

Hanya seorang sahaja calon dari UMNO Selangor yang berjaya mendapat salah satu daripada 25 tempat Majlis Tertinggi UMNO. Dua lagi calon iaitu Datuk Raja Ropiah dan Datuk Satim Diman tewas!

Satim adalah bekas Ketua Pembangkang DUN Selangor dan pada PRU ke 13 beliau langsung tak tersenarai untuk bertanding. Pelik juga untuk difikirkan apakah asas tujuan bekas ADUN Serdang itu mahu masuk gelanggang...?

Apa pun, tahniah diucapkan buat Sohaimi Shahadan kerana berjaya terpilih. Apakah pula reaksi Dato Abdul Rahman Palil bekas ADUN Sementa menerima berita kemenangan Sohaimi ini...?

Adoyaii...! Polis Masih Belum Nak Siasat Kes Budak Perempuan Melayu Kena Pukul Sampai Pengsan...?








Post by Vyrec.

Post by Vyrec.




Sunday, October 20, 2013

Polis Toloongggg Siasat Kes Budak Melayu Ni Kena Pukul Sampai Pengsan...!!!


Post by Vyrec.

Post by Vyrec.

BIJAK DAN TEPAT....! Keputusan Paling Bijak Perwakilan UMNO Memilih Zahid Pemenang Nombor SATU Naib Presiden


Dua Bekas Ketua Puteri UMNO Menang Bertanding Jawatan MT UMNO


Saturday, October 19, 2013

KESIAAAN....!! Saifuddin Abdullah KALAH Bertanding Timbalan Ketua Bahagian UMNO Temerloh

Mengikut perkhabaran dari UMNO Bahagian Temerloh, Dato' Saifuddin Abdullah tewas bertanding kerusi Timbalan Ketua Bahagian UMNO Temerloh. Beliau ditumpaskan oleh Azmi Mat Ludin.

Mula mula dulu kalah PRU 13 kepada calon PAS.... Sekarang tersungkur lagi! Tak lama lagi masuk PKR agaknya...? New Politics...

TERKINI...! Azeez Rahim Mendahului Calon MT Yang Lain..... YEZZZERR....!!

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (gambar) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed masing-masing dengan 29 undi mendahului persaingan bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno berdasarkan keputusan pemilihan parti setakat pukul 7 malam Sabtu.

Ia diikuti oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan 28 undi manakala Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Abdul Rahman Dahalan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Idris Harun masing-masing memperoleh 27 undi.

Datuk Seri Raja Nong Chik, Datuk Halimah Sadique dan Datuk Abu Bakar Titingan menduduki tempat terakhir dengan masing-masing 13 undi.

Sebanyak 25 jawatan ditandingi oleh 62 calon.

Keputusan rasmi pemilihan MT dijangka akan diumumkan pada pukul 10 malam nanti.

Friday, October 18, 2013

ESOK Perwakilan Tolong Pastikan Zahid Hamidi Menang Nombor 1 Naib Presiden UMNO....!!

Esok para perwakilan akan memilih 3 Naib Presiden UMNO.

Blogger MIK berharap secara total kesemua perwakilan akan memilih Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai pemenang nombor 1 dikalangan 3 yang akan terpilih. Inilah dia watak seorang pemimpin melayu yang kini diperlukan untuk memantapkan lagi kekuatan parti keramat kita.

Zahid sangat tebal jiwa perjuangan melayu...! Perlantikan oleh YAB Datuk Sri Najib mahukan Zahid menjadi Menteri KDN sudah pun membuatkan ramai kaum CINABENG menjadi keluh kesah kerana ketegasan beliau. Siapa boleh menafikan pertalian terjalin erat diantara CINABENG dengan kongsi gelap..? 

Melihatkan percambahan yang drastik kegiatan kegiatan haram seperti rumah urut dan pelacuran di kelab kelab khususnya di negeri pemerintahan Pembangkang, maka tidak mustahil jika dikatakan ada wakil rakyat kaum mata sepet juak juak Pembangkang mempunyai 'bau bau bacang' dengan kegiatan haram seperti ini....

Malah kalau kita tengok trend yang agak norm ialah ramai juga peguambela yang menjadi pimpinan Pembangkang gemar membela penjenayah.....

Jelaslah bahawa juak juak Pembangkang tak mahu kerajaan kita ada seorang Menteri berbangsa melayu yang tegas dan berani. Lihatlah sendiri gelagat buruk mereka berpesta sakan untuk membuat pelbagai demo tunjuk perasaan dan berakhir dengan keganasan!

Kemudian apabila tercetusnya insiden pihak polis bertindak, bukan main bijak lagi juak juak Pembangkang menuduh polis yang ganas, untuk ditambahkan garam..., UMNO pula dikatakan menyuruh polis bertindak mengkasari soldadu upahan Pembangkang yang membuat kacau!

Pembangkang memang mahukan kerajaan kita ketandusan Menteri melayu yang tegas!

Mereka ada agenda tersembunyi.... Sudah pastilah mereka tidak mahu sebarang tindakan dikenakan terhadap apa sahaja kelakuan buruk yang dibuat. Malah mereka akan menjadi semakin biadap dan tidak pernah hormat kepada mana mana agensi agensi kerajaan.

Itulah sebabnya perwakilan UMNO harus mengangkat pimpinan seperti Zahid Hamidi memimpin barisan Naib Presiden. Beliau memiliki ketokohan sebagai pemimpin melayu yang tegas, berani dan bijak. Sejak beliau memimpin KDN, kita boleh lihat sendiri bagaimana rakyat sudah kembali yakin dengan pihak PDRM.



Blogger MIK yakin dan percaya..., melihatkan daripada momentum dikalangan akar umbi UMNO, insya allah Zahid Hamidi akan beroleh kemenangan. Cuma satu harapan dari Blogger MIK, mohon jasa baik para perwakilan untuk 'all out' mengundi Zahid. Kita kena pastikan beliau dinobatkan sebagai Naib Presiden Nombor1 demi kekuatan masa depan UMNO...!

Dibawah ini, anda boleh saksikan sendiri beberapa video klip ketegasan Zahid Hamidi... Inilah dia yang kita nantikan selama ini. Aura seorang pimpinan melayu yang ada ciri ciri perwatakan Tun Dr Ismail dan Tan Sri Ghazali Shafie;












    




Orang Muda Seperti Sohaimi Shahadan LAYAK Dipilih Sebagai Majlis Tertinggi UMNO. Anda Mahu Tahu Kenapa...?

Ada 25 calon Majlis Tertinggi yang akan dipilih esok!

Tiap kali keputusan dicapai kita lihat terlalu kurang wajah wajah orang muda dalam senarai terpilih. Tempat terhad, manakala calon calon juga tidak kurang hebat. Ada yang bertaraf Menteri, ada Timbalan Menteri, ada juga Ketua Menteri dan Menteri Besar ditambah pula dengan penyandang jawatan MT yang memang layak kerana telah menjalankan tugas dengan baik.

Kita harus juga melihat dimanakah daya tarikan anak anak muda sehinggakan mereka senang untuk cenderung menyokong parti Pembangkang. Iya, jawapannya ialah dipihak Pembangkang terlalu ramai anak anak muda yang ditonjolkan membuka selera generasi umur 40 ke bawah untuk tidak menyertai mereka...

UMNO juga harus memberikan ruang kepada tokoh tokoh muda yang berpotensi, berbakat, dan mempunyai 'work rate' yang tinggi untuk diserapkan dalam saf kepimpinan Majlis Tertinggi.

Pada pengamatan Blog MIK, dikalangan anak anak muda yang menwarkan diri untuk menjadi MT UMNO, hanya Dato Sohaimi Shahadan yang wajar untuk perwakilan pilih sebagai 'Suara Orang Muda' duduk dalam kelompok pimpinan tertinggi parti keramat ini....

Esok! Para perwakilan mohon berikan SATU undi untuk calon No 17, Dato Sohaimi Shahadan. Berilah dia SATU Undi Untuk Dia Berbakti...!